Adanya Kubur Bertingkat Dapat Atasi Masalah Kepadatan | Tanah Perkuburan Islam Masjid Al Jamiul Badawi, Kepala Batas yang dahulunya mempunyai masalah untuk mengebumikan jenazah berikutan tiada ruang kini dapat diatasi sepenuhnya melalui pelaksanaan kubur bertingkat ini.

Adanya Kubur Bertingkat Dapat Atasi Masalah Kepadatan

Pengerusi kariah masjid berkenaan, Datuk Shariful Azhar Othman berkata. Berdasarkan sejarah tanah perkuburan masjid pada ketika itu yang dianggarkaan berusia lebih 100 tahun sebelum pelaksanaan kubur bertingkat.

Beliau berkata, faktor itu telah menyebabkan kawasan perkuburan di kawasan itu sesak srhingga pada suatu kejadian, tiada lagi ruang untuk mengebumikan jenazah baharu.

“Pembelian tanah baharu memerlukan kos yang amat tinggi hingga ratusan ribu ringgit, di samping anak kariah setempat tidak mahu kubur ahli keluarga mereka terletak berjauhan.

“Mengambil kira aspek ini, jawatankuasa kariah ketika itu membuat keputusan melaksanakan kubur bertingkat dan diterima anak kariah walaupun pada awalnya mendapat bantahan,” katanya.

Namun, walau bagaimanapun selepas beliau menjelaskan masalah yang dihadapi, semua pihak menerimanya dengan baik dan tiada sebarang bantahan.

Jelasnya, langkah membuat kubur bertingkat ini ialah cetusan idea daripada jawatankuasa kariah masjid itu. Sebelum mengadakan lawatan ke Tanah Perkuburan Islam Alor Malai, Alor Setar, Kedah lebih mempelajari pelaksanaannya.

Hasilnya, pada tahun 2002 kubur bertingkat itu dapat direalisasikan sekaligus dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi sehingga hari ini.

Beliau berkata, pada asalnya kawasan kubur itu merupakan kubur lama yang ditambak dengan tanah sedalam satu setengah meter. Sebelum jenazah baharu dikebumikan di atasnya. Pelaksanaan kubur bertingkat ini turut mendapat kebenaran Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP).

Shariful Azhar yang bertanggungjawab terhadap pengurusan masjid ketika itu, memastikan penjagaan dibuat sebaik-baiknya supaya kelihatan tersusun.

“Kita sering menerima lawatan dari masjid lain yang ingin mempelajari pelaksanaan kubur bertingkat.

“Kami mengalu-alukan usaha menyelesaikan masalah kesesakan dan kepadatan di tanah perkuburan yang dihadapi,” katanya.

Sumber : Berita Harian 

 

 

Share.

Leave A Reply