Author: Admin Soleh

Abu Ziyad atau lebih dikenali sebagai Admin Soleh merupakan seorang penulis blog yang sangat berpengalaman. Beliau pernah mendapat anugerah penulis Ghost Writer terbaik pada tahun 2020.

Lelaki Laung Azan Dalam Tokong Cina. Ini PENJELASAN Polis. | SEBERANG PERAI – Polis mengesahkan menerima laporan kes tular seorang lelaki yang melaungkan azan di hadapan patung dalam sebuah tokong Cina di Bukit Mertajam di sini semalam. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Tan Cheng San berkata, terkesan satu video berdurasi 58 saat yang dimuat naik seorang pemilik akaun Facebook ‘Akademi Penyelidikan Agama Dunia’ kira-kira pukul 2.30 petang. Menurutnya, hasil siasatan polis mendapati suspek merupakan seorang lelaki warga tempatan berusia dalam lingkungan 40-an dan tinggal di Jalan Kilang Ubi, Bukit Mertajam. “Kejadian ini disyaki berlaku antara 26 hingga…

Read More

Seorang Lelaki Maut Dipanah Petir. | TEMERLOH – Seorang lelaki maut selepas terkena panahan petir di hadapan sebuah kedai berhampiran sebuah pasar raya di Taman Sri Layang, Mentakab di sini kelmarin. Difahamkan dalam kejadian kira-kira pukul 9 malam itu, mangsa, Enosh Kumar,32, berada di kawasan berkenaan seorang diri ketika hujan lebat sebelum terkena panahan kilat. Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd. Azhar Mohd. Yusoff berkata, mangsa ditemui dalam keadaan terbaring dengan mengalami kecederaan di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. “Pemeriksaan di kawasan sekitar tempat kejadian menemukan kesan panahan petir di sebatang pokok kira-kira tiga meter…

Read More

Wanita Ditemui Mati Di Rumah Pengamal Perubatan Tradisional. | AMPANG – Seorang wanita meninggal dunia di ruang tamu kediaman pengamal perubatan tradisional di Pandan Perdana dipercayai ketika mendapatkan rawatan petang semalam. Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, polis menerima laporan daripada ibu mangsa kira-kira pukul 6.35 petang memaklumkan anaknya telah meninggal dunia. “Mangsa yang merupakan wanita berusia 41 tahun itu telah pergi ke rumah suspek untuk mendapatkan rawatan sejak minggu lepas. “Mangsa kemudian ditemui dalam keadaan terbaring serta tidak sedarkan diri di ruang tamu rumah terbabit sebelum disahkan mati di lokasi kejadian,” katanya dalam satu…

Read More

Dua Kanak-Kanak Maut Tertimbus Tanah Runtuh. | Kota Kinabalu: Dua kanak-kanak maut manakala dua lagi cedera tertimbus tanah runtuh di Jalan Bukit Nenas, di sini, malam tadi. Mangsa Norain Jaziz, 11, dan Isa Sabri, 2, disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth (HQE), manakala Siti Nur, 28, parah patah tangan dan suaminya Sabri Botong, 28, cedera ringan di kaki menerima rawatan hospital sama . Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah dalam kenyataannya berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu 8.26 malam tadi. Katanya, seramai 24 pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP)…

Read More

Tular Murid Autisme Didera Guru. Ini Cerita SEBENAR. | SEBERANG PERAI – Polis mengesahkan tindakan seorang guru pendidikan khas memegang telinga seorang kanak-kanak perempuan autisme sehingga lebam dipercayai bertujuan menenangkan mangsa daripada terus bertindak agresif. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Tan Cheng San berkata, pihaknya telah menerima laporan daripada ibu mangsa berhubung kejadian itu di Balai Polis Seberang Jaya pada 19 Julai lalu. Menurutnya, kejadian tersebut juga tular selepas gambar kanak-kanak perempuan yang didakwa akibat didera guru sebuah sekolah pendidikan khas dimuat naik dalam satu laman Facebook milik Mona Din baru-baru ini. “Hasil siasatan polis, mangsa merupakan…

