KEJAM. Seorang Bapa TERGAMAK Gilis Anak Hingga Maut. | Seorang gadis, Lauren Malt berusia 19 tahun dilaporkan maut selepas didakwa digilis oleh bapanya sendiri ketika dia cuba menghentikan suspek daripada menyerang kekasihnya pada 23 Januari lalu.

Suspek dikenali sebagai Nigel Malt berusia 44 tahun dari Norfolk, England dipercayai berada dalam keadaan marah ketika merempuh dan menggilis mangsa.

Pendakwa raya Mahkamah Diraja Norwich, Andrew Jackson menerusi laporan antarabangsa menjelaskan suspek mengundurkan kenderaannya sebelum merempuh mangsa sebanyak dua kali.

Selepas merempuh mangsa sehingga terjatuh, Nigel mengundur kenderaannya sebelum berhenti seketika lalu sekali lagi merempuh dan menggilis Lauren.

Tindakan itu menyebabkan Lauren mati di tempat kejadian. Pemeriksaan lanjut ke atas mayatnya mendapati terdapat kesan lebam, luka dan kecederaan parah pada bahagian kepala, badan, lengan serta kaki.

Bercerita lebih lanjut, hasil bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia berikutan mengalami kecederaan parah pada bahagian dada dan perut namun, suspek menafikan tuduhan membunuh terhadap mangsa.

Menerusi perbicaraan mahkamah, suspek dikatakan bertengkar dengan anaknya serta teman lelaki gadis berkenaan. Bukan itu sahaja, selepas merempuh mangsa suspek didakwa membawa mayat anaknya ke dalam keretanya sebelum bertindak meninggalkan kawasan berkenaan.

Dia menelefon isterinya, Karen dan memberitahu bahawa anak mereka telah mati. Dia ketika itu ingin membawa mangsa kepada Karen.

Sehingga kini, perbicaraan kes masih berlangsung.

SUmber : OHBULAN

Share.

Leave A Reply