Polis sedang memburu lelaki yang tular dipercayai khayal menghidu gam ketika menunggang motosikal dalam sebuah video yang tersebar di Facebook.

Lelaki 'Lalok' Sambil Menunggang Motosikal. Ini TINDAKAN Polis

Ketua Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban, ACO Nanda Maarof memberi kenyataan berhubung kejadian itu.

Katanya, rakaman video yang berdurasi 40 saat itu telah tular di Facebook lebih kurang jam 6.30 petang Jumaat.

Dalam rakaman tersebut, jelas terpapar sebuah motosikal yang ditunggangi oleh seorang lelaki disyaki sedang berada dalam keadaan separa sedar atau khayal.

Menerusi rakaman tersebut, hasil siasatan awal mendapati kejadian berlaku di Kilometer 267 Lebuhraya Utara-Selatan menuju arah selatan di sini.

Kejadian itu melibatkan sebuah motosikal jenis Yamaha FZ150 berwarna hitam tanpa nombor pendaftaran.

Menurut Nanda, lelaki dalam video tersebut sedang menunggang sebuah motosikal kelihatan memandu ke arah lorong tengah jalan di lebuh raya.

Dalam rakaman tersebut turut memaparkan suspek yang menunggang motosikal tanpa memakai topi keledar.

Suspek memegang sambil menghidu bungkusan plastik di tangan kirinya dan disyaki sedang melakukan perbuatan menghidu gam.

Difahamkan, suspek yang terlibat masih tidak dapat dikesan oleh pihak polis sehingga kini dan siasatan masih giat dijalankan.

Orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kejadian, boleh menyalurkan maklumat tersebut ke Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban di talian 06-6033222 untuk tindakan lanjut oleh pihak polis.

Sumber: Siakap Keli

Share.

Leave A Reply