13 Port Steamboat Best di Kuala Lumpur| Khalifah Media & Networks – Kuala Lumpur adalah sebuah ibu kota di Malaysia. Menjadi pusat pelancongan yang popular dan tumpuan utama pelancong ke negara kita. Selain pelancong ada yang datang untuk menetap dan bekerja dia Malaysia. Oleh itu, bandar raya Kuala Lumpur menjadi pusat budaya dengan kepelbagaian bahasa, makanan, fesyen dan banyak lagi.
Tanpa anda sedar, di sini banyak port makanan steamboat yang menarik dan unik untuk di cuba. Masih ada juga yang tidak tahu kewujudan tempat ini. Dalam artikel kali ini, saya akan perkenal beberapa tempat makan yang menjadi port steamboat best di Kuala Lumpur.
1. Hot Pot King Steamboat & Grill – kedai makan
Kedai Hot Pot King Steamboat & Grill adalah sebuah port steamboat yang di jamin halal. Konsep makan di sini secara buffet layan diri. Pemilik kedai steamboat ini adalah muslim. Hot Pot King Steamboat & Grill di terima baik oleh masyarakat di sini dan kini ia telah berkembang maju serta mempunyai 2 lagi cawangan baru di buka. Cawangan baru berada di Jalan Kucing dan Gombak.

Steamboat di sini sangat popular dengan pilihan daging perapan yang banyak. Review dari pelanggan yang pernah datang majoriti puji daging perapan sedap dan aroma rempah ratus sangat memikat. Ruang makan sangat luas dan berhawa dingin memberi keselesaan kepada pelanggan. Yang bawa anak kecil pun akan selesa dan boleh makan dengan tenang.
Hot Pot King Steamboat & Grill di buka setiap hari mula pukul 1.30 petang sampai 11 tengah malam. Lokasi kedai terletak di Jalan Kucing, Petaling Jaya, Kuala Lumpur.

Untuk tempahan atau soalan layari laman Facebook rasmi:
https://www.facebook.com/hotpotkingsteamboatandgrill/
2. Santhai Village BBQ Steamboat & Grill – kedai makan
Anda peminat penyanyi terkenal Haqiem Rusli? Untuk anda yang belum tahu, Santhai Village BBQ Steamboat & Grill adalah kedai makan steamboat milik Haqiem Rusli. Steamboat di sini ada rasa original resepi Thailand. Memang sedap!

Di tambah dengan perapan daging grill dan di makan pula dengan sos pencicah ala Thai yang memikat memang rasa padu. Sos yang menjadi pilihan ramai sos cili asam, sos Thai, sos bijan dan sos black pepper. Berkonsepkan buffet, Santhai Village menjadi port steamboat yang best di Kuala Lumpur kerana harga yang sangat berbaloi.


Lokasi kedai di Setapak, Kuala Lumpur. Di buka setiap hari mula pukul 4 petang sehingga 12 malam. Jangan lepas kan peluang!
Untuk tempahan atau soalan layari laman Facebook rasmi:
https://www.facebook.com/santhaivillagebbqsteamboatandgrill/
3. Senya Shabu-Shabu – restoran
Port makan steamboat di Kuala Lumpur dengan yang cara yang unik. Di sini, apa yang menarik adalah jakuzi pot yang disediakan setiap meja untuk pelanggan. Jakuzi pot adalah cara makan steamboat ala Jepun tapi rasa steamboat yang lengkap seperti masakan original Thai.

Selain itu, anda boleh ambil banyak mana daging lembu dan kambing sebab unlimited. Masa juga tiada had. Jadi anda boleh makan sampai kenyang. Ramai pelanggan suka datang ke sini kerana pilihan makanan sampingan memang banyak. Ada mee kari, kuih pau, sushi, dimsum pun ada. Banyak lagi lah kalau nak senarai tu.



