Author: Admin Aqilah

Pasukan Beregu Negara Sze Fei-Izzuddin Muncul Juara Terbuka Jerman. | BEREGU lelaki negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani mencipta sensasi apabila muncul juara kejohanan badminton Terbuka Jerman 2022 di Muelheim an der Ruhr pada awal pagi tadi. Tampil sebagai satu-satunya wakil Malaysia di pentas final, Sze Fei-Nur Izzuddin mengesahkan kejuaraan selepas menewaskan gandingan China, Liu Yu Chen-Ou Xuan Yi 23-21, 16-21, 21-14. BEREGU lelaki negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani mencipta sensasi apabila muncul juara kejohanan badminton Terbuka Jerman 2022 di Muelheim an der Ruhr pada awal pagi tadi. Tampil sebagai satu-satunya wakil Malaysia di pentas final, Sze Fei-Nur Izzuddin…

Read More

Kini, Sesiapa Bergaji Rendah Boleh Miliki Rumah. Ini Caranya. | RAKYAT golongan B40 dan M40 yang tidak mempunyai pekerjaan tetap dan tiada slip gaji untuk pembiayaan membeli rumah menarik nafas lega dengan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Johor baru-baru ini. Impian mereka untuk memiliki kediaman sendiri bakal tercapai apabila kerajaan sedia membantu mempermudahkan pinjaman perumahan menerusi Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad (SJKP). SJKP merupakan syarikat milik penuh Kementerian Kewangan dan sebanyak RM2 bilion diperuntukkan untuk tujuan tersebut dalam Belanjawan 2022. Mereka yang bekerja sebagai nelayan, petani, peniaga kecil, pemandu teksi dan lain-lain pekerjaan boleh memohon membeli rumah…

Read More

Russia Lulus Undang-Undang Halang Rakyatnya Tahu Tentang Perang. | NEW YORK: Netflix dan TikTok menyekat hampir semua perkhidmatan di Russia semalam, selepas kerajaan negara itu bertindak menghalang orang ramai dan media daripada menceritakan mengenai perang di Ukraine. TikTok berkata, pengguna di Russia kini tidak dapat memuat naik video atau siaran langsung baharu, selain tidak dapat menonton video dikongsikan dari negara lain di seluruh dunia. “Susulan undang-undang ‘berita palsu’ baharu Russia, kami tiada pilihan selain menggantung perkhidmatan muat naik video baharu atau siaran langsung, sementara kami meneliti kesan keselamatan daripada undang-undang ini. “Namun, perkhidmatan mesej dalam aplikasi kami tidak terkesan,” kata TikTok…

Read More

Jeritan Menantu Selamatkan Mentua Ketika Kebakaran. | Jasin: “Kejadian berlaku amat pantas, api sangat marak dan tidak sampai 10 minit habis terbakar satu rumah sebelum terdapat bunyi letupan dari dalam. “Mujur saya cepat tersedar sebelum menjerit memanggil emak dan bapa mentua meminta mereka keluar untuk menyelamatkan diri,” kata saksi kebakaran Suhana Abd Razak, 40. Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang, kediaman mentua wanita terbabit di Kampung Bukit Senggeh, di sini, musnah terbakar. Menurut Suhana, ketika kejadian ibu serta bapa mentuanya berusia 70 dan 80-an dikatakan sedang tidur di ruang tamu. “Ketika itu saya baru hendak makan sebelum terhidu bau benda…

Read More

Dua Penyokong Mati Dibunuh Semasa Perlawanan Bola Sepak. | SANTIAGO DE QUERETARO: Dua penyokong terbunuh manakala 20 lagi dikejarkan ke hospital susulan rusuhan yang tercetus ketika perlawanan liga di Mexico antara Queretaro menentang Atlas. Rusuhan itu berlaku hanya sejam selepas pertembungan antara dua pasukan divisyen satu itu di Stadium Corregidora, semalam. Khabar angin menyatakan 17 terkorban susulan rusuhan itu namun pegawai dari Koordinasi Perlindungan Sivil Queretaro mengesahkan 22 dihantar ke hospital manakala dua lagi berada dalam keadaan kritikal. “Semua yang lain dalam keadaan stabil. Semua yang cedera adalah lelaki dan empat daripadanya berasal dari Jalisco.” Laporan menyebut Queretaro sedang ketinggalan…

