Keluarga Arwah Muhammad Adib terima Wang Pampasan 1.5juta. | Alor Setar: “Wang itu akan digunakan untuk saham akhirat arwah,” kata Mohd Kassim Abdul Hamid, 66, bapa kepada Allahyarham Muhammad Adib, anggota bomba yang meninggal dunia dalam kejadian rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25, Subang Jaya pada 2018. Mohd Kassim berkata, selain disumbangkan atas nama arwah, sebahagian daripada wang pampasan berjumlah RM1.5 juta yang diterima itu juga digunakan untuk kelangsungan hidup keluarganya. Katanya, keluarganya sangat bersyukur menerima wang itu pada 29 November lalu seperti yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, semalam. “Wang ini saya akan…
Author: Admin Soleh
Ini Tarikh Pembayaran Fasa 1 BKM Yg Diumumkan Perdana Menteri. | PUTRAJAYA – Pembayaran Fasa 1 Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) melibatkan 8.6 juta penerima dengan peruntukan sebanyak hampir RM2 bilion akan dibuat secara berperingkat mulai 28 Mac ini. Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, penerima BKM akan menerima bayaran sebanyak RM100 hingga RM300 berdasarkan kelayakan mereka. Katanya, golongan penerima merangkumi 4.0 juta isi rumah, 1.2 juta warga emas bukang ataupun tiada pasangan serta 3.4 juta individu bujang. “Setiap penerima yang layak akan menerima bayaran secara berperingkat mulai 28 Mac 2022 melibatkan peruntukan berjumlah hampir RM2 bilion. “Pembayaran ini…
Seorang Bapa Namakan Empat Anaknya Dengan Huruf V J L Dan N. | Jakarta: Seorang bapa di Jawa Timur, Indonesia tekad menamakan keempat-empat anaknya dengan satu huruf. Biarpun keputusan Sukari,46, itu ditentang keluarganya, namun lelaki itu selesa menamakan anaknya dengan V, J, L dan N. Katanya, anak sulungnya yang kini berusia 18 diberi nama V manakala anak kedua J diikuti L serta anak bongsu N. Sukari berkata, pada mulanya ibunya serta jiran mempertikaikan keputusannya itu, namun lama kelamaan orang sekeliling mula menerimanya. Katanya, dia selesa memberikan nama pendek itu kerana lazimnya panggilan hanya satu kata. “Saya dan isteri mahu nama…
Persenda Golongan OKU. Ini Tindakkan Persatuan OKU Terengganu. | KUALA TERENGGANU – Tingkah laku seorang wanita dikenali sebagai ‘Kak Long 7E’ yang didakwa mempersenda golongan orang kelainan upaya (OKU) terus mendapat kecaman. Persatuan Pembangunan Orang Kurang Upaya Anggota Terengganu (Pokuat) tampil membuat laporan polis terhadap wanita terbabit hari ini. Presidennya Pokuat, Fakhruddin Zakaria, berkata, persatuannya yang mewakili 600 l OKU di Terengganu mahu tindakan tegas diambil terhadap ‘Kak Long 7E’ berkenaan. “Tindakan wanita itu yang semata-mata mahu meningkatkan popularitinya amat tidak sensitif, mengguris hati dan menjatuhkan maruah golongan OKU. “Kami mahu satu akta segera dibuat bagi mengenakan tindakan kepada sesiapa…
PM Umum Pengeluaran Khas KWSP. Ini Tindakkan Tengku Zafrul. | PUTRAJAYA: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan memperincikan lanjut susulan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengenai pengeluaran khas simpanan persaraan sehingga RM10,000. Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, perkara itu akan diperincikan dalam masa terdekat. “KWSP juga akan mengumumkan langkah-langkah perlu bagi menangani isu dana persaraan ahli-ahli KWSP yang telah berkurangan,” katanya dalam kenyataan hari ini. Terdahulu, Ismail Sabri mengumumkan berita baik itu sebagai memahami keperitan kalangan Keluarga Malaysia yang masih terkesan dari segi ekonomi, hilang pendapatan dan sedang membina semula kehidupan. Keputusan…
