Sebabkan Kematian Seorang Penunggang Basikal. Ini Hukuman Yg Dikenakan.| SEREMBAN: Seorang pegawai penyelidik, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Seremban hari ini atas pertuduhan memandu secara melulu dan berbahaya sehingga menyebabkan kematian seorang penunggang basikal dalam kejadian 1 Jun lalu. Munirah Stapah@Salleh, 26, meminta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret, Intan Syafinaz Roslin. Tertuduh pada 1 Jun lalu didakwa melakukan kesalahan itu sekitar pukul 8.25 pagi di Jalan Temiang-Pantai sehingga menyebabkan kematian Khalid Mohd. Isa, 72. Oleh itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak kurang RM20,000 dan tidak…
Author: Admin Soleh
Video Seorang Budak Lelaki Umur 12 Tahun Rompak Stesen Minyak. | Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun dilapor merompak sebuah stesen minyak dengan menggunakan senjata api dipercayai pistol dalam satu kejadian di Amerika Syarikat (US) baru-baru ini. Berdasarkan rakaman video kamera litar tertutup (CCTV) premis tersebut bertarikh 1 Jun, suspek pada awalnya dilihat berdiri menunggu giliran di kaunter juruwang sambil menggalas satu beg bewarna gelap. Memetik News, sebaik sahaja gilirannya tiba, suspek mengeluarkan sepucuk pistol dan mengacukannya ke arah juruwang dan menjerit “Masukkan wang ke dalam beg ini” sambil menghulurkannya. Pada awalnya, juruwang itu tidak mendengar dengan jelas permintaan dari…
Doktor Terkejut Temui Janin Dlm Perut Seorang Bayi. | Satu kes perubatan yang jarang berlaku membabitkan penemuan janin dalam perut seorang bayi berusia 40 hari di Motihari Bihar telah meraih perhatian ramai, lapor NDTV. Menurut laporan, bayi tersebut pada mulanya telah dibawa ke Pusat Perubatan Rahmania di Motihari untuk mendapatkan rawatan kerana perut kembung. Difahamkan, bayi itu tidak dapat membuang air kecil dengan baik disebabkan oleh masalah perut kembung yang dihadapinya. Doktor dari Pusat Perubatan Rahmania, Dr Tabrez Aziz telah memeriksa bayi itu dengan melakukan imbasan tomografi berkomputer (CT) bagi mengenal pasti punca sebenarnya. Apabila keputusan diketahui, doktor terkejut selepas…
Orang Awam Bergaduh Dgn Pegawal Keselamatan Hospital. Ini Puncanya. | TEMERLOH: Tular sebuah video di laman media sosial memaparkan kekecohan melibatkan orang awam dan seorang pengawal keselamatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) di sini hari ini. Pergaduhan itu dipercayai gara-gara tidak berpuas hati dengan tindakan pengawal keselamatan yang melengahkan waktu pertukaran penjaga di wad di situ. Video berdurasi 10 saat itu memaparkan kekecohan di hadapan bangunan utama Hoshas susulan pergaduhan antara beberapa lelaki dengan pengawal keselamatan. Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd. Azhar Mohd. Yusoff berkata, siasatan awal mendapati, kejadian kira-kira pukul 1.30 petang itu bermula selepas…
Seorang Lelaki Ditemui Meninggal Dunia Dlm Kereta McLaren. | PETALING JAYA: Misteri sebuah kereta mewah tersadai berdekatan sebuah pusat hiburan di Jalan Pudu terjawab apabila seorang lelaki ditemui mati di dalam kenderaan itu, petang tadi. Kejadian itu disedari orang awam selepas mendapati lelaki berusia 28 tahun itu tidak sedarkan diri sebelum menghubungi polis. Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat, Najilan Che Pa berkata, Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan pada 6.03 petang sebelum menggerakkan jentera ke lokasi kejadian. “Setibanya di lokasi kejadian, kami mendapati sebuah kereta mewah model McLaren diparkir berhadapan pusat hiburan berkenaan dan terdapat mangsa seorang…
