Author: Admin Soleh

Abu Ziyad atau lebih dikenali sebagai Admin Soleh merupakan seorang penulis blog yang sangat berpengalaman. Beliau pernah mendapat anugerah penulis Ghost Writer terbaik pada tahun 2020.

400,000 Tandatangan Petisyen Bebaskan Pemandu Wanita Ini. | JOHOR BAHRU- Satu petisyen bagi mendesak pembebasan pemandu wanita, Sam Ke Ting, 27, yang dijatuhkan hukuman penjara enam tahun oleh Mahkamah Tinggi Johor Bahru semalam di laman Change.org telah mendapat sokongan daripada 416,212 sokongan setakat pukul 3 petang, hari ini. Petisyen berkenaan diwujudkan setelah wanita itu dijatuhkan hukuman berkenaan ekoran nahas basikal lajak yang mengalun lapan penunggang basikal maut di Johor Bahru pada 18 Februari 2017. Antara komen yang ditinggalkan menyatakan sokongan kepada wanita berkenaan dan mengatakan hukuman yang dikenakan terlampau berat sedangkan wanita terbabit hanyalah mangsa keadaan. “Wanita itu tidak berada…

Read More

Selepas 7 Hari Hilang Tiba-Tiba Lelaki Ini Tampil Live Di FB.| SUNGAI PETANI – Misteri kehilangan seorang deejay dikenali sebagai DJ Wong sejak tujuh hari lalu terjawab selepas dia muncul semula dengan membuat siaran langsung melalui laman Facebook baharu miliknya tengah malam tadi. Dj Wong atau nama sebenarnya, Noor Aziz Johari, 53, dilaporkan gagal dikesan selepas keluar dari pintu belakang rumahnya di Taman Ria Mesra 2 di sini kira-kira pukul 9.30 malam, Rabu lalu. Dia sebelum ini aktif bersiaran secara dalam talian bersama isterinya dikenali sebagai Dj Sal di laman FB DJ Wong And Sal Bollywood. Bagaimanapun Dj Wong mencipta…

Read More

Tular Video Seorang Lelaki Tunggang Motosikal Sambil ‘Berdoa’. | Gelagat seorang lelaki menunggang motosikal sambil tangannya dilihat seperti ‘berdoa’ telah menarik perhatian pengguna jalan raya. Aksi lelaki lengkap berjubah itu mengingatkan orang ramai tentang bait-bait lagu ‘Cinta Sampai Mati’ nyanyian artis negara jiran yang kini trending menerusi lirik ‘dengarkanlah disepanjang malam aku berdoa’. Lebih membahayakan, lelaki tersebut tidak memakai topi keledar dan hanya memakai serban menutupi kepalanya. Difahamkan aksi tersebut dirakam oleh seorang pengguna jalan raya, bagaimanapun tidak dinyatakan dengan tepat lokasi dan tarikh ia dirakam. Menerusi klip video berdurasi 25 saat itu, kelihatan lelaki terbabit tidak memegang ‘handle’ motosikal…

Read More

Remaja Maut Ditembak Rakan Ketika Uji Jaket Kalis Peluru. | TALLAHASSEE: Seorang remaja berusia 16 tahun maut ditembak oleh rakan sendiri selepas mangsa dan dua rakannya didakwa bergilir-gilir main menembak antara sesama sambil memakai jaket kalis peluru. Lapor Daily Mail, Colton Whitler dan Joshua Vining ditahan pada Khamis lalu berkaitan kes kematian rakan mereka, Christopher Leroy Broad Jr. Menurut Jabatan Polis Belleview, kedua-dua remaja berusia 17 tahun itu akan didakwa seperti suspek dewasa. “Saya nampak seorang remaja lelaki keluar sambil menjerit dengan kuat. “Amat menyedihkan remaja berkenaan tidak menyedari kemungkinan implikasi tindakan mereka,” kata seorang jiran, Joe Vanhouten yang menyaksikan…

Read More

Seorang Lelaki Ditemui Mati Tergantung Di Rumahnya. | BALING: Seorang lelaki ditemukan mati tergantung di dalam sebuah bilik di rumahnya di Kampung Iboi, Kupang, di sini semalam. Lelaki Melayu berusia 41 tahun itu ditemukan tidak sedarkan diri oleh isterinya kira-kira pukul 7.36 malam. Ketua Polis Daerah, Superintenden Shamsudin Mamat berkata, sepasukan anggota dikerah ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan mengenai penemuan mayat tersebut. Katanya, mangsa didapati menggantungkan diri menggunakan tali. “Mangsa bekerja sebagai buruh binaan dan sudah berkahwin serta tinggal bersama keluarganya. “Siasatan awal mendapati mangsa berada dalam keadaan kemurungan dan mempunyai masalah keluarga dan sentiasa mengasingkan diri,” katanya…