Video Sekumpulan Lelaki Bergaduh Di Gelanggang Futsal. Ini Puncanya. |Satu rakaman video memaparkan sekumpulan lelaki bergaduh di sebuah gelanggang futsal menjadi tular di media sosial sejak semalam. Difahamkan, kejadian tersebut berlaku di Putatan, Sabah. Menerusi perkongsian beberapa pengguna media sosial, dapat dilihat aksi menumbuk dan menendang di antara satu sama lain menjadikan situasi semakin kecoh apabila lebih ramai individu terlibat dalam pergaduhan tersebut. Dalam pada itu, seorang pengguna Facebook, Angkol tampil menceritakan punca kejadian berkenaan yang berlaku selepas seorang remaja dipukul dan bapanya segera bertindak menyerang individu terlibat. Sehubungan itu, insiden tersebut dikatakan telah selesai dengan cara baik antara kedua-dua…
Semua Calon PEJUANG Hilang Deposit. Ini Respon Mukhriz Mahathir. | Presiden Pejuang Mukhriz Mahathir berkata kurangnya pendedahan logo partinya antara sebab kekalahan mereka di pilihan raya negeri (PRN) Johor. Dia juga berkata peratusan keluar mengundi yang rendah turut menjadi faktor, tetapi mengakui terdapat kelemahan di pihak Pejuang yang perlu diperbaiki. “Kami parti yang didaftarkan tidak sampai tujuh bulan, logo kami tidak dikenali ramai,” katanya pada sidang media malam tadi. Pejuang bertanding di 42 daripada 56 kerusi DUN. Mereka kehilangan wang deposit di semua kerusi yang mereka tandingi. Malah Ketua Pejuang Johor Shaharuddin Md Salleh, yang merupakan timbalan menteri dari 2018…
Menang Besar PRN Johor. Ini Pujian Zahid Hamidi Buat Najib Razak. | Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi memuji Ahli Parlimen Pekan Najib Razak sebagai “pengurus utama kempen” BN selepas kejayaan gabungan itu merampas semula negeri itu. Menjelang tengah malam semalam, pemimpin Umno berkumpul di ibu pejabat parti itu di Larkin, Johor Bahru dan mengadakan sidang media selepas keputusan tidak rasmi menunjukkan kemenangan BN di 40 kerusi, membolehkan mereka membentuk kerajaan dengan majoriti besar. “Walaupun secara rasmi pengarah pilihan raya kami ialah (timbalan presiden) Mohamad Hasan, pengurus kempen utama kami ialah Najib,” kata Zahid, disambut sorakan ‘Bossku!’ daripada penyokong BN. “Walaupun…
Kemenangan Sulung Parti MUDA Di PRN Johor. Ini Reaksi Syed Saddiq. | PETALING JAYA – Kemenangan sulung calon Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Puteri Wangsa pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor semalam menjadi titik permulaan perjuangan parti itu. Presidennya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, manakala bagi enam DUN yang gagal dimenangi parti itu, MUDA akan menjadi pembangkang berkualiti dengan meneruskan politik khidmat. “Terima kasih kepada anak Johor kerana memberi peluang untuk Muda bertanding. Menang atau kalah, politik khidmat tetap akan diteruskan. “Ini adalah permulaan bagi Muda. Muda akan ada ‘track record’ berkhidmat untuk bertapak…
Video Seorang Wanita Tua Berusaha Curi Tabung Masjid. | Satu rakaman CCTV tular di Indonesia setelah seorang wanita tua dilihat sedang berusaha mencuri tabung masjid. Memetik laporan Suara.com, tindakan wanita itu mengejutkan warganet kerana saiz tabung yang dicuri olehnya itu agak besar. Menerusi video itu, dapat dilihat wanita tersebut memastikan keadaan masjid lengang terlebih dahulu sebelum bertindak mengangkut tabung yang besar itu. Tidak lama kemudian, dia dilihat bertungkus-lumus membawa tabung yang berat tersebut sambil berlari dan meletakkannya di atas sebuah motosikal. Dia kemudian dilihat cuba untuk meletakkan tabung tersebut di tempat duduk hadapan motosikalnya tetapi tidak boleh kerana tabung itu…










