Pukul & Londeh Seluar Mangsa. Enam Pelajar Dibebaskan Slps Ditahan Reman. | KHALIFAH MEDIA NETWORKS : PASIR MAS – Enam pelajar lelaki Tingkatan Empat yang sebelum ini ditahan reman berhubung kes buli seorang pelajar Tingkatan Tiga di sebuah sekolah menengah di sini dibebaskan dengan jaminan polis pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata. Tindakan itu diambil sementara menunggu arahan lanjut daripada pihak pendakwaan.
“Sepanjang tempoh siasatan, kesemua mereka memberikan kerjasama yang baik,”.
MEREKA DIBEBASKAN
Menurut beliau, kesemua mereka akan dibebaskan selepas selesai menjalani kawad cam sebagai sebahagian daripada proses siasatan.
Pada 20 Ogos lalu melaporkan enam pelajar lelaki Tingkatan Empat direman selama enam hari. Bagi membantu siasatan kes buli yang membabitkan seorang pelajar Tingkatan Tiga di sebuah sekolah menengah di sini.
Kejadian berlaku kira-kira jam 12.45 tengah hari ketika mangsa berada di kawasan sekolah terbabit.
Pengadu mendakwa ditumbuk serta disiku di bahagian kepala. Selain itu ditendang di bahagian punggung oleh sekumpulan pelajar yang dikenal pasti berusia 16 tahun.
Seorang daripada suspek turut bertindak melondehkan seluar sukan dipakai mangsa hingga ke paras lutut.
Akibat kejadian itu, mangsa mengalami sakit kepala serta trauma untuk ke sekolah kerana sering diganggu oleh kumpulan sama.
LAPORAN TERDAHULU
Enam pelajar lelaki Tingkatan Empat direman selama enam hari. Bermula Rabu bagi membantu siasatan kes buli yang membabitkan seorang pelajar Tingkatan Tiga di sebuah sekolah menengah di sini.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, kejadian berlaku pada Isnin lalu kira-kira jam 12.45 tengah hari ketika mangsa berada di kawasan sekolah terbabit.
“Pengadu mendakwa ditumbuk serta disiku di bahagian kepala selain ditendang di bahagian punggung oleh sekumpulan pelajar yang dikenal pasti berusia 16 tahun.
LONDEH SELUAR
“Seorang daripada suspek turut bertindak melondehkan seluar sukan dipakai mangsa hingga paras lutut. Akibat kejadian itu, mangsa mengalami sakit kepala serta trauma untuk ke sekolah kerana sering diganggu oleh kumpulan sama.
“Tidak tahan dengan perbuatan itu, mangsa memaklumkan kepada ibu bapanya sebelum laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Menurut beliau, hasil siasatan awal mendapati kesemua suspek mengaku melakukan perbuatan tersebut.
Kesemua mereka ditahan pada Selasa kira-kira jam 2.55 petang, dan permohonan reman dibuat di Mahkamah Majistret Pasir Mas.
Kama Azural memaklumkan, Majistret membenarkan kesemua suspek direman selama enam hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 323/507B Kanun Keseksaan serta Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
Sebelum ini melaporkan seorang pelajar sekolah di sini cedera selepas dipercayai dipukul, seluar dilondeh, dan nyaris dijerut menggunakan dawai oleh sekumpulan pelajar pada Selasa.
Dakwaan tersebut didedahkan oleh ibu saudara kepada mangsa menerusi satu hantaran di Facebook miliknya.
Sumber : SH



