Penyu Dekati Pemancing, Rupa-Rupanya Ingin Minta Tolong. | KEMAMAN – Seorang pemandu lori terkejut apabila didatangi seekor penyu seolah-olah meminta pertolongan ketika sedang memancing di kawasan pantai Kuala Kertih, disini pada Isnin lalu. Mahadi Mat, 42, berkata, dia ternampak penyu yang dianggarkan seberat 10 kilogram (kg) itu muncul dari permukaan air menuju ke arahnya pada jarak 15 meter kira-kira jam 6.50 petang. “Dari jauh saya nampak macam ada sesuatu muncul di permukaan air, makin lama makin dekat menuju ke arah saya. Saya tak sangka penyu yang datang. “Pada mulanya saya terlintas untuk biarkan sahaja penyu itu kerana menganggap ia hanya…
Author: Admin Aqilah
Isu Premis Judi: Ini Tindakan Muktamad Kedah Akhir Tahun Ini. | ALOR SETAR – Kerajaan negeri bersetuju supaya semua lesen premis perjudian iaitu Ejen Agensi Nombor Ramalan (NFO) dan kelab persatuan (judi) di Kedah ditamatkan pada 31 Disember 2022. Exco Kesihatan dan Kerajaan Tempatan Kedah, Datuk Dr Mohd Hayati Othman berkata, ia sebagaimana kelulusan oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) setelah mengambil kira implikasi undang-undang. Katanya, Kementerian Kewangan adalah satu-satunya agensi yang meluluskan lesen perjudian, manakala kerajaan negeri boleh mengeluarkan dasar kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi pengawalan lesen premis sahaja. “Sebelum keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan (MKK) dibuat, kerajaan negeri mengadakan…
‘Scammer’ Maki Hamun Seorang Guru Kerana 5 Sen. | Slim River: Berang selepas gagal memerangkap mangsa untuk mendapatkan wang seperti yang minta, seorang guru dimaki dengan perkataan ‘babi ‘ dipercayai dilakukan oleh ‘scammer’ (penipu) di dalam aplikasi Telegram, baru-baru ini. Beliau yang mahu dikenali Ahmad, 52, berkata, sebelum itu, beliau dihubungi seseorang yang menghantar mesej menggunakan indentiti rakan untuk meminjam wang sebanyak RM1,000. Menurutnya, beliau bernasib baik kerana sudah menyedari bahawa mesej itu bukanlah daripada rakannnya. “Apabila saya sedar telefon rakan saya telah digodam oleh scammer lalu saya mengiyakan permintaan scammer terbabit. “Kebetulan saya berada di pekan ketika itu dan…
(VIDEO) Tular Lelaki Tiba-Tiba Turun Kereta Pukul Penunggang Basikal. | PETALING JAYA: Polis sudah mengenal pasti suspek yang didakwa memukul seorang lelaki yang sedang menunggang basikal di persimpangan lampu isyarat, berhampiran AEON Mall Seri Manjung, Jalan Seri Manjung, Perak. Ketua Polis Daerah Manjung Nor Omar Sappi, berkata ia susulan pihaknya mengesan sebuah video tular di Facebook memaparkan seorang lelaki menaiki kereta jenis Proton Wira berwarna biru bertindak memukul penunggang basikal terbabit.Hasil siasatan awal, Omar berkata, kenderaan yang dinaiki suspek adalah milik seorang lelaki warga tempatan yang berasal dari Ayer Tawar, Manjung, Perak.“Menurut pemilik kenderaan tersebut, keretanya telah dipinjam oleh rakannya…
Tular Sotong Ring Diperbuat Dari Daging Babi. Ini Jawapan KPDNHEP. | PUTRAJAYA – Sampel gegelang sotong sejuk beku disahkan tidak mengandungi asid deoksiribonukleik (DNA) babi. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, ia disahkan oleh keputusan daripada Jabatan Kimia Malaysia. “Pihak KPDNHEP ingin menasihati pengguna agar berhati-hati di dalam menyebarkan maklumat terutama di media sosial termasuklah isu berkaitan halal kerana ia boleh mendatangkan kegusaran kepada orang ramai,” katanya. AKAN MENYUSUL Sumber: Sinar Harian
