Author: Admin Soleh

Abu Ziyad atau lebih dikenali sebagai Admin Soleh merupakan seorang penulis blog yang sangat berpengalaman. Beliau pernah mendapat anugerah penulis Ghost Writer terbaik pada tahun 2020.

Kerana Mercun Bola 5 Keluarga Hilang Tempat Tinggal. | KOTA BHARU – Persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri bagi lima buah keluarga musnah apabila rumah mereka terbakar dalam kejadian yang dipercayai berpunca daripada mercun bola di Berek 12 di sini hari ini. Dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 9.35 pagi itu, keseluruhan lima buah rumah musnah manakala empat lagi kediaman terbakar hampir 20 peratus. Salah seorang mangsa, Noraiza Salleh, 42, berkata, sewaktu kejadian, di sedang mengemas bahagian di ruang tamu rumah sementara menunggu untuk ke sekolah anak bongsu bagi mengambil wang zakat. Menurutnya, dia terdengar bunyi dentuman seperti letupan mercun bola…

Read More

Ini Punca Seorang Lelaki Lempar 7 Butir Bom Tangan Ke Rumah Jiran. | Seorang lelaki dilaporkan telah membaling tujuh butir bom tangan ke arah rumah jirannya dalam kejadian di wilayah Ubon Ratchathani, Thailand. Memetik laporan Utusan TV, kejadian yang dirakam kamera litar tertutup (CCTV) itu berlaku pada Sabtu. Difahamkan, tiga orang jiran suspek telah cedera pada bahagian kaki dan muka selepas terkena kesan letupan bom tersebut. Ketika kejadian, kesemua mangsa dipercayai sedang duduk di bawah rumah sebelum bunyi objek jatuh dan kemudian meletup kedengaran. Mangsa kemudian dilihat ketakutan sejurus bom pertama yang dilempar meletup. Sementara itu, pihak polis berkata enam…

Read More

Seorang Lagi Rakyat Malaysia Jalani Hukuman Mati Di Singapura Esok. | Esok, seorang lagi rakyat Malaysia, Datchinamurthy Kataiah, dijadual menjalani hukuman gantung sampai mati di penjara Singapura. Ia menyusul selepas pelaksanaan hukuman serupa dijalankan ke atas Nagaenthran Dharmalingam, 34, pagi semalam. Kedua-dua mereka ditahan, dibicarakan dan dihukum mati atas sebab yang sama: dadah. Jadual pelaksanaan hukuman ke atas Datchinamurthy itu dimaklumkan melalui sepucuk surat daripada Jabatan Penjara Singapura yang bertarikh 22 Apr lalu. Pemuda berusia 36 tahun mendekam di Penjara Changi untuk menunggu nasibnya sejak 2015. Sebelum itu dia ditahan dan didakwa atas tuduhan mengedar 44.9g diamorphine. Ia merupakan dadah…

Read More

Seorang Kanak-Kanak Umur 2 Tahun Dijumpai Rentung Dlm Kebakaran. | KUANTAN – Seorang kanak-kanak lelaki berumur dua tahun rentung dalam kejadian kebakaran melibatkan dua buah rumah di Jalan Permatang Badak Perdana 2 di sini awal pagi ini. Kejadian kira-kira pukul 3 pagi itu turut menyebabkan dua lelaki dewasa dan dua perempuan dewasa serta seorang bayi perempuan mengalami kecederaan. Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, kebakaran menyebabkan sebuah rumah musnah seratus peratus manakala sebuah lagi rumah musnah 90 peratus. “Terdapat enam orang mangsa iaitu seorang lelaki cedera melecur 50 peratus, seorang lelaki cedera…

Read More

Tular Motosikal Tersadai. Rupa-Rupanya Ini Yg Terjadi Pada Pemiliknya. | PETALING JAYA – Misteri kehilangan pemilik motosikal yang dibiarkan tersadai sehingga berhabuk di sekitar Lalaport akhirnya terjawab apabila lelaki berkenaan sebenarnya ditahan polis. Menerusi perkongsian di Facebook Apiz Mazuke, dia mendakwa bahawa lelaki itu ditahan kerana kes berkaitan dadah dan melakukan kekecohan di Mitsui Lalaport. “Kes motor ini, pemilik ditangkap atas kes dibawah pengaruh syabu dan buat kecoh di Mitsui Lalaport dan mempunyai rekod dalam carian pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM). “Harap keluarga dia cari di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi. Hentikan story bab benda mistik ini,” ujarnya.…

