Alhamdulillah. Mayat Adik Eijas Umur 3Tahun Ditemui. | Kuala Terengganu: Doa dan solat hajat Nurul Ain Bakri, 33, ibu kepada Muhammad Sufi Eijas Sobre, 3, yang lemas di tali air Kampung Kebor Besar, Manir, di sini, dimakbulkan apabila dia ditemui jam 11.34 pagi, hari ini.

Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu, Mohd Mazimi Mohamad, berkata mayat kanak-kanak terbabit ditemui pasukan pencari dan penyelamat dalam keadaan terapung di permukaan air kira-kira 599 meter dari tempat kejadian.

“Mayat kanak-kanak terbabit kemudian dibawa ke darat sebelum diserahkan kepada polis untuk dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini, untuk bedah siasat.

Mohd Mazimi berkata, terdahulu operasi SAR yang ditangguhkan jam 12 tengah malam tadi disambung jam 7 pagi dengan selaman di sekitar lokasi kejadian.

“Kekuatan anggota pagi ini membabitkan seramai 65 orang termasuk pasukan sukarelawan dan penduduk,” katanya.

Dalam kejadian jam 4 petang, semalam, kanak-kanak terbabit dikatakan ke lokasi kejadian untuk melihat air banjir bersama bapa, Mohd Sobre Ramli, 33, abang, Muhammad Shakir Wafiudin, lapan tahun dan adik bongsu, Muhammad Shafiq Arshad berusia satu tahun.

Ketika melihat air banjir di tepi tali air, secara tiba-tiba mangsa bersama abangnya dikatakan bermain di jambatan tanpa disedari bapa yang sedang melayani anak bongsunya kira-kira 10 meter dari lokasi kejadian.

Mangsa dikatakan terjatuh ketika berada di tepi jambatan sebelum hilang dihanyutkan arus deras.

Terdahulu dilaporkan, seorang Kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun dikhuatiri lemas selepas terjatuh di tali air di Kampung Kabor Besar, di sini, hari ini.

Kejadian dikatakan berlaku ketika mangsa, Muhammad Sufi Ijaz Sobre, tiga tahun bermain air banjir bersama bapa Sobre Ramli, 33, abangnya, Muhammad Shakir Wafiudin, lapan tahun dan Muhammad Shafiq Arshad berusia satu tahun, kira-kira jam 4 petang.

Usaha mencari mangsa sedang dilakukan pasukan Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Terengganu di lokasi kejadian.

Difahamkan, kanak-kanak terbabit ghairah sebelum bersama abangnya bermain air di atas jambatan yang hanya terletak kira-kira 10 meter dari lokasi dia bermain air dengan anak bongsunya.

“Saya tiba di sini jam 4 petang. Ketika sampai kami bermain air di tepi kawasan rumah yang dinaiki air tetapi tidak sedar abang mengajak adiknya ke jambatan.

“Saya sudah pesan jangan main air di situ. Dalam beberapa saat saja selepas itu abang menjerit memberitahu adik jatuh ke dalam air.

“Saya terus terjun tetapi arus sangat deras sebelum menghubungi saudara mara dan isteri, Nurul Ain Bakri, 33, yang sedang bekerja di Politeknik Kota,” katanya.

Sebelum kejadian katanya, dia baharu saja mengambil tiga anaknya yang berada di rumah ibu di Kampung Tetambah, di sini, selepas pulang bekerja.

Menurutnya, sebelum pulang ke rumah dia membawa tiga anaknya bermain air di kawasan berkenaan.

Rintihan ibu mangsa, “Pulanglah Eijas, ibu tunggu Eijas,” begitulah rintihan Nurul Ain Bakri, 33, yang tidak henti menangis selepas mendapat tahu anaknya, Muhammad Sufi Eijas Sobre, 3, dikhuatiri lemas di tali air Kampung Kebor Besar, Manir, di sini semalam

Nurul Ain percaya anaknya masih berada di bawah jambatan, lokasi kanak-kanak itu terjatuh ketika mahu melihat banjir bersama abangnya, Muhammad Shakir Wafiudin, 8.

“Naluri saya kuat mengatakan anak saya masih ada bawah jambatan,” katanya yang ditenangkan suami, Mohd Sobre Ramli, 33.

Memasuki hari kedua pencarian, wanita itu berharap anak kedua daripada tiga beradik itu ditemui walaupun dalam keadaan terbujur kaku.

Katanya, dia reda dengan takdir Ilahi dan tidak putus berdoa untuk anak kesayangannya itu selain menunaikan solat hajat agar urusan pencarian dipermudah.

Menurutnya, Muhammad Sufi Eijas seorang anak yang aktif dan gemar bermain air, malah ketika kejadian dia berada di tempat kerjanya di Politeknik Kuala Terengganu.

“Suami tidak pernah membawa anak-anak ke sini (lokasi kejadian) sebelum ini dan tidak sangka pula dia membawa mereka hari ini (semalam),” katanya yang ditemui malam tadi.

Sumber : HM

Share.

Leave A Reply