Mahkamah Tinggi Arah Gali Semula Kubur Syamsul Haris. | KHALIFAH MEDIA NETWORKS : Shah Alam: Mahkamah Tinggi Shah Alam perintah kubur pelatih Palapes UTM Skudai. Syamsul Haris Shamsudin digali semula.

Hakim, Datuk Bhupindar Singh Gurcharan Singh Preet. Memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan ibu Allahyarham Syamsul Haris, Ummu Haiman Bee Daulatgun, 45.
Ummu Haiman Bee membuat permohonan itu bagi membolehkan bedah siasat kedua dijalankan.
Mangsa, Syamsul Haris, meninggal dunia pada 28 Julai lalu di Hospital Kota Tinggi, Johor. Selepas menjalani latihan di Lapang Sasar Tembakan Inokulasi Tempur, Pusat Latihan Tempur Tentera Darat (PULADA), Ulu Tiram.
MENINGGAL DUNIA KETIKA DI PULADA
Sebelum ini, media melaporkan hasil siasatan jawatankuasa kematian pegawai kadet PALAPES UTM. Mendapati tiada sebarang unsur penderaan dalam insiden berkenaan.
Mangsa meninggal dunia ketika menjalani latihan di PULADA Ulu Tiram pada 28 Julai lalu.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dilaporkan berkata. Siasatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melalui jawatankuasa siasatan itu mendapati semua saksi termasuk pegawai dan jurulatih mengesahkan tiada kelakuan atau tindakan berbentuk penderaan sepanjang tempoh latihan.
Katanya, latihan yang diadakan dari 27 Julai hingga 2 Ogos itu dilaksanakan mengikut garis panduan serta prosedur yang ditetapkan.
Pada 1 Ogos lalu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dilaporkan akan menjalankan siasatan terperinci berhubung punca kematian seorang pelatih PALAPES itu.
LAPORAN TERDAHULU
Ibu kepada Allahyarham Syamsul Haris Shamsudin, pelatih Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Johor. Memfailkan notis usul bagi memohon perintah untuk menggali semula kubur anak lelakinya untuk menjalankan bedah siasat kedua.
Berdasarkan notis usul diperoleh media. Ummu Haiman Bee Daulatgun, 45, selaku pemohon memfailkan notis itu semalam melalui Tetuan Naran Singh & Co di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Shah Alam. Dengan menamakan Ketua Polis Negara Mohd Khalid Ismail dan Peguam Negara Mohd Dusuki Mokhtar sebagai responden.

Wanita itu turut memohon perintah bagi mengarahkan pakar forensik Hospital Kuala Lumpur. Untuk melakukan bedah siasat terhadap jasad Syamsul Haris dalam tempoh 14 hari selepas jasad terbabit dikeluarkan dengan kehadiran pakar forensik Datuk Seri Dr Bhupinder Singh dan peguam lantikan keluarga, Naran atau wakil daripada Tetuan Naran Singh & Co.
Peguam Datuk Naran Singh, yang mewakili Ummu Haiman Bee ketika dihubungi mengesahkan pemfailan notis usul berkenaan.
GALI SEMULA KUBUR
Ummu Haiman Bee memohon perintah dikeluarkan kepada Ketua Polis Negara, Peguam Negara dan pihak-pihak berkaitan. Bagi mengarahkan untuk menggali keluar semula jasad Syamsul Haris yang dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Rinching Ulu, Selangor.
Dia juga memohon perintah mengarahkan Ketua Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah. Untuk melantik satu pasukan baharu dari Ibu Pejabat Polis Bukit Aman untuk mengambil alih tugas siasatan daripada pegawai siasatan yang terkini dan menjalankan siasatan kes kematian si mati seperti mana yang dilakukan dalam kes kematian Zara Qairina Mahathir.
Turut dimohon perintah yang mengarahkan Peguam Negara menjalankan satu inkues. Bagi menyiasat punca kematian Syamsul Haris dan lain-lain perintah atau relif yang mahkamah anggap sesuai dan adil bagi tindakan itu.
Permohonan itu difailkan atas alasan bahawa bedah siasat pertama tidak dilakukan oleh pakar forensik hospital. Tetapi hanya dilakukan oleh Dr George Sixtus Fernandez Jr yang merupakan pegawai perubatan Gred UD10.
DAKWA TERDAPAT UNSUR JENAYAH
Pemohon mendakwa terdapat unsur-unsur jenayah dalam kematian Syamsul Haris. Apabila menerima pelbagai percanggahan pada alasan atau punca kematian anaknya. Selain mendakwa dia dan keluarga tidak dapat melihat keseluruhan jasad si mati semasa pemohon berada di Jabatan Forensik dan semasa jasad dimandikan dan dikafankan.
Menurut pemohon, jasad si mati juga telah dibawa keluar di dalam keranda yang tertutup dan apabila meminta agar penutup keranda dibuka, hanya bahagian muka sahaja yang dibuka dan ditunjukkan kepada pemohon.
Dalam afidavit sokongan, Ummu Haiman Bee berkata anaknya telah mengikuti satu latihan menembak pada 27 Julai lepas. Ketika kursus latihan PALAPES di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PULADA), Ulu Tiram, Johor. Sebelum menerima panggilan daripada seorang pensyarah di UTM pada 4.33 petang, keesokannya yang memaklumkan anaknya telah meninggal dunia di Hospital Kota Tinggi, Johor.
Menurut pemohon, dia telah pergi ke hospital berkenaan pada 4 pagi, 29 Julai. Untuk melihat jenazah anaknya dan terdapat kesan-kesan lebam dan kecederaan pada jasad anak lelakinya itu terutama di leher, dada yang berdarah, muka dan mata kanan dengan kesan lebam hitam.
“Saya percaya kesan-kesan kecederaan di bahagian dada dan mata kanan jelas dilakukan dengan pukulan objek-objek tumpul. Ummu percaya darah yang mengalir dari hidung anak yang tidak berhenti sehingga jasadnya ditanam jelas menunjukkan bahawa anak saya telah dipukul dan mengalami kecederaan di bahagian otak dan dada.
“Saya sesungguhnya mengatakan bahawa gambar-gambar kecederaan pada anak saya jelas menunjukkan kecederaan itu diakibatkan oleh objek tumpul,” katanya.
Pada 13 Ogos lepas, Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin. Dilaporkan berkata Jawatankuasa Siasatan mendapati tiada unsur penderaan terhadap Syamsul Haris, yang meninggal dunia ketika mengikuti latihan di PULADA, Ulu Tiram pada 28 Julai.
Sumber : HM



