Lelaki Maut Ditembak Selepas Beberapa Jam Dilantik Sebagai Ketua Polis. | Kartel dadah Mexico dilaporkan telah membunuh seorang ketua polis yang baru beberapa jam dilantik dengan menembak kepalanya ketika mangsa sedang melakukan rondaan, lapor Daily Mail. Juan Miguel Silva Alvarado, dilaporkan telah ditembak sebanyak beberapa kali oleh kartel Sinaloa. Gambar mayatnya yang dipenggal terbaring di tepi jalan muncul selepas mangsa ditembak pada 6 Ogos lalu berhampiran dengan Pejabat Pendakwa Negeri Sinoloa di Culiacán. Juan Miguel dilaporkan telah diserang semasa dia diiringi oleh dua kereta peronda, menurut El Financiero. Selepas ditembak, anggota kartel didakwa telah mengambil senjata polis tersebut dan meninggalkan…
Author: Admin Soleh
Mengadu Menantu Tak Sempurna. Makcik Ni Kena ‘BASUH’ Dgn Ustazah. | Seorang wanita di Indonesia menjadi tular selepas mengajukan soalan tentang menantu yang tidak sempurna, kemudian diberikan jawapan ‘pedas’ oleh pendakwah terkenal negara itu, Mamah Dedeh. Dalam satu klip video yang dimuat naik akaun @gossipnesia di laman Instagram, seorang wanita dilihat meminta pandangan Mamah Dedeh tentang menantunya yang dia anggap kurang sempurna. Saya baru sahaja mengizinkan anak berkahwin dan menerima menantu baharu. Namun selepas mereka berkahwin, ternyata menantu saya itu tidak seperti yang saya harapkan. Dia tidak memenuhi ciri-ciri yang saya bayangkan sebelum ini dan saya rasa dia tidak sesuai…
Lelaki Ceroboh Bangunan FBI. Ini Nasib Penceroboh. | WASHINGTON: Seorang lelaki bersenjata yang melarikan diri selepas cuba menceroboh pejabat Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) di Ohio, Amerika Syarikat (AS) ditembak mati ketika berbalas tembakan dengan polis. Kes itu mendapat liputan seluruh negara kerana berlaku beberapa hari selepas FBI memeriksa kediaman bekas Presiden AS, Donald Trump, di Florida, yang mencetuskan kemarahan penyokong berhaluan kanan. Namun, tiada bukti menunjukkan kedua-duanya ada kaitan setakat ini. Menurut FBI, seorang lelaki bersenjata yang memakai perisai badan cuba ‘menceroboh’ pintu masuk ke pejabat FBI di Cincinnati, Ohio, pagi semalam. “Selepas penggera diaktifkan dan ejen khas FBI yang…
Penyanyi Ini Ditahan Polis. Puncanya Buat Ramai TAK SANGKA. | DHAKA – Seorang penyanyi lelaki di Bangladesh dipaksa untuk menandatangani notis permohonan maaf oleh polis selepas diberitahu bahawa dia terlalu hodoh untuk menjadi penyanyi, lapor akhbar New York Post semalam. Penyanyi dikenali sebagai Hero Alom itu juga dilaporkan turut didesak untuk menghentikan nyanyian sumbangnya. Menurut Alom, pada pukul 6 pagi (waktu tempatan) Khamis lalu, dia ditahan di ibu pejabat polis selama lapan jam, lapor agensi berita AFP. “Semua orang secara rawak bertanyakan soalan kepada saya dan saya terpaksa menjawab tanpa henti. “Seseorang kemudian tiba-tiba mencengkam rambut saya dan bertanya sama…
Bergelek Sakan. Wanita Nyaris Maut Jatuh Dari Kenderaan. | MAKHACHKALA, REPUBLIK DAGESTAN – Seorang wanita nyaris maut akibat terjatuh dari tingkap sebuah kenderaan ketika asyik membuat tarian gelek di dalam kenderaan pacuan empat roda yang bergerak, lapor akhbar The Sun semalam. Berdasarkan klip video tular, wanita Dagestan yang tidak dikenali itu berdiri di dalam sebuah Mitsubishi Pajero dengan sebahagian badannya terjulur keluar dari tingkap kenderaan itu. Dia kemudian memulakan gerakan tarian gelek dengan melentikkan badan, namun terjatuh ke atas jalan raya. Mangsa jatuh berguling di atas jalan sebelum bangkit dan cuba masuk kembali ke dalam kenderaan tersebut. Seorang pemandu lain…
