Menang Besar PRN Johor. Ini Pujian Zahid Hamidi Buat Najib Razak. | Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi memuji Ahli Parlimen Pekan Najib Razak sebagai “pengurus utama kempen” BN selepas kejayaan gabungan itu merampas semula negeri itu. Menjelang tengah malam semalam, pemimpin Umno berkumpul di ibu pejabat parti itu di Larkin, Johor Bahru dan mengadakan sidang media selepas keputusan tidak rasmi menunjukkan kemenangan BN di 40 kerusi, membolehkan mereka membentuk kerajaan dengan majoriti besar. “Walaupun secara rasmi pengarah pilihan raya kami ialah (timbalan presiden) Mohamad Hasan, pengurus kempen utama kami ialah Najib,” kata Zahid, disambut sorakan ‘Bossku!’ daripada penyokong BN. “Walaupun…
Author: Admin Soleh
Kemenangan Sulung Parti MUDA Di PRN Johor. Ini Reaksi Syed Saddiq. | PETALING JAYA – Kemenangan sulung calon Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Puteri Wangsa pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor semalam menjadi titik permulaan perjuangan parti itu. Presidennya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, manakala bagi enam DUN yang gagal dimenangi parti itu, MUDA akan menjadi pembangkang berkualiti dengan meneruskan politik khidmat. “Terima kasih kepada anak Johor kerana memberi peluang untuk Muda bertanding. Menang atau kalah, politik khidmat tetap akan diteruskan. “Ini adalah permulaan bagi Muda. Muda akan ada ‘track record’ berkhidmat untuk bertapak…
Video Seorang Wanita Tua Berusaha Curi Tabung Masjid. | Satu rakaman CCTV tular di Indonesia setelah seorang wanita tua dilihat sedang berusaha mencuri tabung masjid. Memetik laporan Suara.com, tindakan wanita itu mengejutkan warganet kerana saiz tabung yang dicuri olehnya itu agak besar. Menerusi video itu, dapat dilihat wanita tersebut memastikan keadaan masjid lengang terlebih dahulu sebelum bertindak mengangkut tabung yang besar itu. Tidak lama kemudian, dia dilihat bertungkus-lumus membawa tabung yang berat tersebut sambil berlari dan meletakkannya di atas sebuah motosikal. Dia kemudian dilihat cuba untuk meletakkan tabung tersebut di tempat duduk hadapan motosikalnya tetapi tidak boleh kerana tabung itu…
Speaker Dewan Rakyat Mohon Maaf Kepada Semua Ahli Parlimen. Ini Puncanya. | Speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun hari ini memohon maaf kepada ahli-ahli parlimen selepas memberikan kepada Najib Razak (BN-Pekan) tempoh seminggu sehingga Selasa depan bagi memberi penjelasan berhubung hutang 1MDB. Ia selepas Tony Pua (PH-Damansara) dan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim (PH-Port Dickson) membantah keputusan speaker membenarkan Najib menjelaskan pada Selasa depan atas alasan sedang berkempen untuk calon BN sempena pilihan raya negeri (PRN) Johor. Mereka merasakan keputusan Azhar tidak selari dengan status peraturan. “Saya mengambil maklum dan terima kasih atas peringatan itu. Apabila difikirkan semula, saya tidak mengambil…
Dua Jurugambar Selamatkan Wanita Cuba Terjun Jambatan. | SEBERANG PERAI – Dua jurugambar dua akhbar tempatan berbahasa Inggeris berjaya menyelamatkan seorang wanita yang dipercayai mahu terjun ke dalam laut di Jambatan Pulau Pinang di Kilometer 3.4 arah pulau dekat sini hari ini. Kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah hari itu disedari jurugambar The Star, Ahmad Zhafaran Nasib, 38, dan jurugambar theSun, Masry Che Ani, 48, yang melihat mangsa yang bertopi keledar duduk di atas tembok jambatan. Menurut Masry, ketika kejadian dia dan Ahmad Zhafaran masing-masing sedang menunggang motosikal dari Butterworth ke George Town sebelum ternampak wanita berusia 30-an itu dalam keadaan…
