Apa Yang Doktor Keluarkan Dari Mulut Wanita Ini MENGEJUTKAN.

| August 31, 2020 | 0 Comments

Apa Yang Doktor Keluarkan Dari Mulut Wanita Ini MENGEJUTKAN. | Sekumpulan doktor berjaya menarik keluar seekor ular sepanjang 1.2 meter dari kerongkong seorang wanita di Levashi, Rusia, semalam.

Ulat dalam mulut

Daily Mail melaporkan, ular itu masuk ke dalam mulut wanita berkenaan semasa dia sedang tidur di laman rumahnya di perkampungan Levashi di Dagestan, Rusia.

Wanita yang mula menunjukkan tanda tidak sihat itu segera dibawa ke hospital dan doktor memberikannya ubat bius.

Satu klip video menunjukkan doktor lelaki menggunakan tangannya untuk menarik keluar ular itu dari dalam kerongkong pesakit, selepas menggunakan satu tiub hitam untuk membantu proses mengeluarkan reptilia itu.

Ulat dalam mulut

Doktor Keluarkan Ulat

Ngeri Ulat Dalam Mulut

Beberapa pegawai perubatan yang berada di wad itu terkejut dan menjerit sebaik sahaja melihat saiz sebenar ular berkenaan yang keluar dari badan pesakit.

Ular itu ditempatkan di dalam satu baldi perubatan. Bagaimanapun, tiada maklumat dikongsi sama ada ular itu masih hidup atau berapa lama ia berada di dalam badan pesakit.

Kementerian Kesihatan di Dagestan belum mengeluarkan kenyataan mengenai kejadian itu.

Dagestan terletak dekat satu kawasan pergunungan yang bersempadan dengan Laut Caspian.

Identiti pesakit wanita itu dan jenis ular berkenaan masih belum didedahkan setakat ini.

Tags: , , , , , , , , , ,

Category: DUNIA, INFORMASI, PELIK

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *