Dilaporkan Seorang Jemaah Haji Meninggal Dunia. | MAKKAH, 4 Julai (Bernama) — Seorang jemaah haji lelaki berusia 62 tahun telah meninggal dunia di sini, minggu lepas. Perkara itu dimaklumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad dan menurut beliau kematian warga emas tersebut disebabkan oleh jangkitan kuman yang teruk. Warga emas berasal dari Kuala Nerang, Kedah itu meninggal dunia pada 25 Jun di Hospital King Faisal setelah dirujuk pakar kesihatan Lembaga Tabung Haji (TH). Selain itu, Idris berkata setakat Sabtu (2 Julai) lepas seramai 13 jemaah haji Malaysia sedang dirawat di Pusat Rawatan TH di Makkah…
Author: Admin Soleh
Kerajaan Tidak Peduli Harga Barang Naik. Ini Jawapan BALAS PM. | Ismail Sabri Yaakob hari ini berkata kerajaan menjadi mangsa fitnah pembangkang apabila didakwa tidak mengambil peduli soal kenaikan harga barangan yang membelenggu orang ramai ketika ini. Mengulas mengenai demonstrasi yang diadakan Amanah di Masjid Jamek Kampung Baru di Kuala Lumpur, Jumaat lalu perdana menteri berkata, bantahan tersebut sebenarnya gagal kerana ia tidak mendapat sambutan. Ismail Sabri berkata, isu kenaikan harga barangan adalah fenomena yang melanda seluruh dunia dan kerajaan Malaysia telah mengambil tindakan bagi memastikan harga barangan tidak melambung tinggi. “Isu yang terbesar hari ini adalah isu kos sara…
KEJAM. Seorang Bapa TERGAMAK Gilis Anak Hingga Maut. | Seorang gadis, Lauren Malt berusia 19 tahun dilaporkan maut selepas didakwa digilis oleh bapanya sendiri ketika dia cuba menghentikan suspek daripada menyerang kekasihnya pada 23 Januari lalu. Suspek dikenali sebagai Nigel Malt berusia 44 tahun dari Norfolk, England dipercayai berada dalam keadaan marah ketika merempuh dan menggilis mangsa. Pendakwa raya Mahkamah Diraja Norwich, Andrew Jackson menerusi laporan antarabangsa menjelaskan suspek mengundurkan kenderaannya sebelum merempuh mangsa sebanyak dua kali. Selepas merempuh mangsa sehingga terjatuh, Nigel mengundur kenderaannya sebelum berhenti seketika lalu sekali lagi merempuh dan menggilis Lauren. Tindakan itu menyebabkan Lauren mati…
Zahid Hamidi Minta Kerajaan Bubarkan Majlis Pemulihan Negara (MPN). | KUALA LUMPUR: Majlis Pemulihan Negara (MPN) kini sudah tidak berkesan dan bercanggah dengan usaha-usaha terkini kerajaan untuk menangani masalah-masalah rakyat dengan wujudnya Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi. Menurut Bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, kewujudan MPN yang dipengerusikan bekas perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dari awal lagi tidak membuahkan hasil dan berfungsi hanya sebagai penasihat kepada kerajaan. “Bagi saya, Kerajaan Persekutuan perlu sedar bahawa dengan penubuhan Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi ini, MPN yang dipengerusikan Muhyiddin tidak lagi berkesan, tidak perlu dan bercanggah dengan usaha-usaha terkini…
Seorang Kanak² Usia 8 Tahun Tembak Bayi Hingga Mati. | WASHINGTON: Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun menembak mati seorang bayi dan mencederakan adik perempuannya ketika bermain dengan pistol bapanya di Florida. Bapa kanak-kanak itu, Roderick Randall, 45, ditahan dan didakwa atas tuduhan cuai, bersalah memiliki senjata api yang menyalahi undang-undang serta menyembunyikan bukti, kata Syerif Daerah, Escambia Chip Simmons. Tragedi itu berlaku di sebuah motel di mana Randall yang mempunyai rekod jenayah yang melarangnya daripada memiliki senjata api bertemu dengan teman wanitanya. Randall membawa anaknya, manakala teman wanitanya membawa dua anak perempuannya berusia dua tahun dan setahun. “Pada satu…