Berlagak Samseng. Ini Tindakkan Pihak Polis. | SEREMBAN: Polis kini menyiasat insiden penunggang motosikal yang mengganggu jalan raya di Jalan Temiang-Pantai dekat sini yang rakaman video berdurasi 11 saat kejadian tersebut tular di media sosial sejak malam semalam. Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, siasatan awal mendapati kejadian tersebut berlaku pada hari yang sama iaitu pada waktu tengah hari di mana terdapat sekumpulan penunggang motosikal yang berhenti dan meletakkan kenderaan di dalam laluan kecemasan di lokasi kejadian. “Pada masa yang sama, rakaman video dari kamera papan pemuka (dashcam) tersebut turut memaparkan seorang individu seakan-akan cuba untuk membaling…
Bayi Yg Meninggal Dunia Tiba-Tiba Menangis Di Majlis Pengebumiannya. | Pelik tapi benar! Seorang bayi perempuan di New Delhi, India yang dilaporkan meninggal dunia oleh kakitangan hospital mengejutkan ahli keluarganya berikutan ‘mayat’ itu menangis ketika majlis pengebumiannya berlangsung. GAMBAR SEKADAR HIASAN Memetik laporan Daily Nation Today, dua kakitangan hospital di Banihal telah pun digantung kerja berikutan bayi tersebut masih hidup walaupun pada mulanya disahkan meninggal dunia dalam kandungan beberapa jam sebelum dilahirkan. Difahamkan, bayi perempuan itu dilahirkan oleh seorang wanita dikenali sebagai Shamemma Begum pada Isnin lalu, sebelum anaknya disahkan meninggal dunia oleh kakitangan perubatan. Bercerita lebih lanjut, selepas dua…
Wanita Ini Bakal Lahirkan Anak Yg Sama Buat Kali Kedua. Ini Puncanya. | Menyambut cahaya mata sudah tentu menjadi satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan oleh semua ibu, namun untuk seorang bakal ibu muda ini, kehadiran anak lelakinya nanti sudah tentu akan menjadi pengalaman yang cukup berbeza berbanding dengan ibu-ibu yang lain. Seorang vlogger gaya hidup Jaiden Ashlea menerusi akaunnya di laman TikTok berkongsikan kisahnya yang bakal melahirkan anak lelakinya buat kali kedua. Menurutnya, anak lelakinya itu pernah dilahirkan pada umur 19 minggu dengan kondisi ‘spina bifida’ menyebabkan tulang belakang kandungannya tidak terbentuk dengan sempurna. Pada awalnya, doktor memaklumkan kepada…
Wanita Ini Diceraikan Selepas 8 Hari Kahwin. Tak Sangka Ini Puncanya. | JAKARTA – Seorang wanita di Indonesia meluahkan rasa kecewa kerana diceraikan suaminya hanya selepas lapan hari mereka berkahwin, lapor portal berita Wolipop. Menurut Eka S Rufaidah, selepas berkahwin, suaminya sering marah-marah pada perkara-perkara kecil. Dia mendapat tahu bahawa suaminya menghidap keadaan kesihatan mental digelar Obsessive Compulsive Disorder (OCD), sehari selepas mereka berkahwin yang membuatkan lelaki itu menjadi sangat cerewet. “Setiap peralatan di rumah perlu disteril dan dia juga tidak suka orang lain mengemas jika rumahnya dalam keadaan berselerak. “Dia juga pernah menyuruh saya menyiapkan makanan dan merendam sudu…
Wanita Terkejut Jumpa Nota SERAM. | Segala rezeki yang diberi adalah daripada Allah SWT. Dan mempercayai makhluk lain selain Allah boleh mendatangkan syirik bagi seseorang muslim.. Itulah yang terjadi melalui perkongsian di TikTok oleh pengguna yang dikenali sebagai Haslina Hashim. Apabila dia terperanjat setelah dia menemukan sebuah buku jampi. Di dalam beg tangan yang dibelinya oleh seorang pengasas produk kecantikan. Dikatakan juga buku jampi itu merupakan milik pengasas produk kecantikan yang telah meninggal dunia. Dan pemilik video TikTok itu menyatakan bahawa dia terjumpa buku itu di dalam beg ‘preloved‘ yang dibelinya.Nota @ninarichiiii Buku JAMPI #founderkosmetikmalaysia #kosmetik #skincare #2ndwife #scary #unsecured…