Seorang Kanak-Kanak maut Dihempap Tangki Air Masjid. | BLITAR: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun maut selepas dihempap tangki air yang runtuh ketika mengambil wuduk di sebuah masjid, di sini kelmarin. Lapor Kompas.com, kejadian itu berlaku di Masjid Riyatus Shohibin, Desa Sawentar, Blitar ketika mangsa ingin menunaikan solat Maghrib secara berjemaah. Jurucakap polis Blitar, Udiono berkata, kanak-kanak itu maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada bahagian kepalanya. “Tangki air berserta dinding penahan tiba-tiba runtuh ketika mangsa mengambil wuduk. “Pengurus masjid memaklumkan, tiada sebarang keretakan pada struktur dinding atau tangki air tersebut sebelum kejadian berlaku,” katanya. Jelas Udiono, tangki air…
Tarian Seksi Ketika Majlis. Ini Respon Ahli Parlimen PAS. | Seorang ahli parlimen PAS mendesak pihak yang terlibat dalam makan malam bersama ‘hidangan’ tari-menari mencolok mata kepada pimpinan Perikatan Nasional agar tampil memohon maaf. Kata Ahli Parlimen Kuala Nerus, Khairuddin Aman Razali, majlis seumpama itu memang tidak selayaknya dijadikan hidangan kepada pemimpin politik bergama Islam. Dia yang tergugur daripada jawatan sebagai setiausaha Majlis Syura Ulama PAS menambah, majlis seumpama itu juga bercanggah dengan nilai ketimuran dan masyarakat Malaysia. “Pada saat rakyat berhadapan dengan musibah dan rakyat diajak untuk bermunajat memohon keampunan kepada Allah agar dilepaskan daripada musibah Covid-19, apa yang…
Remaja Lelaki Maut Selepas Kepalanya Tersangkut Pada Enjin Bot. | SEMPORNA – Seorang remaja lelaki maut selepas kepalanya tersangkut pada enjin bot pam dalam kejadian di Kampung Panji berhampiran Hospital Semporna di sini hari ini. Remaja berusia 18 tahun terbabit dikatakan tersekat pada enjin bot apabila cuba menghidupkan enjin berkenaan ketika keluar menangkap ikan dalam kejadian pukul 11.30 pagi tadi. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 11.40 pagi. “Sepasukan 11 anggota dan pegawai bersama jentera serta van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (ERMS) dan bot kevlar dikerahkan ke…
Seorang Bayi Perempuan Berusia 24 Hari Maut Selepas Menyusu. | REMBAU – Seorang bayi perempuan berusia 24 hari ditemui sudah tidak bernyawa selepas menyusu di kediaman keluarganya di Kampung Batu 1, Pedas Tengah di sini tengah hari tadi. Dalam kejadian tersebut, bayi berkenaan, Nurul Ain Darwisya Hanafiruz dikejarkan ke Hospital Rembau oleh ibunya namun disahkan telah meninggal dunia oleh petugas perubatan. Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintenden, Hazri Mohamad berkata, berdasarkan laporan awal ibu bayi berkenaan berusia 40 tahun menyusukan anak keenamnya itu kira-kira pukul 12.39 tengah hari. “Bayi itu yang tidur diletakkan di atas kereta sorong di ruang tengah…
Seorang Pelajar Ditemui Lemas Ketika Bermain Air Banjir. | KEMAMAN: Pelajar tingkatan dua ditemukan mati lemas ketika bermain air banjir sedalam dua meter di belakang rumahnya di Bandar Cheneh Baru di sini hari ini. Dalam kejadian kira-kira pukul 3 petang itu, mangsa, Muhammad Alimi Hashim, 14, dikatakan tiba-tiba lemas manakala adik lelakinya sempat berenang ke tebing meminta bantuan. Ketua Zon 2, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu, Azman Alias berkata, mangsa cuba diselamatkan kakaknya, Nurshahiza, 21, tetapi, gagal apabila wanita itu pula hampir lemas, namun, sempat ditarik orang awam yang kebetulan berada di lokasi kejadian. “Mangsa dijumpai penduduk sebelum…