(Ada Video) Hampir Tiga Jam Kereta Tak Bergerak Di Lampu Isyarat. Puncanya Buat Ramai MARAH | Seorang pemandu lelaki dipercayai dalam keadaan separuh sedar mengeluarkan kata-kata kesat terhadap pasukan bomba selepas mengejutkannya yang tertidur di lampu isyarat berdekatan Sri Hartamas, Kuala Lumpur.

Seorang pengguna aplikasi TikTok, Muhammad Rozi Syafiq memaklumkan bahawa kereta dipercayai jenis Volkswagen Vento itu tidak bergerak hampir tiga jam walaupun lampu isyarat merah bertukar kepada hijau.

Menurut Muhammad Rozi, orang awam menyangka pemandu tersebut mungkin tidak sedarkan diri atas faktor kesihatan sekali gus menghubungi pasukan bomba untuk ‘menyelamatkan’ mangsa.

Bagaimanapun, jangkaan mereka ternyata meleset sama sekali apabila pemandu berkenaan tiba-tiba sedar sebelum keluar dari kereta dan cuba memahami situasi yang berlaku.

Rakaman berdurasi seminit 28 saat itu memaparkan anggota bomba dilihat sabar apabila dicarut pemandu terbabit selepas menyoal punca keretanya berada di tengah jalan raya.

@muhammadrozisyafiq ingatkan mati rupanya mabuk.3 jam tidur kt traffic light. Bomba datang nk tolong tapi kena F*ck pulak.dahlah mabuk menyusahkan orang . kalau kena report dengan tiktok lagi- taktau nak cakap apa dah . #srihartamas #fyp #pemabuk ♬ original sound – Muhammad rozi syafiq

Meninjau ke ruangan komen, salah satu video meraih lebih 120,000 tontonan itu mendapat pelbagai reaksi netizen yang rata-rata mendakwa bahawa pemandu tersebut dalam keadaan mabuk.

Malah, segelintir individu menggesa tindakan undang-undang yang lebih ketat dikenakan terhadap golongan pemabuk kerana boleh membahayakan pengguna jalan raya lain.

SUMBER : SK

Share.

Leave A Reply