Suami Cuba Campak Isteri Sarat Mengandung Dlm Sungai. | JAKARTA: Seorang wanita sarat mengandung nyaris dibunuh oleh suaminya sendiri yang berniat mencampakkannya ke dalam Sungai Parangloe di Makassar, Sulawesi Selatan. Lapor CNN Indonesia, mangsa berusia 25 tahun bernasib baik apabila diselamatkan oleh anggota polis yang sedang melakukan rondaan di kawasan itu. “Saya mahu dibunuh dan dibuang dalam sungai ketika sedang sarat mengandung oleh suami sendiri. “Saya sudah dipukul sejak dua hari lalu, dan kemudian pulang ke rumah ibu bapa saya. “Dia kemudian datang menjemput menggunakan motosikal atas alasan mahu meminjam wang di rumah kawan saya,” katanya. Namun, sebaik tiba di…
Author: Admin Soleh
Leka Bermain Lumpur Akhirnya 6 Anak Gajah Terpaksa Diselamatkan. | BANGKOK – Gelagat enam ekor anak gajah yang leka bermain kolam lumpur di sebuah taman negara dalam wilayah Prachin Buri, Thailand, mencuit hati netizen apabila kesemua haiwan itu berdepan kesukaran untuk keluar ke tanah, lapor laman berita The Thaiger semalam. Anak-anak gajah itu dikatakan bermain lumpur terlalu lama sehinggakan ia keletihan dan tidak dapat keluar dari kolam lumpur tersebut. Dengan badan yang berlumpur, anak-anak gajah itu dilihat tergelincir dan menggelongsor di sekeliling kolam. Keadaan itu membuatkan kakitangan Taman Negara Thap Lan terpaksa pergi ke kawasan tersebut untuk membantu kawanan itu…
Tular Video Sekumpulan Pelajar Sekolah Bergaduh. | Perbuatan ejek-mengejek dipercayai menjadi punca insiden pergaduhan sekumpulan pelajar sekolah menengah di sini pada Rabu. Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, kejadian bermula apabila seorang pelajar Tingkatan Tiga diejek oleh seorang pelajar Tingkatan Empat semasa waktu rehat pada jam 10.30 pagi. “Pelajar berusia 15 tahun itu telah hilang sabar lalu menolak pelajar berusia 16 tahun tersebut. “Pelajar Tingkatan Empat itu kemudian telah menumbuk di bahagian muka pelajar Tingkatan Tiga, namun tumbukan itu hanya terkena sedikit, lalu berlaku tolak menolak di antara sekumpulan pelajar,” katanya dalam kenyataan pada…
Seorang Wanita Serang Sepasang Suami Isteri Dgn Pedang Samurai. |BANGKOK – Seorang wanita Thailand yang bersenjatakan sebilah pedang samurai dilaporkan menyerang sepasang suami isteri di rumah mereka kerana enggan melakukan hubungan intim dengannya, lapor laman berita Thaiger semalam. Pasangan itu memaklumkan bahawa mereka berkali-kali diugut sehingga terpaksa melarikan diri dari Bangkok tetapi wanita itu masih mengekori mereka. Netizen Thailand berkongsikan sebuah klip video memaparkan seorang wanita berpakaian berwarna biru cuba menikam seorang lelaki di hadapan rumahnya. Lelaki yang dikenali sebagai Air, 38, itu memberitahu media Thiland bahawa dia dan wanita dikenali sebagai Aum, 40, itu telah berkawan selama setahun. Mereka…
Perdana Menteri Umum Bonus Aidilfitri Semua Penjawat Awam. | Kerajaan bersetuju memberi bantuan khas kewangan Aidilfitri atau bonus sebanyak RM500 kepada semua penjawat awam Gred 56 dan ke bawah, kata Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob. Selain itu, kerajaan juga bersetuju beri sebanyak RM250 kepada pesara kerajaan. Dia berkata, bayaran bantuan khas berkenaan akan dibuat bersama dengan pembayaran gaji bulan April pada 25 April ini. “Sukacita diumumkan bahawa kerajaan bersetuju untuk memberi bantuan khas kewangan Aidilfitri sebanyak RM500 kepada semua penjawat awam Gred 56 dan ke bawah termasuk kakitangan di bawah skim Contract Of Service, Contract For Service, Pegawai Sambilan Harian…
