Aliff Syukri Minta Maaf Isu Video Muzik Raya Kontroversi, Mohon Tak Libatkan Isteri Dan Mak | PUTRAJAYA – “Saya minta maaf kepada sesiapa yang tersinggung,” ujar usahawan kontroversi Datuk Seri Aliff Syukri.

Aliff berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas hampir lima jam meluangkan masa untuk memberi keterangan dan merakamkan percakapan di ibu pejabat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

Ia berhubung video muzik kontroversi yang menampilkan penari lelaki lembut dan bersolek seperti wanita.

Beliau turut memohon seluruh warga Malaysia agar tidak mengheret ahli keluarganya di dalam kancah kontroversi tersebut.

“Mohon ye jangan libatkan isteri terutamanya mak saya yang ketika ini sedang menunaikan umrah” katanya.

Ketika ditanya adakah beliau memikirkan kesan sebelum menerbitkan video muzik tersebut, Aliff memilih untuk berdiam diri.

SUMBER : Sinar Harian

Share.

Leave A Reply