Kejam! Gelandangan Dipukul Sehingga Organ Perut Pecah. | PETALING JAYA: Seorang gelandangan dibelasah hingga organ dalam perut pecah dalam kejadian di hadapan sebuah bangunan kedai di Jalan Pesisiran Bunga Raya, Melaka, awal pagi tadi. Mangsa berusia 40an ditemukan orang awam dalam keadaan parah di kaki lima bangunan itu, pada 7.20 pagi. Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Christopher Patit, berkata mangsa ditemukan masih bernyawa sejurus sepasukan anggota polis tiba di lokasi kejadian. Katanya, pemeriksaan fizikal mendapati mangsa mengalami kecederaan termasuk di muka sebelum dihantar ke Hospital Melaka untuk rawatan. “Berdasarkan maklumat doktor, mangsa mengalami pendarahan dalam kepala, bibir koyak selain organ…
Najib Dakwa Hakim Yang Jatuhkan Hukuman Terhadapnya Perlu Tarik Diri. | KUALA LUMPUR: Peguam Najib Razak mengumumkan mereka akan memfailkan permohonan kebenaran untuk mengemukakan keterangan baharu kepada Mahkamah Persekutuan bagi menunjukkan hakim yang menyabitkan Najib bersalah dalam perbicaraan terdahulu ada kaitan dengan kes itu. Peguam Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Najib berkata, Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd Nazlan Mohd Ghazali sepatutnya mendedahkan konflik kepentingan yang ketara itu dan menarik diri. Beliau memberitahu wartawan pada akhir pendengaran hari ini bahawa satu pendedahan mengejutkan dibuat dalam prosiding hari ini berhubung pembabitan Nazlan yang akan menjadikan hakim itu saksi berpotensi dalam kes berkenaan. Minit…
Kes Tangmo Nida: Bukti Baru Ditemui, Upacara Pemakaman Ditangguh. | UPACARA pemakaman pelakon Thailand, Tangmo Nida berlangsung selama tiga hari bermula Sabtu. Jasad aktres itu juga dijadualkan menjalani proses krematorium 14 Mac. Bagaimanapun, dalam perkembangan terkini ibunya, Panida Siriyuthayothin mahu autopsi kedua dijalankan ke atas jasad Tangmo selepas tidak berpuas hati dengan autopsi kali pertama. Peguamnya, Kritsana Sriboonpimsuay berkata dokumen telah diserahkan kepada penyiasat di Wilayah Polis Wilayah 1 bagi mereka membekukan mayat sebelum memindahkannya ke Institut Sains Forensik Pusat. KELUARGA RAGU AUTOPSI PERTAMA Ia susulan keraguan keluarga mengenai luka pada mayat dan punca kematian mendiang. Difahamkan keputusan bedah siasat kali kedua ini akan…
Kantoi! Pemilik Kenderaan Terbakar Kini Diburu Polis. Ini Sebabnya. | RANTAU PANJANG – Kejadian sebuah kereta jenis Perodua Kancil yang terbakar di sebuah stesen minyak di sini pada pagi Isnin membongkar kegiatan penyeludupan bahan api ke negara jiran. Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M Nasir berkata, siasatan di dalam kereta yang terbakar mendapati terdapat tong plastik dipercayai digunakan untuk mengisi minyak dan bertujuan untuk diseludup ke Thailand. “Keterangan awal saksi di tempat kejadian memberitahu dia melihat api menyala dari bahagian bawah kereta semasa seorang lelaki juga pemandu kereta itu sedang mengisi minyak di salah sebuah pam. “Api kemudian merebak…
Lagi Gegaran Gempa Dirasai Di Semenanjung Malaysia. | PETALING JAYA: Satu gempa bumi kuat dilaporkan berlaku di selatan Sumatera, Indonesia, pada 5.09 pagi tadi. Jabatan Meteorologi Malaysia berkata, gegaran gempa bumi dengan magnitud 6.7 itu turut dirasai di bahagian barat Semenanjung terutama Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor. “Pusat gempa bumi tersebut terletak di 0.6° S dan 98.6° T dengan kedalaman 10 km. “Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia,” katanya di Twitter. Sumber: FMT