Tular Langgar Kereta Tunku Idris. Ini Tindakkan Lelaki Singapura Itu. | JOHOR BAHRU – Polis sedang melengkapkan kertas siasatan berhubung insiden pergeselan antara kereta bernombor pendaftaran Singapura dengan kereta milik Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim di Jalan Serampang, Taman Pelangi semalam. Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, lelaki berusia 62 tahun itu tampil merakam percakapan di Balai Polis Trafik Johor petang semalam selepas kejadian mengenai insiden itu tular. Katanya, tidak ada tangkapan dibuat terhadap lelaki warganegara Singapura itu setelah dia tampil untuk memberikan keterangan. “Setelah merakam percakapan pemandu kereta mewah tersebut, warga…
Author: Admin Soleh
Pesawat Terhempas. Ini Cerita Saksi Kejadian. | Ipoh: “Saya nampak pesawat berkenaan terbang rendah dan terus melanggar tiang lampu berhampiran kunci air sebelum jatuh terhempas,” kata saksi kejadian pesawat ringan terhempas di Jalan Dr Nazrin Shah, Medan Gopeng, di sini, malam ini. Dia yang hanya mahu dikenali sebagai Wan berkata, ketika kejadian dia baru keluar daripada stesen minyak berhampiran kira-kira 8.15 malam dan terkejut melihat pesawat terbang terlalu rendah seperti hendak terhempas. “Saya baru sahaja selesai mengisi minyak motosikal dan sebaik keluar daripada ke jalan raya saya melihat satu pesawat terbang terlalu rendah dan berbunyi pelik seakan kehabisan minyak. “Melihat…
Filem Mat Kilau ‘Bocor’ Di Telegram. Ini Tindakkan Pantas Penerbit. | PETALING JAYA – Filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan didakwa bocor di aplikasi Telegram sejak beberapa minggu lalu dan turut mempromosikan perjudian. Berdasarkan tinjauan, pada aplikasi tersebut, ia telah dimuat naik di dalam salah satu ‘channel’ di Telegram dengan kira-kira 8,124 pelanggan (subscribers) di dalamnya. Iklan judi tersebut dipaparkan dalam bentuk tulisan menggunakan bahasa dari negara seberang iaitu di awal dan pertengahan tayangan selain ada juga video kira-kira 10 saat. Mengikut tarikh yang dipaparkan, ‘channel’ tersebut diwujudkan pada 2 Julai seterusnya pada 12 Julai, pihak itu memuat naik poster filem…
Lelaki Laung Azan Dalam Tokong Cina. Ini PENJELASAN Polis. | SEBERANG PERAI – Polis mengesahkan menerima laporan kes tular seorang lelaki yang melaungkan azan di hadapan patung dalam sebuah tokong Cina di Bukit Mertajam di sini semalam. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Tan Cheng San berkata, terkesan satu video berdurasi 58 saat yang dimuat naik seorang pemilik akaun Facebook ‘Akademi Penyelidikan Agama Dunia’ kira-kira pukul 2.30 petang. Menurutnya, hasil siasatan polis mendapati suspek merupakan seorang lelaki warga tempatan berusia dalam lingkungan 40-an dan tinggal di Jalan Kilang Ubi, Bukit Mertajam. “Kejadian ini disyaki berlaku antara 26 hingga…
Seorang Lelaki Maut Dipanah Petir. | TEMERLOH – Seorang lelaki maut selepas terkena panahan petir di hadapan sebuah kedai berhampiran sebuah pasar raya di Taman Sri Layang, Mentakab di sini kelmarin. Difahamkan dalam kejadian kira-kira pukul 9 malam itu, mangsa, Enosh Kumar,32, berada di kawasan berkenaan seorang diri ketika hujan lebat sebelum terkena panahan kilat. Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd. Azhar Mohd. Yusoff berkata, mangsa ditemui dalam keadaan terbaring dengan mengalami kecederaan di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. “Pemeriksaan di kawasan sekitar tempat kejadian menemukan kesan panahan petir di sebatang pokok kira-kira tiga meter…
