Aplikasi Tiga Serangkai : Facebook, Instagram Dam WhatsApp ‘Down’ |¬†Jutaan pengguna media sosial sedang menghadapi masalah tidak boleh mengakses aplikasi Facebook, Instagram dan WhatsApp ekoran ketiga-tiga aplikasi tersebut sedang menghadapi gangguan.Aplikasi Tiga Serangkai : Facebook, Instagram Dam WhatsApp 'Down'

Di laman Twitter, tanda pagar Whatsapp atau #Whatsapp menjadi trending nombor satu di Malaysia hingga mencapai 227k ciapan tentang masalah tersebut.

Setakat ini, tiada apa-apa kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh pembangun ketiga-tiga aplikasi tersebut. Punca masalah tersebut masih tidak dapat dikenal pasti.

Menjengah ke laman Twitter, rata-rata warganet turut meluahkan bahawa mereka tidak dapat mengakses ketiga-tiga aplikasi tersebut.

Sumber : SK

Share.

Leave A Reply