Isu Pulau Batu Puteh. Ini Kritikan Najib Razak Pada Tun M. | Ahli Parlimen Pekan Najib Razak hari ini mengkritik Dr Mahathir Mohamad dengan menyamakannya dengan bekas peguam negara Tommy Thomas, yang enggan memberikan kerjasama terhadap kerajaan berhubung siasatan isu tuntutan Pulau Batu Puteh. Najib merujuk kepada tindakan ahli parlimen Langkawi itu yang meninggalkan inkuiri yang dipengerusikan oleh bekas peguam negara Apandi Ali semalam dengan tindakan Tommy pada Jan lalu yang memaklumkan bahawa dia tidak akan bekerjasama dengan pasukan petugas khas yang ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan yang dibuat dalam bukunya “My Story: Justice in the Wilderness”. “Seperti laporan polis yang…
Seorang Penuntut Universiti Ditemui Meninggal Dunia Dalam Bilik Kolej. | PETALING JAYA: Seorang penuntut tahun akhir sebuah institusi pengajian tinggi Awam (IPTA) ditemukan maut di dalam bilik kolej kediamannya semalam. Dalam kejadian kira-kira pukul 7.45 petang itu, mayat pelajar jurusan sarjana Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi berusia 29 tahun ditemukan dalam keadaan baring terlentang di atas lantai tepi katilnya Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A.A. Anbalagan berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian daripada pusat kawalan universiti berkenaan selepas mendapati bau busuk dalam bilik berkenaan. Kata beliau, ketika ditemukan, mangsa berada dalam keadaan tidak memakai baju dan berseluar panjang. Ujarnya,…
Batal Rayuan Pulau Batu Puteh. Akhirnya Tun M Buka Mulut. | Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar boleh menyalahkan sesiapa sahaja dalam isu pembatalan rayuan terhadap keputusan kes pertikaian Pulau Batu Puteh antara Malaysia dan Singapura, kata Dr Mahathir Mohamad. “Dia nak salahkan siapa pun boleh, tapi dia bukan hakim. “Dia sultan,” kata Mahathir, yang menjadi perdana menteri ketika kerajaan membatalkan rayuan itu pada 2018. Mahathir berkata demikian ketika diminta mengulas berkaitan tindakan kerajaan Johor menyalahkannya susulan keputusan itu. Sultan Ibrahim ketika merasmikan sidang Dewan Undangan Negeri Johor dua minggu lalu bertitah bahawa baginda kecewa dengan keputusan kerajaan pusat membatalkan rayuan…
BERANG Anak Ditangkap Polis. Tindakkan Si Bapa Buat Ramai TERKEJUT. | AMERIKA SYARIKAT – Seorang bapa nekad menghalang anggota polis yang ingin menangkap anaknya menggunakan sebuah jengkaut gred pembinaan. Menurut polis Vermont, dua anggota polis itu tiba di rumah suspek untuk menangkap suspek atas kesalahan serangan dan pecah rumah, namun telah diserang oleh bapa suspek, lapor NDTV. “Ibu bapa suspek cuba menghalang penangkapan lalu mengancam dan menyerang anggota bertugas dengan menggunakan jengkaut,” ujar pegawai polis sambil berkongsi rakaman kejadian. Berdasarkan rakaman, bapa suspek dilihat menghayunkan bilah jengkaut itu ke arah anggota polis. Selain itu, ibunya juga dilihat menyerang pegawai yang…
Dituduh Guna Sihir. Ini Jawapan BALAS Makwan Latah. | PETALING JAYA – Pelakon senior, Mak Wan Latah enggan menggunakan saluran undang-undang bagi menangkis tuduhan seorang wanita, sebaliknya mengambil individu yang juga kenalan rapatnya itu masalah mental. Mak Wan atau nama sebenarnya, Halimatussa’adiah Mohd Daud berkata, lebih baik berdiam tidak daripada mengeluarkan komen lanjut berhubung setiap dakwaan memandangkan pihak luar yang tidak tahu perkara sebenar tetap akan terus membuat kecaman. “Saya tak nak cakap apa-apa. Biarkan dia. Itu otak dia tak betul. Dia nak buat apa-apa pun itu hak dia. Saya tak mahu komen lagi. “Saya ada Allah. Allah tak fitnah…