Leher Seorang Pelancong Tembus Ditusuk Ikan Jarum. | BANGKOK – Seorang pelancong mengalami kecederaan selepas seekor ikan jarum menusuk lehernya ketika dia berenang di sebuah pantai popular di Thailand Khamis lalu, lapor laman berita Thaiger. Petugas-petugas penyelamat pantai memberikan pertolongan cemas kepada lelaki itu, namun berhati-hati untuk tidak mencabut ikan jarum daripada leher mangsa. Kejadian berlaku di Pantai Ao Tan Khi, wilayah Trat di timur Thailand. Mangsa dibawa ke hospital berdekatan sekitar pukul 2 petang (waktu tempatan). Pegawai tempatan kemudian memberi amaran kepada perenang supaya berhati-hati dengan ikan jarum. Ikan jarum ditemui di perairan yang cetek. Ia mempunyai badan memanjang…
Will Smith Tampar Chris Rock Di Pentas Anugerah Oscar. Ini PUNCANYA.| LOS ANGELES: Majlis Oscar 2022 yang disiarkan secara langsung ke seluruh dunia dicemari dengan insiden aktor ternama Will Smith menampar selebriti Chris Rock di pentas anugerah berprestj itu di Dolby Theatre, Los Angeles, Amerika Syarikat pada Ahad malam (Isnin pagi waktu Malaysia). Insiden itu berlaku gara-gara Smith berang apabila Rock mempersenda isterinya, Jada Pinkett-Smith yang kini muncul dengan imej botak. Sejurus selepas melakukan tindakan yang mengejutkan seluruh khalayak penonton, Smith turun dari pentas dan kembali ke tempat duduknya seraya menjerit ke arah Rock dengan mengeluarkan kata-kata yang…
Salah Guna Dadah. Ini Amaran TEGAS Datuk Ayob Khan. | Polis akan menahan mana-mana individu tanpa mengira latar belakang sekiranya dikesan terlibat dengan penyalahgunaan dadah. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata pihaknya tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana individu terbabit dan kertas siasatan akan dibuka serta diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara bagi tindakan lanjut. “Tidak kira siapa latar belakangnya, dia ustaz, tok guru, orang politik mahupun penjawat awam, terlibat (penyalahgunaan dadah), kita akan tangkap. “Peguam Negara akan lihat, cukup atau tidak bukti-bukti untuk dituduh, jadi di peringkat kita, akan lakukan siasatan lengkap,” katanya pada…
Pelawat Ke Negara Thailand. Ini Tempoh Kuarantin Yg Ditetapkan. | BANGKOK – Thailand akan memendekkan tempoh kuarantin wajib bagi pelawat tidak divaksin yang memasuki negara itu kepada lima hari mulai 1 April ini, lapor laman berita Thaiger kelmarin. Pelawat juga dikatakan tidak perlu lagi mengambil ujian tindak balas rantai polimerase transkripsi balikan (PCR) Covid-19 sebelum berlepas. Peraturan baharu yang diberitakan di akhbar Royal Gazette itu hanya merupakan makluman awal dan pengumuman rasmi mengenainya akan diterbitkan pada akhir bulan ini. Pelawat tidak divaksin boleh memasuki Thailand di bawah skim Kuarantin Alternatif di mana mereka mesti mengasingkan diri di mana-mana hotel yang…
10 Tahun Hilang Akhirnya Ditemui Dalam Sebuah Peti Sejuk.| Misteri kehilangan seorang lelaki dari London sejak 2012 yang lalu akhirnya terungkai selepas mayat mangsa ditemui di dalam peti sejuk di sebuah pub terbiar di London, United Kingdom. Mangsa yang dikenali dengan nama Roy Bigg dilaporkan hilang di Newham, London pada Februari 2012 ketika mangsa berusia dalam lingkungan 67 hingga 70 tahun. Sejak daripada itu, Roy Bigg menjadi topik hangat ‘Orang Hilang’ dan sekitar tahun 2012, poster wajahnya terpapar di merata tempat malah kebanyakan menganggap bahawa pada ketika itu, Roy Bigg masih hidup. Namun siapa sangka, selepas 10 tahun ‘menghilangkan diri’,…









