(Ada Video) Umpan ‘Padu’ Untuk Kaki Pancing, Abang Ni Dedah Cara Mudah Nak Tangkap. | Pasti ramai di antara kita yang gemar ke pantai akan perasan terdapat lubang-lubang kecil yang terbentuk pada pasir pantai sewaktu air sedang pasang.
Dalam fikiran, lubang tersebut pastinya akan dianggap hasil daripada ketam yang terdapat pada pantai berkenaan.
Sebenarnya, lubang-lubang tersebut bukanlah dihasilkan oleh ketam. Ianya kerana lubang tersebut terhasil daripada hidupan yang dikenali sebagai umpun-umpun.
Hidupan yang tergolong dalam keluarga cacing ini sangat terkenal dalam kalangan kaki pancing.
Umpun-umpun ini dikatakan salah satu umpan yang sangat mujarab digunakan untuk memancing di muara serta air payau.
Bagaimana hendak mencari dan cara menangkap umpun-umpun ini?
Satu akaun TikTok bernama @cikainaa_mk ada berkongsikan berkenaan tutorial untuk menangkap hidupan tersebut. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, tonton video seperti berikut:
@cikainaa_mkReply to @deandang1 tu serba sedikit🤣 Lubang dia macam2 bntuk #fyp #foryourpage #jankau♬ original sound – Siti Nurainaa Izzati
Dapat dilihat bahawa umpun-umpun yang berjaya diperolehi mereka dalam video tersebut sangat panjang.
Video tersebut lantas menjadi tular di media sosial. Sehingga kini, ianya telah ditonton lebih 1 juta kali.
Sumber: Siakap Keli, @cikainaa_mk