Makcik Ini Menangis Bila Disoal Tentang Persiapan Raya. | KHALIFAH MEDIA NETWORKS : Sudah pasti ramai yang menanti hari raya setelah sebulan umat Islam berpuasa di bulan Ramadan. Sambutan Hari Raya Aidilfitri ini pastinya akan mengeratkan lagi hubungan silaturahim di antara sanak-saudara apabila semua saling bermaafan dan membuka satu lembaran baharu.
Walau bagaimanapun dalam semua umat Islam gembira dan teruja ingin menyambut Hari Raya yang bakal tiba, namun tak dinafikan ada juga yang bersedih kerana tidak dapat meraikannya bersama yang tersayang.
Perkara ini samalah seperti seorang makcik ini apabila telah membuatkan ramai sebak apabila meluahkan dirinya tidak akan beraya kerana baru sahaja kehilangan insan tersayang.
VIDEO BERMAIN SOAL JAWAB
Menerusi video yang dikongsikan oleh Kerjazz di TikTok, awalnya seorang pengacara wanita bermain soal jawab dengan orang ramai yang berada di bazar Ramadan.
Pengacara itu kemudiannya menemurah seorang makcik yang berada di bazar berkenaan untuk bertanya mengenai persediaan sambutan Hari Rayanya dan dia akan mendapat hadiah misteri yang dibawa oleh wanita terbabit.
Wanita itu kemudiannya bertanya kepada makcik berkenaan berapakah harga baju rayanya pada tahun ini.
LUAHAN MAKCIK BUAT RAMAI SEBAK
Makcik itu bagaimanapun tidak menjawab soalan yang diajukan sebaliknya meluahkan dia tidak beraya kerana baru sahaja kehilangan ibu.
“Makcik beli baju raya tahun ni.. tapi tahun ni makcik cakap, makcik tak akan beraya. Sebab mak makcik baru sahaja meninggal dunia. Tapi, makcik kesian dekat anak-anak.
@kerjazz Awal-awal tu Makcik yang tegur I, nak main juga. Dia nampak excited and happy gila masa tu so I tak expect dia meluah macam ni. Sebak sangat rasa masa dia cerita tu, dia kata dia happy sangat I interview dia. Dia layan I macam I anak dia sendiri padahal itu first time I jumpa dia. Tu lah, sometimes the littlest things could make someone’s day 1000% better. & tak semua orang yang nampak ‘happy go lucky’ ni tak ada masalah/ujian. Kalau korang ada masa, datang lah Bazar Shah Alam ni, support Makcik okay❤️🥺 Siapa yang nak beli Ketupat ZUS @ZUS Coffee Shop ni, korang boleh beli dekat @JayaGrocer tau 🫶🏻 📍 Jaya Grocer Bukit Jelutong 📍 Jaya Grocer Plaza Alam 📍 Jaya Grocer Intermark 📍 Jaya Grocer Cyberjaya 📍 Jaya Grocer Subang Jaya 📍 Jaya Grocer Saujana Utama 📍 Jaya Grocer Main Place, USJ21 📍 Jaya Grocer Sunway Pyramid 📍 Jaya Grocer Da Men 📍 Jaya Grocer The Gardens Mall 📍 Jaya Grocer MK163 📍 Jaya Grocer 1 Utama 📍 Jaya Grocer KL East 📍 Jaya Grocer BBCC Lalaport 📍 Jaya Grocer ECO Majestic 📍 Jaya Grocer Ipoh Parade 📍 Jaya Grocer Kuantan City 📍 Jaya Grocer Penang Paragon 📍 Jaya Grocer ECO Galleria 📍 Jaya Grocer Seremban PRIMA #kerjazz #malaysia #fypp #fypage #trending #fyppppppppppppppppppppppp #foryoupage #ramadan #kongsibersama #pov #positivity #socialexperiment ♬ original sound – Adalyna
“Makcik terpaksalah pejamkan mata (melupakan kesedihan) untuk beraya dengan mereka (anak). Sebab mak makcik baru meninggal. Baru nak masuk dua bulan, nak,” luahnya sambil menahan sebak di dada
Melihat kesedihan makcik tersebut, pengacara berkenaan segera mengusap bahu makcik tersebut untuk menenangkannya.
Wanita itu turut bertanya kepada makcik berkenaan apakah punca ibunya meninggal dunia. Dia lalu menjawab arwah ibu menghidap kanser hati tahap empat dan meminta pengacara terbabit mendoakan dirinya dan keluarga.
Sedih dengan luahan itu, pengacara berkenaan segera memeluk makcik tersebut dan memintanya untuk bersabar dengan ujian yang dihadapinya.
“Insha-Allah arwah dekat tempat yang baik. Makcik jangan sedih makcik,” kata pengacara itu lagi.
TIDAK DAPAT MENAHAN SEBAK
Makcik itu memaklumkan dia tidak dapat menahan sebak dan terharu kerana pengacara itu sudi menemuramahnya. Malah katanya perkara itu secara tidak langsung dapat memberinya peluang untuk meluahkan perasaan yang dipendam.
“Ramai yang sayang makcik, saya pun (sayang makcik). Makcik jangan nangis.”
Kelihatan makcik itu turut meminta wanita berkenaan tidak menangis dan menyeka air mata pengacara tersebut.
“Makcik nangis, tapi makcik happy (gembira). Minta Makcik doakan kakak dengan team kakak semua sihat,” ujar wanita yang berasal dari Johor Bahru itu.
Makcik itu juga merupakan peniaga di bazar berkenaan untuk menjual barangan topi, beg dan kopiah.
HADIAH MISTERI
Untuk mengembirakan hati makcik yang berusia 62 tahun itu, pengacara berkenaan kemudiannya menyerahkan hadiah misteri berbentuk kotak ketupat dari jenama kopi tempatan iaitu Zus Coffee.
Di dalam kotak tersebut terdapat empat jenis perisa kopi, kad ucapan serta beg kecil. Makcik menyifatkan anaknya sangat menyukai minuman daripada jenama tempatan berkenaan dan pastinya hadiah yang diterima akan membuatkan mereka gembira.
“Awal-awal tu makcik yang tegur saya, nak main (soal jawab) juga. Dia nampak excited dan happy gila masa tu jadi saya tak jangka dia meluah macam ni. Sebak sangat rasa masa dia cerita tu, dia kata dia gembira sangat saya temuramah dia.
“Dia layan saya macam anak dia sendiri, padahal itu pertama kali jumpa dia. Tulah, adakalanya perkara kecil boleh menceriakan hari seseorang 100% lebih baik.
“Tak semua orang yang nampak “happy go lucky” ni tak ada masalah atau ujian. Kalau korang ada masa datanglah Bazar Shah Alam beri sokongan (perniagaan) kepada makcik ini,” katanya di ruang kapsyen.
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang sebak mendengar luahan makcik berkenaan. Malah ada yang tidak mahu menonton video tersebut sehingga habis kerana tidak dapat menahan air mata kerana sedih.
Ada juga menyifatkan meskipun makcik berkenaan adalah seorang ibu kepada anaknya namun dia juga memerlukan figura seorang ibu.
Tidak kurang juga ada yang memuji cara pengacara itu menenangkan makcik berkenaan.
Sumber : tt kerjazz