(Ada Video) Kelebihan Menjadi Bilal Yang Ramai Tak Tahu | Saban hari, kita sentiasa diperdengarkan dengan laungan azan yang mengajak manusia supaya mendatangi rumah-rumah Allah. Kita diajak dan dipelawa untuk datang ke rumahNya bagi bersama-sama menyembah serta mengabdikan diri sebagai tanda kesyukuran kita kepada-Nya di atas segala nikmat yang telah diberikannya kepada kita.

(Ada Video) Kelebihan Menjadi Bilal Yang Ramai Tak Tahu

Azan adalah satu lafaz khusus yang diamalkan oleh penganut agama Islam sebagai tanda untuk menyatakan masuknya waktu solat fardu supaya orang-orang Mukmin boleh diseru supaya bergesa berkumpul untuk mengerjakan solat fardu.

Iqamat pula bermaksud sebutan tertentu untuk memberitahu para jemaah untuk mula mengerjakan solat. Sesungguhnya azan yang dilaungkan di muka bumi ini dengan penuh keikhlasan akan sampai ke pendengaran penghuni langit.

Sudah kita ketahui bahawa menjadi imam dan muazzin itu memerlukan ilmu yang betul dari guru bertauliah yang telah kita belajar dan juga persediaan sebelum ibadah ini dijalankan. Nikmatnya menjadi muazzin itu hanya empunya sahaja yang tahu betapa nikmatnya melaungkan azan.

Terdapat beberapa kelebihan menjadi ‘bilal’ yang ramai tidak tahu. Ingin ketahui dengan lebih lanjut, tonton video di bawah untuk perkongsian selanjutnya..

Share.

Leave A Reply