Beragama Kristian Tapi Bertudung. Ini Jawapan Pesilat Negara. | PETALING JAYA – Pesilat wanita negara, Merrywati Manuil mendedahkan beliau selesa bertudung ketika menyertai pertandingan silat meskipun beragama Kristian. Menerusi satu hantaran di Facebook miliknya hari ini, Merrywati menjelaskan beliau sangat menghormati warisan Melayu serta mengagumi seni silat. “Banyak bertanya kenapa saya pakai tudung walaupun saya Kristian. Silat adalah warisan orang Melayu. Saya sangat menghormati dan mencintai silat. “Walaupun tidak diwajibkan untuk memakai tudung. Saya memilih untuk memakai tudung ketika pertandingan,” tulisnya. Jelasnya, tudung juga membuatkan dirinya kelihatan lebih sopan, kemas dan beradab ketika pertandingan. Tambahnya, pemakaian tudung ketika pertandingan bukan…
Lelaki Tinggalkan Isyarat ‘Bye’ Pada Isteri Sblm Ditemui Mati. | IPOH: Seorang lelaki yang mengalami kemurungan sempat meninggalkan pesanan kepada isterinya sebelum dia ditemukan mati dengan kesan kelar di leher di belakang sebuah kilang di Pekeliling Dataran Kledang, Menglembu, di sini hari ini. Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh, Superintenden Mohamad Nordin Abdullah berkata, maklumat berkaitan kes itu dimaklumkan orang awam pada pukul 9.46 pagi. Katanya, siasatan di lokasi kejadian mendapati terdapat mayat seorang lelaki dengan kesan kelar di leher sepanjang 16 sentimeter. “Turut dijumpai berhampiran mayat si mati ialah pisau pemotong daging yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu. Pemeriksaan mendapati,…
Tular Langgar Kereta Tunku Idris. Ini Tindakkan Lelaki Singapura Itu. | JOHOR BAHRU – Polis sedang melengkapkan kertas siasatan berhubung insiden pergeselan antara kereta bernombor pendaftaran Singapura dengan kereta milik Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim di Jalan Serampang, Taman Pelangi semalam. Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, lelaki berusia 62 tahun itu tampil merakam percakapan di Balai Polis Trafik Johor petang semalam selepas kejadian mengenai insiden itu tular. Katanya, tidak ada tangkapan dibuat terhadap lelaki warganegara Singapura itu setelah dia tampil untuk memberikan keterangan. “Setelah merakam percakapan pemandu kereta mewah tersebut, warga…
Pesawat Terhempas. Ini Cerita Saksi Kejadian. | Ipoh: “Saya nampak pesawat berkenaan terbang rendah dan terus melanggar tiang lampu berhampiran kunci air sebelum jatuh terhempas,” kata saksi kejadian pesawat ringan terhempas di Jalan Dr Nazrin Shah, Medan Gopeng, di sini, malam ini. Dia yang hanya mahu dikenali sebagai Wan berkata, ketika kejadian dia baru keluar daripada stesen minyak berhampiran kira-kira 8.15 malam dan terkejut melihat pesawat terbang terlalu rendah seperti hendak terhempas. “Saya baru sahaja selesai mengisi minyak motosikal dan sebaik keluar daripada ke jalan raya saya melihat satu pesawat terbang terlalu rendah dan berbunyi pelik seakan kehabisan minyak. “Melihat…
Filem Mat Kilau ‘Bocor’ Di Telegram. Ini Tindakkan Pantas Penerbit. | PETALING JAYA – Filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan didakwa bocor di aplikasi Telegram sejak beberapa minggu lalu dan turut mempromosikan perjudian. Berdasarkan tinjauan, pada aplikasi tersebut, ia telah dimuat naik di dalam salah satu ‘channel’ di Telegram dengan kira-kira 8,124 pelanggan (subscribers) di dalamnya. Iklan judi tersebut dipaparkan dalam bentuk tulisan menggunakan bahasa dari negara seberang iaitu di awal dan pertengahan tayangan selain ada juga video kira-kira 10 saat. Mengikut tarikh yang dipaparkan, ‘channel’ tersebut diwujudkan pada 2 Julai seterusnya pada 12 Julai, pihak itu memuat naik poster filem…