Read More

Lelaki Ini Kongsi Pengalaman MENAKUTKAN Dijangkiti Cacar Monyet. | Seorang pesakit cacar monyet kongsi pengalaman dan memberi amaran bahawa kesan penyakit berkenaan didakwa lebih teruk berbanding Covid-19, lapor Daily Star. Harun Tulunay, 35, pada awalnya menyangka bahawa dia menghidap kembali Covid-19 selepas baru sahaja dijangkiti wabak itu sebelum ini. Menurut laporan, pada awalnya dia hanya mengalami demam dan menganggapnya akan hilang, namun sebaliknya terjadi apabila dia terpaksa dimasukkan ke dalam hospital serta diasingkan. Lebih teruk lagi, simptom yang dialami oleh Harun menyebabkan lelaki itu pengsan dan mengalami luka pada bahagian muka, lapor MyLondon menerusi Daily Star. Pada 10 Jun lalu,…

Read More

Seorang Anggota Tentera Maut Terkena Renjatan Elektrik. | TAMPIN: Seorang anggota tentera meninggal dunia akibat terkena renjatan elektrik ketika sedang bertugas di Pos Zulu Kem Asahan berhampiran Kem Syed Sirajuddin Gemas, di sini malam semalam. Mangsa, Mark Anak Rungai, 38, difahamkan tidak sedarkan diri selepas terkena renjatan elektrik semasa penyambungan set generator dilakukan. Pemangku Ketua Polis Daerah Tampin, Deputi Superintenden Amiruddien Sariman berkata, berdasarkan siasatan, pada pukul 7.35 malam semalam, pasukan yang berada di Markas Garison Kem Syed Sirajuddin menerima panggilan dari anggota bertugas Pos Zulu, Kem Asahan memaklumkan kejadian yang menimpa mangsa. “Ketua Polis Balai Air Kuning Selatan bersama…

Read More

Viral Awan Jatuh Dari Langit. ‘Ini’ Sebenarnya Yang Terjadi. | Baru-baru ini, satu fenomena aneh yang berlaku di kawasan ladang kelapa sawit di Kampar, Riau, Indonesia telah menimbulkan pelbagai reaksi daripada netizen. Menerusi video tular berdurasi 50 saat, beberapa gumpalan putih dilihat ‘jatuh’ dan berselerakan di sekitar kawasan ladang berkenaan yang terletak di daerah Kabupaten Kampar, Riau. Kejadian itu menjadi buah mulut dikalangan penduduk yang rata-ratanya mendakwa gumpalan putih itu adalah awan yang jatuh dari langit ke tanah. Menurut Ketua Pengurusan Bencana Daerah (BPBD) Riau, Edy Afrizal, sebaik sahaja mengetahui berita mengenai kejadian aneh tersebut, mereka segera bergegas datang ke…

Read More

Penantian Selama 10 Bulan Berakhir. Ini Luahan PILU Ibu Arwah. | KUANTAN, 24 Julai (Bernama) — Penantian seorang ibu berakhir apabila kehilangan anak kesayangannya yang dicari hampir 10 bulan terjawab, semalam. Azmawati Ab Kadir, 55, ibu kepada Muhammad Iman Aqmar Dzulkarnain yang dilaporkan hilang 30 Okt tahun lepas berkata beliau bersyukur dan berasa lega apabila doanya selama tempoh pencarian itu telah dimakbulkan. “Saya doa supaya Allah beri tanda dan bila dapat tahu semalam kepala rasa ringan dan lega, kalau tidak setiap pagi bangun mesti fikir mana anak aku, tambah kalau musim hujan lagi teringat. “Kadang bila duduk depan rumah, saya…

Read More

Seorang Lelaki OKU Ditemui Mati Gantung Diri. | KOTA BHARU – Seorang lelaki orang kelainan upaya (OKU) yang buta sebelah matanya ditemui mati selepas menggantung diri menggunakan tali nilon pada kipas siling di ruang tamu rumahnya di Kampung Biluk, Banggu di sini semalam. Mangsa yang berusia 33 tahun dijumpai kira-kira pukul 9 malam dan tindakan itu dipercayai terjadi selepas berlaku perselisihan faham dengan isterinya pada Ahad lalu. Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd. Rosdi Daud berkata, polis bergegas ke tempat kejadian selepas menerima maklumat daripada sistem talian kecemasan negara yang memaklumkan terdapat seorang lelaki menggantung diri. Menurutnya, pemeriksaan…

Read More