Video Perempuan Pecahkan Cermin Kereta. Ini Cerita Sebanar Kejadian. | KHALIFAH MEDIA NETWORKS : Tular video seorang wanita memecahkan cermin sebuah kereta kecoh menggunakan batu menjadi perbualan netizen di media sosial. Selain wanita itu, seorang lagi lelaki turut menggunakan besi untuk merosakkan kereta berkenaan.

Perempuan Pecahkan Cermin Kereta

Menerusi video yang dikongsi, turut kelihatan ejen penarik kenderaan sedang menunggu di hadapan rumah mereka. Menurut pengguna Facebook, Rasis Jalil, individu dalam video tular itu didakwa dianiaya oleh pemilik kereta yang sebenar.

“Dikatakan kereta ni (jual beli) sambung bayar. Keluarga ni dah bayar secara bulanan tapi pemilik asal tak bayar kepada bank.

“Puas dah pesan jangan beli kereta sambung bayar,” tulisnya.

Rasis Jalil berkongsi video itu ke laman Facebook pada Selasa.

Di ruangan komen, seorang individu dikenali sebagai Luqman Hakim turut memperkatakan hal sama, mendakwa keluarga itu dianiaya pemilik asal kereta berkenaan.

Perempuan Pecahkan Cermin Kereta

CERITA SEBENAR

“Cerita dia, keluarga ni beli kereta sambung bayar. Bulan-bulan bayar penuh dekat pemilik, tapi pemilik tak bayar dekat bank. Dah tunggak sampai lapan bulan.

“Ketika keluarga ni beli, siap bayar deposit. Jadi apabila dapat tahu (ansuran) kereta tak dibayar kepada bank sedangkan keluarga ni dah bayar pada pemilik, mereka rosakkan kereta tu.

“Kira macam rugi la mereka bayar deposit kereta dan bayar bulan-bulan sebab akhirnya kena tarik,” tulis Luqman Hakim.

Perempuan Pecahkan Cermin Kereta

Seorang lagi pengguna Facebook dikenali sebagai Wan Firdaus berkata kejadian itu pastinya akan menyusahkan pemilik asal kereta berkenaan.

“Dia berjaya susahkan hidup pemilik asal. Sebab kereta ni sambung bayar. Lagi jatuh nilai kereta tu, lagi banyak (kerugian) pemilik asal kena tanggung.

“Dia (individu dalam video) lepas (geram) sebab tak ada dalam geran dan pinjaman bank bukan nama dia,” tulis Wan Firdaus pula.

Di sebalik penjelasan itu, ramai netizen turut mengecam tindakan ganas yang dipamerkan dalam video tular berkenaan.

Video itu turut tersebar ke platform media sosial lain.

 

FAKTA BERKENAAN TARIK KERETA

Berikut Bjak kongsikan beberapa fakta mengenai tarik kereta yang anda kena tahu:

1. Kenderaan yang dibeli secara ‘sewa beli’ menjadikan pembeli sebagai ‘penyewa’. Manakala, institusi kewangan adalah ‘pemunya’

2. Mengikut Akta Sewa Beli, institusi kewangan berhak untuk mengambil semula atau dalam kata mudah menarik balik mana-mana kenderaan jika penyewa didapati gagal membayar jumlah ansuran yang telah dijanjikan dalam syarat perjanjian dengan institusi kewangan

Perempuan

3. Ejen penarik kenderaan perlu membuat permohonan dan pendaftaran dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNKK) untuk memperolehi kad kuasa ejen penarikan kenderaan

4. Kebanyakan laporan polis yang dibuat oleh ejen penarik kenderaan yang dilantik oleh pihak institusi kewangan adalah hanya selepas proses tarik kenderaan dilakukan

5. Laporan polis yang dibuat oleh ejen penarik kereta adalah bagi memaklumkan kesahihan tindakan yang diambil oleh ejen yang dilantik institusi kewangan mengikut prosedur perundangan

6. Pihak polis tidak terlibat mahupun melindungi aktiviti penarikan kenderaan yang dijalankan oleh ejen penarik kenderaan mewakili institusi kewangan.

HAK PENYEWA YANG PERLU EJEN PENARIK KENDERAAN PATUHI

Di bawah pula dikongsikan hak penyewa yang ejen penarik kenderaan perlu patuhi sebelum membuat penarikan pada mana-mana kenderaan:

1. Ejen penarik kenderaan tidak dibenarkan menarik kenderaan yang berada di kawasan kediaman berpagar

2. Ejen penarik kenderaan tidak boleh menarik kenderaan pada hari cuti umum

3. Masa untuk melakukan urusan tarik kenderaan adalah pada 9 pagi sehingga 9 malam sahaja

Perempuan

4. Ejen penarik kenderaan perlu mengemukakan kepada penyewa surat arahan tarik dari institusi kewangan dan perintah Mahkamah sekiranya kenderaan yang hendak ditarik telah membuat bayaran melebihi 75% daripada pinjaman kenderaan

5. Ejen penarik kenderaan perlu mempunyai Kad Autoriti Ejen Perolehan Semula (EPS) daripada KPDNKK

6. Ejen penarik kenderaan perlu bersikap professional, memakai pakaian yang kemas dan bersesuaian ketika urusan tarik kenderaan dilakukan

7. Ejen penarik kenderaan dilarang sama sekali menggunakan kekerasan ketika proses menarik kenderaan dilakukan

8. Penyewa perlu diberikan masa yang secukupnya untuk mengeluarkan segala barang berharga dari dalam kereta sebelum kenderaan ditarik

9. Ejen penarik kenderaan perlu segera membuat laporan polis bagi memaklumkan kesahihan menjalankan penarikan kenderaan

10. Jika berlaku sebarang masalah ketika proses penarikan kenderaan seperti berlaku jenayah, kekerasan, peras ugut duit mahupun pencerobohan premis tanpa izin, pihak penyewa beli berhak untuk melaporkannya kepada pihak polis agar tindakan undang-undang terhadap ejen penarik kenderaan/ institusi kewangan. Begitu juga sebaliknya.

 

Sumber : Mstar

Share.

Leave A Reply