Read More

Ini Nasihat TEGAS Jokowi Pada Rakyatnya Yg Menerima Bantuan Raya. | JAKARTA: Presiden Joko Widodo (Jokowi) meminta masyarakat supaya menggunakan wang bantuan sosial yang disalurkan oleh Kementerian Sosial untuk membeli minyak masak serta barangan runcit dan bukannya tambah nilai kredit telefon bimbit. Katanya, wang tersebut diberikan kepada rakyat untuk membeli barangan keperluan, terutamanya menjelang Aidilfitri bagi meringankan beban mereka. “Kepada semua masyarakat yang saya hormati, sila gunakan duit bantuan ini untuk membeli barangan yang diperlukan seperti barang runcit dan minyak masak yang digunakan setiap hari. “Jangan guna untuk perkara yang tidak penting, seperti tambah nilai kredit telefon bimbit,” katanya seperti…

Read More

Live Tiktok Ketika Serbuan. Ini Tindakkan PDRM Terhadap ASP Wanita Itu. | PETALING JAYA – Pegawai polis wanita berpangkat Asisten Superintendan (ASP) yang membuat video secara langsung (live) di aplikasi TikToknya ketika serbuan di sebuah pusat hiburan ditukarkan ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor. Arahan pertukaran terhadap pegawai kanan itu tular di aplikasi WhatsApp sejak petang tadi. Beliau yang sedang bertugas sebagai ASP Operasi Urusetia, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman ditukarkan ke Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) IPK Johor dengan menyandang tugas sebagai ASP Kor Sukarelawan Polis Siswa Siswi (Suksis) Universiti Teknologi Mara (UiTM) (INDUK).…

Read More

Seorang Penuntut USM Maut Terjatuh Dari Tingkat 8. | GEORGE TOWN – Seorang penuntut dari Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia (USM) di sini ditemui maut selepas terjatuh dari tingkat lapan Desa Siswa Tekun malam tadi. Mangsa, Lukman Hakim Mat Rani, 22, dijumpai dalam keadaan tidak sedarkan diri di pekarangan bawah bangunan berkenaan. Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, pihaknya mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian melibatkan seorang penuntut di universiti berkenaan kira-kira pukul 10.30 malam. “Mayat pelajar tersebut kini berada di Hospital Pulau Pinang bagi menunggu proses bedah siasat dijalankan termasuk ujian saringan Covid-19. “Polis…

Read More

Perdana Menteri Umum Tol Percuma Dan Diskaun 50%. |PUTRAJAYA – Kerajaan hari ini mengumumkan pemberian tol percuma dan diskaun tol sehingga 50 peratus kepada Keluarga Malaysia yang pulang ke kampung halaman untuk berhari raya selaras dengan Fasa Peralihan ke Endemik sejak 1 April lalu. Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, langkah tersebut dilakukan selepas sesi rundingan dibuat bersama 30 syarikat konsesi lebuh raya. “Secara keseluruhan, tol percuma dan diskaun ini melibatkan 30 lebuh raya di seluruh negara dengan jumlah diskaun dinikmati oleh pengguna sebanyak RM77.11 juta di mana jumlah manfaat ini akan ditanggung bersama oleh kerajaan dan syarikat-syarikat…

Read More

Ahli Parlimen Petaling Jaya Dipenjara 7 Hari. | Pengerusi kumpulan Naza, SM Faisal SM Nasimuddin berjaya dalam usahanya untuk mengaitkan Ahli Parlimen Petaling Jaya Maria Chin Abdullah sebagai menghina mahkamah. Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan hari ini turut menjatuhkan hukuman penjara tujuh hari terhadap ahli parlimen PKR itu berhubung kenyataan awamnya pada 2019 berhubung hukuman penjara yang dikenakan terhadap bekas isteri ahli perniagaan itu, Emilia Hanafi. Bagaimanapun, Maria Chin, 66, tidak hadir di mahkamah kerana sebelum ini disahkan positif Covid-19. Pada September 2019, peguam SM Faisal membawa kes itu ke mahkamah syariah untuk memulakan prosiding penghinaan. Emilia, 42, dijatuhkan hukuman…

Read More