Ahli Kumpulan Penjenayah Terancang Didakwa Hari Ini | Seramai 19 ahli kumpulan jenayah terancang yang dikenali sebagai ‘Geng Sakai’ telah tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur sebentar tadi. Kelihatan trak polis yang membawa kesemua ahli kumpulan itu memasuki perkarangan kompleks mahkamah pada jam 10.15 pagi dengan diiringi ketat oleh pihak polis.

Ahli Kumpulan Penjenayah Terancang Didakwa Hari Ini

Kesemua mereka akan dituduh mengikut Seksyen 130V Kanun Keseksaan iaitu menjadi ahli suatu kumpulan jenayah terancang.

Pada 20 Jun lalu polis telah berjaya menumpaskan kumpulan jenayah terancang dikenali sebagai ‘Geng Sakai’ yang disyaki aktif dalam kegiatan pengedaran dadah, pemerasan, pembunuhan, kekerasan, jenayah harta benda dan pemilikan senjata api.

Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim, seramai 24 suspek berusia antara 14 hingga 47 tahun ditahan di sekitar ibu kota, Melaka, Negeri Sembilan, Perak serta Terengganu, melalui Operasi Fortress (Op Fortress).

Dalang kumpulan itu merupakan seorang lelaki tempatan berusia 47 tahun yang digelarkan sebagai sakai. Dipercayai bahawa beliau merupakan pengedar dadah utama yang mengawal kegiatan menjual bahan terlarang berkenaan di kawasan Flat San Peng, Jalan Hang Tuah, serta beberapa lokasi lain sekitar ibu negara.

Sumber: Berita Harian

Share.

Leave A Reply