Austria Terkini Bertegas Tidak Akan Ubah Kedutaan Ke Jerusalem Buat Israel Pening | Tahun lepas dunia kecoh bila Amerika pindah kedutaan mereka di Israel dari Tel Aviv ke Jerusalem. Terkini Austria bertegas tidak akan ikut langkah Amerika buat Israel pening. TERBAIK. Baca selanjutnya.

AUSTRIA BERTEGAS TIDAK AKAN UBAH KEDUTAAN

Presiden Austria Alexander Van der Bellen pada Selasa berkata negaranya tidak akan mengikut jejak Washington untuk memindahkan kedutaan Austria dari Tel Aviv ke Jerusalem, memetik laporan Anadolu Agency (06/02/2019).

Austria Terkini Bertegas Tidak Akan Ubah Kedutaan Ke Jerusalem Buat Israel Pening

Bercakap pada sidang akhbar bersama di Ramallah dengan rakan sejawat Palestin Mahmoud Abbas, Van der Bellen menegaskan: “Kami tidak akan mengambil langkah yang sama dalam hal ini.”

Van der Bellen memberi jaminan kepada Abbas tentang sokongan Austria dalam dasar Kesatuan Eropah.

“EU kekal sebagai rakan kongsi yang dipercayai untuk rakyat Palestin dan Pihak Berkuasa Palestin”.

Beliau berkata bahawa Austria terikat kepada dasar EU berkaitan dengan Palestin.

Van der Bellen juga mengkritik keputusan pentadbiran A.S. tahun lalu yang memotong dana untuk Agensi Bantuan dan Pekerjaan PBB bagi pelarian Palestin (UNRWA).

“Kami memihak kepada penyelesaian dua negara untuk isu Palestin melalui rundingan,” katanya, menggambarkan hubungan Austria dengan Palestin sebagai “erat”.

Tahun lalu, Presiden A.S. Donald Trump bertindak mementing diri secara unilateral dengan mengiktiraf Jerusalem sebagai ibu negara Israel dan memindahkan kedutaan Washington di Israel dari Tel Aviv ke Jerusalem.

Ramallah bertindak balas dengan menolak sebarang perantaraan oleh A.S. dalam proses perdamaian Timur Tengah yang semakin memburuk, kerana A.S akan berdiri secara ekslusif bagi pihak Israel.

Sebaliknya, beliau memohon agar Kesatuan Eropah terlibat sebagai pengantara untuk proses kedamaian.

Austria Terkini Bertegas Tidak Akan Ubah Kedutaan Ke Jerusalem Buat Israel Pening

Ramallah adalah sebuah bandar Palestin di pusat Tebing Barat yang terletak 10 km utara Jerusalem.

Ia kini berfungsi sebagai pusat pentadbiran de facto Pihak Berkuasa Palestin.

Abbas mengucapkan terima kasih kepada Austria kerana “hubungan bersejarah” yang dibina sejak Bruno Kreisky.

Sementara itu, Abbas turut menyalahkan Israel untuk percaturan politik dalam proses perdamaian Timur Tengah kerana Israel enggan mengiktiraf penyelesaian dua negara bagi sempadan 1967.

Jerusalem kekal menjadi konflik yang lama antara negara haram Israel dengan Palestin, kerana Palestin mengharapkan bahawa Jerusalem Timur yang dirampas oleh Israel sejak tahun 1967 – mungkin satu hari menjadi ibukota negara Palestin.

Sumber: Laicikang

Share.

Leave A Reply