Suami Cuba Campak Isteri Sarat Mengandung Dlm Sungai. | JAKARTA: Seorang wanita sarat mengandung nyaris dibunuh oleh suaminya sendiri yang berniat mencampakkannya ke dalam Sungai Parangloe di Makassar, Sulawesi Selatan.
Lapor CNN Indonesia, mangsa berusia 25 tahun bernasib baik apabila diselamatkan oleh anggota polis yang sedang melakukan rondaan di kawasan itu.
“Saya mahu dibunuh dan dibuang dalam sungai ketika sedang sarat mengandung oleh suami sendiri.
“Saya sudah dipukul sejak dua hari lalu, dan kemudian pulang ke rumah ibu bapa saya.
“Dia kemudian datang menjemput menggunakan motosikal atas alasan mahu meminjam wang di rumah kawan saya,” katanya.
Namun, sebaik tiba di jambatan Jalan Parangloe, lelaki itu memberhentikan kenderaan dan menurunkan isterinya sebelum membawa mangsa ke tepi jambatan.
Katanya, lelaki itu berada di bawah pengaruh dadah kerana mengambil dadah jenis methamphetamine.
Lelaki itu bergegas melarikan diri ketika melihat kehadiran pihak berkuasa di kawasan itu.
Ketua Ibu Pejabat Polis Makassar, Arif Muda mengesahkan kejadian itu selepas menerima laporan daripada mangsa.
Pihaknya kini bekerja rapat dengan Polis Tamanlanrea bagi memburu lelaki itu.
Sumber : UM