(Ada Video) Kalau Niat Puasa Untuk Kurus Dapat Pahala Tak ? | Puasa merupakan salah satu rukun Islam yang wajib diketahui, diyakini dan diamalkan oleh seseorang muslim. Bagi setiap Muslim yang berpuasa, Allah akan memuliakannya. Puasa yang kita lakukan ini bukan sahaja akan memberi kepentingan di akhirat malah turut memberi manfaat dalam kehidupan kita di dunia juga.
Salah satu kebaikan berpuasa di dunia ialah puasa dapat menjaga kesihatan tubuh badan setiap orang dan menjauhkan mereka daripada penyakit. Sedangkan salah satu manfaat untuk akhirat, iaitu puasa dapat menjadi perisai kita dari bahang panasnya api neraka kelak.
Selain itu, puasa juga mempunyai faedah perubatan. Malah, selalunya lebih-lebih lagi bagi seorang wanita, sering kita dengar bahawa mereka menyertakan niat berdiet dalam menjalankan ibadah puasa. Lalu, apakah sebenarnya hukum bagi orang yang berpuasa dengan niat untuk berdiet atau kurus?
Menurut Hadis riwayat Al-Bukhari menjelaskan bahawa puasa memerlukan niat. Jadi, bagi orang yang tidak berniat awal, puasanya tidak sah.
ا الْأَعْمَالُ النِّيَّاتِ
Yang bermaksud, “Sahnya beberapa amalan bergantung kepada niatnya.” (Riwayat al-Bukhari).
Ingin ketahui lebih lanjut tentang isu ini? Mari ikuti kupasan lanjut bersama PU Azman melalui video di bawah..