Kes Faisal Halim. Tak Sangka Ini Respons Pemain Manchester United.| KHALIFAH MEDIA NETWORKS : Rasa simpati terhadap tonggak Harimau Malaya Faisal Halim bukan hanya dirasai komuniti bola sepak tempatan. Namun turut memberi kesan kepada masyarakat antarabangsa.

Faisal

Hal ini dapat dibuktikan apabila dua bintang Manchester United, Andre Onana dan Alejandro Garnacho. Turut bersimpati seterusnya mendoakan kesembuhan dan kesejahteraan pemain itu supaya segera pulih. Daripada kecederaan disimbah asid tempoh hari.

KATA-KATA SEMANGAT

Malah, penjaga gol Manchester United itu mewakili rakan sepasukannya yang lain. Turut menitipkan kata-kata semangat supaya Faisal terus tabah dan cekal dalam menghadapi musibah itu.

“Kepada Faisal, kami mengetahui apa yang berlaku dan merasai (penderitaan) kamu. Kami tahu bahawa sekarang ini adalah situasi cukup sukar untuk kamu dan juga keluarga.

“Kami berharap yang terbaik untuk kamu. Sentiasa kuat kerana kami sentiasa bersama kamu.” Andre Onana menerusi temubual khas bersama televisyen swasta.

Terdahulu. Faisal disimbah asid oleh individu tidak dikenali pada serangan yang berlaku di Damansara pada Ahad lalu sehingga disahkan melecur tahap empat.

Selepas menjalani tiga pembedahan di hospital swasta di Shah Alam. Faisal yang pada awalnya agak kritikal disahkan semakin ceria dan menunjukkan perkembangan positif.

Pada masa sama. Faisal yang juga tonggak Selangor FC (SFC) menerima rawatan standard tertinggi apabila dirawat menggunakan ‘skin allograft’ yang dianggarkan bernilai RM30,000.

ALAMI LECUR TAHAP 4

Terdahulu, Faisal yang mengalami lecur tahap empat kerana disimbah asid sulfurik selesai menjalani pembedahan ketiga membabitkan prosedur ‘skin allograft’ yang berlangsung selama kira-kira tiga jam.

Mengikut rekod, Faisal terpaksa mengharungi beberapa siri pembedahan bagi merawat lecur akibat disimbah asid tempoh hari.

Faisal disahkan doktor mengalami kecederaan di bahagian muka, leher, lengan dan badan kesan daripada curahan asid itu.

Sementara itu, Shahril yang juga Pengerusi Jawatankuasa Teknikal SFC memaklumkan ketika ini Faisal tidak boleh dilawati individu lain kerana mahu memastikan prosedur ‘skin allograft’ berjalan lancar tanpa sebarang jangkitan kuman.

Tonggak skuad Harimau Malaya, Faisal Halim dianggap ‘istimewa’ oleh barisan doktor pakar yang merawatnya selepas melihat kesan lecuran di anggota badannya menunjukkan tanda pemulihan cukup cepat.

Situasi terbabit dimaklumkan Ahli Lembaga Pengarah Selangor FC (SFC), Datuk Seri Shahril Mokhtar sambil menyatakan Faisal yang juga tonggak utama skuad Gergasi Merah Kuning kemungkinan akan pulang ke rumahnya pertengahan bulan depan.

PROSES BERJALAN LANCAR

Beliau berkata, proses pemulihan pemain berusia 26 tahun itu berjalan lancar namun perlu menunggu sekurang-kurangnya tiga hari lagi untuk menjalani prosedur pembedahan seterusnya bagi merawat lecuran di beberapa anggota badannya.

“Sekarang ini, doktor maklumkan biarlah badan Faisal membuat ‘kerjanya’ sebelum menunggu masa sesuai untuk menjalani pembedahan seterusnya kerana ketika ini paling penting adalah mahu memastikan tiada sebarang komplikasi.

“Doktor pakar yang merawatnya mengganggap Faisal seorang yang istimewa kerana proses pemulihan dia sangat cepat.

“Namun cepat atau tak, dia tetap kena ambil masa seminggu lagi untuk berada di unit rawatan rapi (ICU) sebelum dapat kebenaran doktor untuk pindah ke wad lain,” katanya.

@zlatan.87_ Get well soon Faisal #manchesterunited #manutd #jdtfamily #jdt🔵🔴 #johordarultakzim #football #tiktok #foryourpage #fyp #getwellsoon ♬ original sound – 𝐌 𝐈 𝐒 𝐇 𝐊 𝐀

Sumber : Harian Metro

Share.

Leave A Reply