(Ada Video) Jenazah Mati Tak Bayar Hutang. Apa Tindakan Nabi SAW? | Jika disebut mengenai hutang pastinya terarah kepada kisah pada zaman Rasulullah SAW yang mana baginda enggan menyempurnakan solat jenazah bagi orang yang tidak melunaskan hutangnya.

(Ada Video) Jenazah Mati Tak Bayar Hutang. Apa Tindakan Nabi SAW ?

Abu Hurairah berkata, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Jiwa seorang Mukmin itu tergantung kerana hutangnya hinggalah hutangnya dilangsaikan.” (Riwayat at-Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Baihaqi)

Setiap hutang manusia di dunia tetap perlu dilunaskan sekalipun kita sudah meninggal dunia. ‘Pertalian’ dengan orang yang kita berhutang itu tetap ada.

Sebahagian ulama menyatakan, apa yang dimaksudkan dengan hutang sesama manusia itu ialah hutang yang sengaja tidak dibayar. Ketika itu, seseorang itu akan terus menanggung dosa sehinggalah dia menghadap Allah SWT.

Oleh itu, dapat kita simpulkan bahawa isu ‘hutang’ ini tidak boleh tidak boleh dibuat ‘main’. Ia tetap perlu dijelaskan meskipun ketika itu kita sudah tiada lagi di dunia yang fana ini.

Jadi, apa yang perlu kita lakukan jika sekiranya orang-orang terdekat mahupun ahli keluarga kita meninggal dan masih menanggung hutang ketika almarhum masih hidup? Apa tindakan yang diambil oleh Rasullulah S.A.W sewaktu menghadapi perkara ini? Ikuti perkongsian video di bawah untuk mengetahui kisah selanjutnya..

Share.

Leave A Reply