Kerajaan memberi jaminan tidak akan menaikkan tarif elektrik terhadap rakyat, biarpun jumlah keseluruhan kos subsidi bahan api itu bakal mencecah RM30 bilion, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar Umum Tiada Kenaikan Tarif Elektrik Untuk Rakyat

Dalam sidang media di Bangunan Perdana Putra hari ini, Ahli Parlimen Tambun itu berkata, tarif elektrik bagaimanapun akan dinaikkan sedikit untuk kategori syarikat multinasional yang mengeksport produk ke luar negara.

Katanya lagi, butiran tentang kenaikan tarif itu akan diumumkan Menteri Sumber dan Tenaga Asli, Nik Nazmi Nik Ahmad dalam masa terdekat.

Jelasnya, berdasarkan laporan NACCOL (Majlis Tindakan Sara Hidup Negara) semalam, kita memutuskan supaya cadangan awal untuk naikkan tarif elektrik itu tidak diteruskan, kerana kita akui ia akan membebankan rakyat, walaupun kita akui jika tidak ada apa apa dilakukan, ia akan memberi kesan kepada kewangan negara agak tinggi, iaitu RM30 bilion.

Ujarnya, maka saudara Nik Nazmi, selaku menteri berkenaan akan buat pengumuman, jika dikenakan pun akan kepada syarikat multinasional yang eksport kerana tarif terlalu rendah buat mereka, dan subsidi itu tidak harus diberikan kepada syarikat gergasi yang untungnya tinggi.

Perdana Menteri berkata, kenaikan tarif itu tidak akan memberi kesan kepada rakyat secara amnya, termasuk syarikat industri kecil sederhana, syarikat pertanian, dan pengeluar makanan.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, mesyuarat NACCOL semalam mengambil maklum tentang keperluan untuk menaikkan tarif tersebut, selepas mengambil kira beban kewangan kerajaan yang kian meninggi.

Tambahnya, tetapi keputusan jelas, kita tidak akan membebankan rakyat. Jadi, keputusan kita ialah tidak menaikkan tarif elektrik, kecuali untuk mereka yang benar-benar kaya.

Sambungnya lagi, masalah dengan pemberian subsidi ini ialah ia dilihat tidak dilakukan dengan telus, sebaliknya dilihat hanya memberi keuntungan kepada golongan kaya. Maka beliau berpandangan akan meningkatkan tarif secara berfasa untuk syarikat multinasional.

Dalam pada itu Perdana Menteri berkata, beberapa inisiatif tambahan kini sedang diperhalusi kementerian dan agensi berkaitan.

Katanya lagi, mesyuarat NACCOL semalam turut menyentuh mengenai kekurangan bekalan barangan tertentu di pasaran, termasuk dari aspek struktur dan unjuran bekalan tersebut.

Ujarnya, jadi beliau mencadangkan agar FAMA (Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan) untuk memberi laporan penuh, serta langkah yang dirasakan perlu untuk menangani masalah ini.

Katanya dalam satu kenyataan, sudah sedia maklum tahun lepas tentang masalah yang melanda golongan pekebun di Cameron Highlands, yang terpaksa melupuskan produk pertanian mereka kerana tiada pembeli, dan masalah pengangkutan justeru ingin meminta mereka (FAMA) lebih proaktif.

YDP Agong Enggan Terima Gaji Sejak Negara Dilanda Covid-19 
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah enggan menerima gaji dari kerajaan persekutuan, sejak negara dilanda masalah ekonomi akibat COVID-19, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
YDP Agong Enggan Terima Gaji Sejak Negara Dilanda Covid-19 
Dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet hari ini, Ahli Parlimen Tambun itu berkata, keputusan Tuanku menunjukkan baginda sentiasa prihatin dengan masalah kewangan negara.
Beliau berkata, ingin juga nak sebut, bila kita kata kita laksanakan potongan gaji bagi menteri, dan penolakan gaji oleh Perdana Menteri, saya umumkan YDP Agong sebenarnya telah menolak gaji sejak COVID-19. Jadi, Tuanku lebih awal darinya.
Difahamkan, baginda tidak terima sebarang gaji dari kerajaan sejak COVID-19, justeru ingat elok kita berikan penjelasan ini, kerana itu sumbangan yang dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong memandangkan masalah ekonomi sangat dekat dengan kehidupan rakyat.
Terdahulu, Anwar turut mengumumkan keputusan kerajaan untuk tidak menaikkan tarif eletrik untuk rakyat, biarpun beban kewangan kerajaan akibat menanggung kos subsidi bahan itu mencecah sehingga RM30 bilion.
Perdana Menteri berkata, pengecualian daripada kenaikan tarif elektrik itu turut meliputi syarikat industri kecil sederhana, syarikat pertanian, dan syarikat pengeluar makanan.
Dalam pada itu Anwar berkata, mesyuarat Kabinet turut menyentuh mengenai beberapa perkara tertangguh, termasuk hasil penemuan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji, serta status tentang tuntutan Pulau Batu Putih.
Ujarnya, kita membincangkan tentang masalah terkait dengan apa yang berlaku di Tabung Haji dan juga cadangan untuk perbaiki pengurusannya.
Kemudian, beliau memaklumkan telah meminta Peguam Negara (Tan Sri Idrus Harun), untuk memberi penjelasan tentang kontroversi tuntutan Pulau Batu Puteh yang sekarang telah dipindahkan ke Singapura oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ), dan beberapa kesan sampingan.
Selain itu, beliau berkata juga akan minta diteliti semula supaya ada rundingan yang lebih bermakna segera dengan Singapura, supaya tidak ada apa-apa masalah berbangkit dari sudut hubungan dua negara sahabat ini.

Share.

Leave A Reply