Agung Zahir Rasa Dukacita Kerajaan Batal Ordinan Darurat Tanpa Perkenan Baginda

| July 28, 2021 | 0 Comments

Agung Zahir Rasa Dukacita Kerajaan Batal Ordinan Darurat Tanpa Perkenan Baginda | KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini menzahirkan rasa dukacita dengan kenyataan yang telah dibuat di Parlimen pada 26 Julai 2021 yang lalu bahawa Kerajaan telah membatalkan semua Ordinan Darurat yang telah dimasyhurkan oleh Baginda sepanjang tempoh Darurat walhal pembatalan belum lagi diperkenan Baginda.

Agung Zahir Rasa Dukacita Kerajaan Batal Ordinan Darurat Tanpa Perkenan Baginda

Menerusi kenyataan media yang ditulis oleh Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Dato’ Indera Ahmad Fadil Shamsudin, pembatalan semua Ordinan Darurat tersebut sepanjang tempoh darurat belum lagi diperkenankan Baginda.

Selain itu, Seri Paduka Baginda menegaskan bahawa kenyataan Yang Berhormat Menteri di Parlimen pada 26 Julai lalu adalah tidak tepat dan telah mengelirukan Ahli-Ahli Dewan Rakyat.

Image

Image

Tags: , , , ,

Category: INFORMASI, SEMASA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *