Arab Saudi Larang Individu Tak Ambil Vaksin Masuk Pusat Beli-Belah Bermula 1 Ogos | Vaksin Covid-19 diberikan untuk mengawal penularan penyakit Covid-19. Apabila semakin ramai orang mendapat vaksinasi, semakin ramai penduduk membentuk antibodi dan seterusnya mengurangkan kebarangkalian kejadian penyakit Covid-19 yang lebih teruk.

Secara tidak langsung ia boleh melindungi golongan yang berisiko yang tidak layak menerima vaksin.

Arab Saudi Larang Individu Tak Ambil Vaksin Masuk Pusat Beli-Belah Bermula 1 Ogos

Jeddah: Pihak berkuasa Arab Saudi telah memutuskan larangan bagi kemasukan ke pusat beli-belah terhadap individu yang tidak menerima vaksin Covid-19 mulai 1 Ogos ini.

Vaksinasi sekurang-kurangnya satu dos akan menjadi syarat untuk mereka yang ingin berkunjung ke pusat beli-belah, menurut jurucakap Kementerian Perdagangan, Abdulrahman Al-Hussein, semalam, memetik laporan Saudi Gazette.

Dalam pada itu, beliau berkata bilik persalinan akan dibuka semula dan skrin sentuh dibenarkan untuk kegunaan di kedai, pusat beli-belah dan pusat komersial dengan memastikan operasi nyah kuman dan penjarakan fizikal dilakukan.

Bagaimanapun tegasnya, empat amalan yang menyebabkan kesesakan di dalam dan di luar kawasan komersial masih dilarang, terutama mengundang selebriti dan pengiklan, mengadakan upacara untuk kedai dan pasar, pertandingan komersial yang memerlukan kehadiran pengunjung, dan membuat pelancaran produk atau perkhidmatan.

Abdulrahman berkata pihak berkuasa terus memantau pematuhan terhadap tindakan pencegahan dan melakukan 103,274 lawatan pemeriksaan, yang mana 3,436 pelanggaran dilaporkan.

Terdahulu, Kementerian Dalam Negeri mengumumkan vaksinasi akan diwajibkan mulai 1 Ogos bagi mereka yang ingin menghadiri acara sukan dan hiburan, menyertai kegiatan budaya dan memasuki pelbagai tempat swasta dan awam.

Sumber: Saudi Gazette, Berita Harian

 

Share.

Leave A Reply