Read More

12 Diplomat Russia Diusir Keluar Negara Kerana Dituduh Perisik. | Washington: Dituduh sebagai perisik, 12 diplomat Moscow daripada misi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) diarah meninggalkan negara berkenaan. Susulan arahan itu, sebuah pesawat Rusia dibenarkan mendarat di lapangan terbang antarabangsa di sini semalam, untuk mengambil semua diplomat terbabit. Untuk rekod, Amerika Syarikat (AS) menutup ruang udaranya kepada semua pesawat Russia selepas Moscow menyerang Ukraine. Namun, pesawat Ilyushin Il-96 itu dibenarkan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Dulles dan ia disahkan oleh portal FlightAware, yang mengesan semua pergerakan udara. Jurucakap Jabatan Negara AS berkata, kerajaan AS meluluskan penerbangan yang ditempah kerajaan Russia, untuk…

Read More

‘Gamer’ Guna Duit Ibu RM40 Ribu, Ditipu Beli Mata Wang Permainan. | KUANTAN – Terpedaya dengan tawaran murah pembelian mata wang permainan dalam talian, seorang pelajar sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) tergamak menggunakan wang simpanan ibunya RM40,795 untuk membuat pembayaran. Tindakan itu bukan sahaja menyebabkan wang simpanan ibunya itu lesap apabila mangsa yang berusia 22 tahun ditipu, malah dia sendiri menggunakan wang simpanannya RM1,705 untuk membuat bayaran menjadikan kerugian dialami berjumlah RM42,000. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Negeri, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, mangsa dipercayai mempunyai akses untuk menggunakan perbankan internet ibunya yang juga seorang pesara. Menurutnya, semua wang…

Read More

Mayat Pelakon Thailand Ditemui Terapung Di Sungai. | BANGKOK – Pasukan penyelamat semalam berjaya menemukan mayat seorang pelakon wanita Thailand, Tangmo yang terjatuh ke dalam Sungai Chao Phraya pada malam Khamis lalu, lapor laman berita Thaiger. Anggota-anggota penyelamat daripada Yayasan Ruamkanyu melaporkan telah menemui mayat Tangmo atau nama sebenarnya, Pataratida  Patcharaveerapong terapung di sungai  itu sekitar pukul 2.10 petang (waktu tempatan) semalam. Seorang pelakon lelaki Thailand yang turut menjadi sukarelawan dalam misi pencarian, Eakpan Bunluerit mengesahkan mayat itu adalah Tangmo. Mayat berkenaan terapung berhampiran jeti Pibul Songkhram 1 di bandar Nonthaburi. Polis menutup kawasan itu untuk memberi privasi kepada keluarga dan…

Read More

Peperangan Telah Bermula! Negara Ukraine Kini Diserang Roket. | KYIV: Russia melancarkan perang berskala penuh terhadap Ukraine dengan menyasarkan bandar-bandar utama dalam serangan awal bermula lewat pagi tadi. Menteri Luar Ukraine, Dmytro Kuleba, menerusi ciapan Twitter berkata, perang Presiden Russia, Vladimir Putin, sudah bermula dan meminta bantuan dunia bagi menghentikannya. Interfax Ukraine melaporkan, serangan roket dilancarkan terhadap semua pangkalan tentera di seluruh negara itu dan tentera Russia sudah mendarat di bandar pelabuhan Odessa dan Mariupol di selatan. Wartawan AFP turut mengesahkan mendengar letupan di Odessa dan Mariupol, disusuli bunyi siren polis dan ambulans merentasi pusat bandar Ukraine. Letupan turut dilaporkan…

Read More

(Video) Kereta Terhuyung-Hayang, Rupanya Ini Puncanya. | BALING – Seorang datuk dan dua cucunya terselamat setelah kenderaan dinaiki terbabas sehingga melanggar tiang elektrik di Kampung Mengkuang Masjid, Jalan Kuala Pegang di sini pada Selasa. Dalam kejadian kira-kira jam 1 tengah hari itu, pemandu yang merupakan lelaki warga emas berusia 70 tahun dikatakan gagal mengawal kereta jenis Proton Wira kerana dipercayai mengalami sakit kepala dan demam. Ketua Polis Daerah Baling, Superintenden Shamsudin Mamat berkata, kemalangan berlaku semasa warga emas itu sedang memandu dari arah Sekolah Menengah Agama Yayasan Khairiah Kampung Pisang, Kupang menghala pulang ke rumah di Kampung Paya Besar. Menurutnya,…

Read More