Read More

Pertarungan Maut. Lelaki Bunuh Seekor Singa Dengan Tangan. | KAMPALA, UGANDA – Seorang lelaki di Uganda dilaporkan membunuh seekor singa dengan tangannya sendiri sebelum memasak daging binatang buas itu untuk dimakan, lapor akhbar Daily Star semalam. Beberapa keping gambar yang dikongsikan di laman Twitter menunjukkan sebuah lokasi dalam keadaan berselerak selepas menjadi tempat lelaki berkenaan dan singa itu bertarung. Pertarungan maut berlaku apabila ‘Raja Rimba’ itu menceroboh masuk ke dalam rumah lelaki tersebut. Lelaki yang identitinya tidak didedahkan itu berada keadaan berdarah dan berbalut di serata bahagian badannya, dipercayai kesan serangan haiwan tersebut. “Seorang lelaki dari daerah Iganga, timur Uganda…

Read More

Seorang Bayi 3 Bulan Meninggal Dunia Akibat Tersedak Susu. | Seorang bayi lelaki berusia tiga bulan meninggal dunia dipercayai akibat tersedak susu dalam kejadian di sebuah rumah di Jalan 5/66 Bukit Gasing, dekat sini semalam. Bayi berkenaan yang merupakan anak kedua disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). Menurut sumber, pegawai perubatan (pengadu) memaklumkan telah menerima pesakit (bayi tersebut) di Bahagian Kecemasan Peads (Kanak-Kanak) di PPUM lebih kurang pukul 4.20 petang. “Difahamkan bayi berumur tiga bulan yang merupakan warganegara Indonesia itu telah dibawa oleh bapanya untuk mendapatkan rawatan selepas dia tidak sedarkan diri. “Semasa pemeriksaan…

Read More

Alahai Roti John Hangit Yang Dijual. | Masih terdapat segelintir peniaga di bazar Ramadan tidak menitikberatkan tentang kualiti makanan yang dijual. Terbaharu, seperti perkongsian seorang pengguna Facebook, Bachik Sofian, dia menunjukkan rupa roti john hangit yang dibelinya di bazar Ramadan semalam sehingga mengecewakannya. Menurutnya, roti john tersebut telah siap dibungkus oleh peniaga dan terus diserahkan kepadanya. Alangkah terkejutnya pengguna tersebut, apabila melihatkan hasilnya sebegitu rupa ketika ingin menikmatinya sewaktu berbuka puasa. Sehubungan itu, Bachik turut berpesan kepada orang ramai agar berhati-hati ketika membeli makanan di bazar Ramadan terutamanya yang telah siap dibungkus. “Beringatlah kalau nak beli roti joh yang dah…

Read More

Seorang Guru Agama Ditemui Meninggal Dunia Dengan Kesan Tembakan. | Seorang lelaki dipercayai guru agama di sebuah pondok madrasah di Daerah Nong Chik, Patani ditembak mati tengah malam tadi, lapor Wartani Melayu. Mangsa, Abdul Muthalib Awang ditembak ketika sedang dalam perjalanan pulang ke rumah menaiki motosikal dari pos kampung sekitar jam 12.30 tengah malam. Difahamkan, peluru yang dilepaskan suspek dalam kejadian itu terkena pada bahagian dada dan perut mangsa. Mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Mae Lan untuk rawatan lanjut, bagaimanapun beliau disahkan telah meninggal dunia ketika itu. Menurut Wartani Melayu, mangsa merupakan seorang guru agama yang mengajar di Sekolah Madrasah…

Read More

Tular Video Seorang Bapa Meraung Rindukan Anak. | Rasa rindu paling sakit adalah rindu terhadap orang tersayang lebih-lebih lagi pada anak yang dijaga sejak kecil bagai ‘menatang minyak yang penuh’. Baru-baru ini, tular sebuah video seorang bapa meraung kesedihan kerana terlalu rindukan anaknya yang telah lama tidak pulang ke rumah. Lebih menyedihkan adalah lelaki tersebut turut memaklumkan anaknya sanggup menyekat nombor telefonnya di aplikasi WhatsApp kerana enggan dihubungi oleh bapanya itu. Meskipun cuba untuk mengawal emosi, namun perasaan lelaki tersebut seperti tidak tertanggung sehingga dia meluahkan segalanya melalui tangisan. “Ya Allah, rindunya yang teramat sangat, kenapa sanggup lupakan abah anakku,”…

Read More