Wanita Ditemui Mati Di Rumah Pengamal Perubatan Tradisional. | AMPANG – Seorang wanita meninggal dunia di ruang tamu kediaman pengamal perubatan tradisional di Pandan Perdana dipercayai ketika mendapatkan rawatan petang semalam. Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, polis menerima laporan daripada ibu mangsa kira-kira pukul 6.35 petang memaklumkan anaknya telah meninggal dunia. “Mangsa yang merupakan wanita berusia 41 tahun itu telah pergi ke rumah suspek untuk mendapatkan rawatan sejak minggu lepas. “Mangsa kemudian ditemui dalam keadaan terbaring serta tidak sedarkan diri di ruang tamu rumah terbabit sebelum disahkan mati di lokasi kejadian,” katanya dalam satu…
Dua Kanak-Kanak Maut Tertimbus Tanah Runtuh. | Kota Kinabalu: Dua kanak-kanak maut manakala dua lagi cedera tertimbus tanah runtuh di Jalan Bukit Nenas, di sini, malam tadi. Mangsa Norain Jaziz, 11, dan Isa Sabri, 2, disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth (HQE), manakala Siti Nur, 28, parah patah tangan dan suaminya Sabri Botong, 28, cedera ringan di kaki menerima rawatan hospital sama . Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah dalam kenyataannya berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu 8.26 malam tadi. Katanya, seramai 24 pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP)…
Tular Murid Autisme Didera Guru. Ini Cerita SEBENAR. | SEBERANG PERAI – Polis mengesahkan tindakan seorang guru pendidikan khas memegang telinga seorang kanak-kanak perempuan autisme sehingga lebam dipercayai bertujuan menenangkan mangsa daripada terus bertindak agresif. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Tan Cheng San berkata, pihaknya telah menerima laporan daripada ibu mangsa berhubung kejadian itu di Balai Polis Seberang Jaya pada 19 Julai lalu. Menurutnya, kejadian tersebut juga tular selepas gambar kanak-kanak perempuan yang didakwa akibat didera guru sebuah sekolah pendidikan khas dimuat naik dalam satu laman Facebook milik Mona Din baru-baru ini. “Hasil siasatan polis, mangsa merupakan…
Lelaki Ini Kongsi Pengalaman MENAKUTKAN Dijangkiti Cacar Monyet. | Seorang pesakit cacar monyet kongsi pengalaman dan memberi amaran bahawa kesan penyakit berkenaan didakwa lebih teruk berbanding Covid-19, lapor Daily Star. Harun Tulunay, 35, pada awalnya menyangka bahawa dia menghidap kembali Covid-19 selepas baru sahaja dijangkiti wabak itu sebelum ini. Menurut laporan, pada awalnya dia hanya mengalami demam dan menganggapnya akan hilang, namun sebaliknya terjadi apabila dia terpaksa dimasukkan ke dalam hospital serta diasingkan. Lebih teruk lagi, simptom yang dialami oleh Harun menyebabkan lelaki itu pengsan dan mengalami luka pada bahagian muka, lapor MyLondon menerusi Daily Star. Pada 10 Jun lalu,…
Seorang Anggota Tentera Maut Terkena Renjatan Elektrik. | TAMPIN: Seorang anggota tentera meninggal dunia akibat terkena renjatan elektrik ketika sedang bertugas di Pos Zulu Kem Asahan berhampiran Kem Syed Sirajuddin Gemas, di sini malam semalam. Mangsa, Mark Anak Rungai, 38, difahamkan tidak sedarkan diri selepas terkena renjatan elektrik semasa penyambungan set generator dilakukan. Pemangku Ketua Polis Daerah Tampin, Deputi Superintenden Amiruddien Sariman berkata, berdasarkan siasatan, pada pukul 7.35 malam semalam, pasukan yang berada di Markas Garison Kem Syed Sirajuddin menerima panggilan dari anggota bertugas Pos Zulu, Kem Asahan memaklumkan kejadian yang menimpa mangsa. “Ketua Polis Balai Air Kuning Selatan bersama…