Author: Admin Soleh

Abu Ziyad atau lebih dikenali sebagai Admin Soleh merupakan seorang penulis blog yang sangat berpengalaman. Beliau pernah mendapat anugerah penulis Ghost Writer terbaik pada tahun 2020.

Lari Dari Dicekup. Lelaki Maut Jatuh Dari Tingkat 4 Rumah Bekas Isteri. | JASIN: Gara-gara ingin melarikan diri selepas dicekup berkhalwat bersama isteri orang, seorang lelaki ditemukan maut terjatuh dari tingkat empat sebuah pangsapuri di Bemban di sini, hari ini. Dalam kejadian kira-kira pukul 11.47 pagi tadi, mangsa yang berusia 46 tahun itu maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala. Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintenden Mispani Hamdan berkata, saksi iaitu kekasih kepada si mati berusia 37 tahun mendakwa, lelaki itu datang ke rumahnya pukul 12 tengah malam semalam selepas suaminya keluar dan bermalam di situ bersama tiga…

Read More

Simen Pili Bomba. Ini Tindakkan Yg Dikenakan Pemilik Restoran.|SHAH ALAM – Tindakan sebuah restoran di Seksyen 13 di sini yang tular menyimen pili bomba sewaktu pembesaran premis itu akhirnya membawa padah apabila dikenakan kompaun, hari ini. Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dalam kenyataannya memaklumkan pihaknya terlebih dahulu menerima aduan berhubung pili bomba atas kaki lima restoran. Katanya, semasa pemeriksaan dijalankan didapati pihak bomba turut berada di lokasi kejadian. “Pihak MBSA telah mengeluarkan satu kompaun dan notis halangan di bawah Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974, Akta 133 kepada pemilik restoran tersebut,” katanya di sini hari ini. Terdahulu, sekeping gambar di…

Read More

Seorang Wanita Simpan Mayat Anaknya Selama Seminggu. Ini Puncanya. | Mayat seorang lelaki yang telah meninggal dunia di sebuah rumah flat dipercayai disimpan oleh ibu selama lebih dari seminggu kerana berat hati untuk berpisah dan melepaskan anak kesayangannya itu. Insiden tersebut difahamkan berlaku di unit tingkat lima, Blok 85 Commonwealth Close, lapor Shin Min Daily News, memetik Mothership. Salah seorang wartawan yang berada di tempat kejadian mendakwa terdapat bau tengik dapat dikesan menerusi koridor rumah tersebut pada 21 Jun yang lalu. Menurut salah seorang jiran yang tinggal di blok rumah yang sama lebih 10 tahun lalu berkata bahawa kedua-duai ibu…

Read More

Netizen Tak Puas Hati Pakcik Tolak Kanak² Dlm Masjid Sebab Bising. | PETALING JAYA – Rata-rata netizen melahirkan perasaan tidak berpuas hati dengan tindakan seorang jemaah dewasa yang bertindak memarahi sekumpulan kanak-kanak berada di saf belakang sebuah masjid untuk menunaikan solat secara berjemaah baru-baru ini. Berdasarkan rakaman sistem televisyen litar tertutup (CCTV) di masjid terbabit, sekumpulan kanak-kanak dilihat dimarahi seorang lelaki dewasa hingga ada daripada mereka meninggalkan saf dan tidak mengikuti solat berjemaah. Rakaman CCTV yang dikongsikan di Facebook I Love Pahang itu bagaimanapun tidak memberitahu secara lanjut lokasi dan masa kejadian. Berdasarkan hantaran Facebook itu menjelaskan, sikap kanak-kanak yang…

Read More

NGERI. Seorang Pemburu Maut Diserang Seekor Beruang. | RUSIA – Seorang pemburu berusia 62 tahun dilapor maut akibat diserang seekor beruang yang dicederakannya, lapor Daily Mail. Berdasarkan gambar penemuan mayat yang diperolehi, mayat pemburu tersebut telah ditemui bersama dengan bangkai binatang yang berada 50m dari badannya di daerah Tulun, wilayah Irkutsk, Siberia. Pemburu itu dipercayai telah menembak dan mencederakan beruang tersebut dari atas sebatang pokok. Pemburu yang menyangka beruang coklat itu telah mati selepas terkena tembakan yang dilepaskannya, telah mengambil keputusan untuk turun daripada pokok tersebut. Namun, perkara sebaliknya yang berlaku. Beruang itu dikatakan masih hidup lalu menyerang pemburu tersebut…

