Aktiviti Candat Sotong Dibenarkan Dan Perlu Patuh SOP

| May 2, 2021 | 0 Comments

Aktiviti Candat Sotong Dibenarkan Dan Perlu Patuh SOP | Musim menyandat sotong telah kembali lagi dan rata-rata peminat aktiviti menyandat sotong semestinya tidak akan melepaskan peluang untuk melakukan aktiviti ini. Aktiviti menyandat sotong ini amatlah terkenal di Terengganu.

Aktiviti Candat Sotong Dibenarkan Dan Perlu Patuh SOP

Namun disebabkan keadaan negara yang dilanda pandemik covid-19, aktiviti ini tidak boleh dilakukan sama sepertimana sebelum ini lagi. Malah setiap aktiviti yang ingin dilaksanakan haruslah mematuhi Prosedur Operasi Standard yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan bagi mengawal penularan wabak ini.

Kerajaan negeri Terengganu bersama Majlis Keselamatan Negara (MKN) Terengganu akan membincangkan kaedah sesuai bagi membolehkan orang luar merasai pengalaman sempena musim mencandat sotong di negeri ini.

Exco Pelancongan Kebudayaan dan Teknologi Digital Terengganu, Ariffin Deraman berkata, penganjuran aktiviti candat sotong di Terengganu bermula April hingga September depan akan melalui prosedur operasi standard (SOP) lebih ketat bagi mengelak penularan pandemik Covid-19.

Perkara ini akan dibincangkan secara terperinci terutama melibatkan SOP yang bersesuaian untuk memastikan pelancong luar boleh masuk ke Terengganu bagi menyertai aktiviti candat sotong. Aktiviti candat sotong akan diteruskan tahun ini dengan SOP yang lebih ketat. Mereka juga akan melakukan pemeriksaan terperinci terhadap semua peserta bagi memastikan mereka sihat dan boleh menyertai aktiviti itu.

Ariffin berkata, beberapa gimik promosi akan dilakukan selepas Aidilfitri bagi menarik kedatangan pelancong ke negeri ini. Selain itu, mereka juga akan meneliti sama ada kebenaran menyertai aktiviti ini hanya boleh diberikan kepada mereka yang sudah lengkap menerima dos vaksin, atau telah menjalani ujian calitan dan disahkan sihat sebelum memasuki Terengganu.

Pengusaha bot bagi aktiviti candat sotong turut bersedia mengurangkan sebanyak 50 peratus jumlah peserta berbanding biasa. Semua pengusaha bot telah bersedia mematuhi peraturan ditetapkan supaya aktiviti mencandat sotong dapat berjalan lancar. Jumlah peserta biasanya dalam kapasiti 20 orang akan dikurangkan mungkin menjadi 12 orang bagi sebuah bot. Ia juga bergantung kepada muatan bagi sesebuah bot.

Sumber: Sinar Harian

Tags: , , , ,

Category: INFORMASI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *