(Ada Video) Bila Nabi SAW Wafat Siapa Mandikan Jenazah Baginda ? | Khalifah Media Network – Wafatnya Nabi Muhammad SAW merupakan duka bagi seluruh kaum Muslimin dan para kerabatnya. Ketika beliau wafat, dikatakan sejumlah tokoh besar Islam pun mengurusi jenazah beliau dengan penuh hormat.

(Ada Video)Bila Nabi SAW wafat Siapa Mandikan Jenazah Baginda ?

Ia diceritakan dalam  kisah akhir detik kehidupan Nabi SAW seperti yang diceritakan oleh Anas Bin Malik. Kata beliau (yang bermaksud:

” Sesungguhnya Abu Bakar mengetuai solat orang ramai ketika Nabi SAW sakit yang mana ia adalah kesakitan yang menyebabkan Rasulullah SAW wafat. Sehingga tiba hari isnin, orang ramai pada ketika itu berada di dalam saf. Kemudian Rasulullah SAW menyingkap tirai biliknya dan melihat kepada kami. Ketika itu, Baginda SAW sedang berdiri dan wajah Baginda seakan-akan seperti kertas mushaf.[1] Kemudian Baginda tersenyum. Anas berkata : Maka kami pun terkejut dan berasa gembira apabila Rasulullah SAW keluar. Pada ketika itu kami sedang dalam solat. Lalu Abu Bakar pun ke belakang sedikit untuk menyambungkan saf yang ada. Abu Bakar berbuat demikian kerana beliau menyangka Rasulullah SAW keluar untuk solat bersama. Lantas Rasulullah SAW memberi isyarat kepada orang ramai untuk menyempurnakan solat. Anas berkata lagi : Kemudian Rasulullah SAW masuk semula ke rumahnya dan menurunkan tirainya. Rasulullah SAW wafat pada hari tersebut.”

Riwayat Muslim (874)

Riwayat tersebut menceritakan bahawa Rasullulah SAW wafat pada hari isnin kemudian berlaku satu perbincangan di kalangan para sahabat berkenaan siapa yang bakal menggantikan Rasulullah SAW sebagai ketua yang akan menguruskan urusan umat islam. Akhir perbincangan itu membawa satu resolusi iaitu memilih Abu Bakar sebagai khalifah bagi umat islam.

Jenazah Rasulullah mula untuk diuruskan pada hari selasa. Ada beberapa orang para sahabat yang bertanggungjawab untuk memandikan jenazah Rasulullah SAW, ingin tahu siapakah mereka, sila tonton video di bawah..

Share.

Leave A Reply