Allahu. Jenazah Terpaksa Diikat Pada Motosikal Sebab Jalan Rosak Teruk. | KHALIFAH MEDIA NETWORKS : GORONTALO – Satu kejadian menyentuh hati berlaku di Daerah Pinogu, Gorontalo apabila penduduk kampung terpaksa membawa pulang jenazah seorang pemuda dengan menaiki motosikal berikutan keadaan jalan yang terlalu teruk.

Mangsa, Munandar Samania, 23, yang bekerja sebagai penunggang ojek (teksi motosikal), meninggal dunia selepas lima hari dirawat di Hospital Besar Wilayah Toto Kabila. Namun, jenazahnya tidak dapat dihantar dengan ambulans kerana laluan ke kampung asalnya, Tilonggibila, masih tidak berturap dan sukar dilalui kenderaan.
Video yang tular di media sosial memperlihatkan jenazah ditutup dengan selimut dan diikat kemas pada penunggang motosikal. Penduduk lain pula membantu menolak motosikal ketika melalui jalan berlumpur dan menyeberangi sungai.
Ketua Kampung Tilonggibila, Max Lagibu, berkata satu-satunya cara masuk ke kawasan tersebut hanyalah menggunakan motosikal.
“Jenazah dibawa hampir 50 kilometer dari pekan Pinogu ke kampung. Kami juga menyeberangi empat sungai kecil. Walaupun susah, masyarakat di sini tetap bergotong-royong. Malah lebih 20 motosikal mengiringi jenazah hingga ke tanah perkuburan,” jelasnya.
Beliau turut memaklumkan ini bukan kali pertama perkara sebegini terjadi. Keadaan sama pernah berlaku sebanyak tiga kali sebelum ini akibat jalan yang rosak dan berlumpur, terutama ketika musim hujan.
Kisah ini meraih perhatian warganet yang rata-rata simpati dengan nasib keluarga mangsa. Ramai juga berharap pihak berkuasa dapat segera membina jalan berturap agar penduduk tidak lagi berdepan kesulitan yang sama pada masa akan datang.
“Kalau ada orang sakit atau meninggal dunia, semangat kebersamaan masyarakat Pinogu sangat kuat. Semua turun membantu tanpa mengira penat. Itulah budaya kami,” kata Max lagi.
Kejadian ini sekali lagi membuktikan betapa pentingnya kemudahan asas seperti jalan raya untuk kesejahteraan rakyat, khususnya di kawasan pedalaman. Semoga tiada lagi kejadian seperti berlaku dan pihak kerajaan negara berkenaan boleh membina jalan baharu.
@detikcom “Kami di sini Kecamatan Pinogu, kalau ada hal-hal seperti orang sakit atau apa kebersamaan itu masih kuat bahkan dikawal sampai 20 motor ojek yang ada di sini yang kawal jenazah atau orang sakit. Masyarakat Pinogu akan merasa terpanggil dengan keadaan seperti ini,” Ujar Kepala Desa Tilonggibila, Max Lagibu. Max menuturkan peristiwa serupa sudah tiga kali terjadi di Desa Tilonggibila, Kecamatan Pinogu. Kondisi jalan yang belum diaspal dan sering becek saat hujan menjadi kendala utama. Baca berita selengkapnya hanya di detik.com Creator: Nazwa Video: Apris Nawu #Jenazah #ojek #tilonggibila #gorontalo #detikcom #mediasosial ♬ original sound – detik.com



