Arab Saudi Mula Terima Permintaan Haji Dan Umrah Namun Bersyarat | Khalifah Media Network – Berita gembira buat umat Islam yang ingin menunaikan ibadah rukun islam kelima ini berikutan dilaporkan. Arab Saudi telah mula membuka permohonan buat jemaah yang ingin menunaikan haji dan umrah dari luar negara bermula 9 Ogos ini. Selepas setahun tidak menerima pengunjung luar akibat wabak Covid-19, menurut laporan SPA menerusi reuters.

Arab Saudi Mula Terima Permintaan Haji Dan Umrah Namun Bersyarat

Kapasiti jemaah juga dijangka akan meningkat selepas sebelum ini hanya membenarkan 600,000 jemaah setiap bulan. Dijangka bakal meningkat ke jumlah 2 juta jemaah berikutan akan mula menyambut pengunjung. Malah dengan mengambil langkah-langkah pencegahan COVID-19.

Menurut seorang pegawai yang bertugas di Kementerian Haji dan Umrah, syarat yang dikenakan bagi kemasukan para jemaah adalah mereka perlu menyertakan sijil vaksinasi COVID-19 yang disahkan bersama dengan permohonan mereka.

Tambahnya lagi, bagi negara-negara yang dimasukkan dalam senarai larangan daftar masuk. Malah dilaporkan perlu dikuarantin sebaik sahaja jemaah tersebut tiba di negara Arab Saudi.

Bagi ibadah umrah pula, ia dilaporkan boleh dilakukan pada bila-bila masa. Sepanjang tahun selepas dibuka semula pada bulan Oktober lalu untuk jemaah domestik.

Buat tahun kedua iaitu 2021, tanah suci bagi umat Islam itu hanya membuka pintunya untuk jemaah haji domestik sahaja susulan penularan COVID-19.

Sumber: Reuters

 

Menteri Agama Beritahu Berita Baik Berkenaan Umrah Tahun Ini | Khalifah Media Network – Ramai Umat Islam di Malaysia pasti gembira dengan berita yang disampaikan oleh Menteri Agama ini berkenaan Umrah. Baca selanjutnya..

BOLEH TUNAI UMRAH

Marang – Umat Islam di negara ini dijangka dapat kembali menunaikan ibadah umrah di tanah suci Mekah selewat-lewatnya penghujung tahun ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, hasrat tersebut boleh direalisasikan seawal dua bulan lagi. Sekiranya kadar vaksinasi nasional meningkat dan pada masa sama, kes positif Covid-19 dapat diredakan.

Baca Seterusnya Di Sini..

Share.

Leave A Reply