Jadi untuk anda yang mahu singgah port steamboat best ini berada di Bandar Sri Permaisuri, Kuala Lumpur. Waktu operasi setiap hari pada pukul 12 sehingga 11 tengah malam.
Untuk tempahan atau soalan layari laman Facebook rasmi:
https://www.facebook.com/senyashabushabu/
4. Rot Thai Buffet Steamboat & Grill – restoran
Restoran Rot Thai Steamboat memang popular dalam kalangan orang Kula Lumpur. Ada beberapa cawangan Rot Thai yang baru di buka termasuk lah cawangan yang baru iaitu di Setiawangsa. Apa yang menarik di sini adalah pilihan makanan yang banyak dan kuah tomyam yang sempurna membangkit selera.
Banyak pilihan daging perap termasuklah makanan sejuk beku. Makanan lain juga banyak. Semua nya makanan ala Thai macam kerabu megi tomyam, somtam, pulut mangga, laksa thai, pad kra pao dan banyak lagi. Memang rambang mata nak pilih. Tapi ingat, ambil banyak jangan pula.


Bayar satu harga boleh makan semua secara unlimited, memang berbaloi. Tempat makan luas dengan dekorasi yang cantik. Boleh ajak lah kawan-kawan atau keluarga ramai untuk tambah meriah.

Untuk tempahan atau soalan layari laman Facebook rasmi:
https://www.facebook.com/rotthaibuffetsteamboatandgrill/
5. Pak John Steamboat & BBQ – restoran
Restoran ini menawarkan konsep makan secara buffet dimana anda hanya perlu bayar satu harga untuk nikmati semua pilihan makanan yang ada. Di sini ada lebih 160 makanan untuk di pilih. Pengemar seafood anda pasti suka, di sini juga ada menu abalone, memang lain dari lain. Bukan itu saja, untuk buat bbq daging itik juga tersedia untuk anda semua. Kalau habis ja staff mereka akan tambah, tidak perlu risau.



Pak John Steamboat & BBQ memang popular sebagai restoran steamboat yang menjaga kualiti makan mereka. Hanya makanan yang masih segar dan baru akan di hidang kepada anda. Jangan lupa untuk singgah di sini jika anda datang berkunjung ke Kuala Lumpur.
Kini Pak John telah menjadi port steamboat best di area Kuala Lumpur.

Untuk tempahan atau soalan layari laman Facebook rasmi:
https://www.facebook.com/pakjohnsteamboatandbbq/
6. Maohu Steamboat & Grill – restoran
Port Steamboat best di Kuala Lumpur yang menjadi pilihan ramai mempunyai beberapa cawangan lain. Ada di Sentul, Cheras, Putrajaya dan Subang Jaya. Anda boleh pilih lokasi yang berdekatan anda. Di sini ada tawarkan 2 pilihan pakej, biasa dan premium. Pakej biasa anda dapat nikmati pelbagai pilihan makanan ada lebih 60 makanan daging dan seafood yang di hidang segar untuk anda.


Jika anda upgrade untuk pakej premium anda boleh nikmati lobster yang boleh anda tangkap sendiri dan masak. Pilihan daging juga dapat lebih banyak dan jenis daging yang premium sahaja untuk anda. Tidak rugi lah kalau datang sini.
Untuk menjamin sayur yang segar, di Maohu Steamboat anda boleh petik sendiri sayur seperti salad dari pokok yang ada dalam restoran Maohu Steamboat & Grill. Menjadi satu pengalaman yang menarik bukan.


Untuk tempahan atau soalan layari laman Facebook rasmi:
https://www.facebook.com/maohusteamboatandgrill/
Sekarang ni, kami hanya jumpa 6 port steamboat best di Kuala Lumpur. Jika anda ada maklumat terbaru atau ingin letak tempat anda ke dalam artikel ini, sila hubungi kami di (https://reviewmakanankmn.wasap.my/) untuk penambahan tempat best di Kuala Lumpur ini. Setelah anda membaca ini, jangan lupa untuk share dengan orang lain juga ye!