Read More

Terpenggal Kepala Bayi Dan Ditinggalkan Dalam Rahim. | ISLAMABAD, PAKISTAN – Seorang wanita di Pakistan terpaksa berdepan dengan detik trauma dalam hidup apabila kepala bayinya dipenggal secara tidak sengaja oleh seorang kakitangan perubatan sebelum ditinggalkan di dalam rahimnya. Menurut laman berita NDTV, kejadian tersebut berlaku di sebuah perkampungan di wilayah Sindh, Ahad lalu. “Wanita berusia 32 tahun itu pada awalnya telah pergi ke sebuah pusat perubatan pedalaman (RHC) di kawasan tempat tinggalnya. “Namun, disebabkan tiada doktor sakit puan, kakitangan tidak berpengalaman itu telah menyebabkan dia berdepan dengan trauma,” kata ketua unit ginekologi Universiti Perubatan dan Kesihatan Liaquat (LUMHS), Profesor Raheel…

Read More

Beri Hadiah Memalukan Pada Pengantin. Ini Teguran PEDAS Ustazah Asma’. | Pendakwah terkenal, Ustazah Asma’ Harun menasihati trend memberi hadiah kahwin memalukan yang kini tular di media sosial. Asma’ berkata, jenaka lucah tidak sepatutnya dijadikan budaya kerana ia boleh memberi kesan kepada sesiapa yang melihatnya. “Tular baru-baru ini satu video yang dimuat naik oleh sekumpulan lelaki yang menghadiri sebuah majlis kahwin. Dalam video tersebut menunjukkan kawan-kawan pengantin lelaki sedang beratur memberikan hadiah, amat mengejutkan apabila hadiah yang diberikan membawa unsur lucah. “Sebenarnya saya yang menonton pun jadi malu, apatah lagi bila melihat kedua-dua pengantin lelaki dan perempuan tertunduk sambil tutup…

Read More

Seorang Tukang Masak Meninggal Dunia Ketika Hendak Turun Motosikal.| SUNGAI PETANI – Seorang lelaki ditemui meninggal dunia semasa ingin menongkat motosikal di tepi jalan dekat Taman Cengal Emas dekat sini kira-kira 12 tengah hari, pada Ahad. Mangsa, Tan Kean Ong, 55, dilihat rebah, di mana kejadian tersebut disaksikan seorang lelaki dikenali sebagai Anan di hadapan rumahnya menyebabkan bertindak mendapatkan bantuan. Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, bagaimanapun, pasukan perubatan yang tiba ke lokasi kejadian mengesahkan mangsa telah meninggal dunia. Menurutnya, saksi ternampak mangsa berhenti dan semasa ingin menongkat motosikal, dia telah terjatuh dan tidak sedarkan…

Read More

Pelik Pelanggan Restoran Ini Jilat Dinding. Rupanya Ada ‘Benda’ Ni. | ARIZONA: Sebuah restoran popular di Scottsdale, Arizona mendapat perhatian ramai kerana menawarkan pengunjung menjilat dinding restoran yang dibuat dari garam himalaya. Lapor Oddity Central, restoran The Mission sudah melaksanakan perkara itu sejak 17 tahun lalu. Restoran yang terletak di bandar lama itu dikenali dengan hidangan lazat dan dinding garam berwarna merah muda yang dibina di sekitar bahagian dapur. Ketua chef yang bertanggungjawab membawa garam himalaya itu berkata, cara itu bagi menambah suasana keseluruhan tempat dan memberi pelanggan peluang baharu menikmati minuman tequila di restoran tersebut. “Menghisap jeruk nipis, menjilat…

Read More

Bon Odori. Ini Titah Sultan Selangor Kepada Menteri Agama. | KUALA LUMPUR: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan Datuk Idris Ahmad untuk hadir ke program Bon Odori supaya dapat memahami perbezaan di antara agama dan budaya. Baginda juga tidak mahu Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) itu menggunakan platform Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk membuat kenyataan mengelirukan dan tidak tepat. Perbuatan itu juga boleh menjejaskan imej dan reputasi jabatan tersebut, titahnya dalam satu kenyataan hari ini. “Baginda tidak mahu pihak-pihak tertentu khususnya ahli-ahli politik menggunakan isu-isu yang menyentuh sensitiviti agama sebegini untuk kepentingan peribadi dan meraih…

Read More