Author: Admin Soleh

Abu Ziyad atau lebih dikenali sebagai Admin Soleh merupakan seorang penulis blog yang sangat berpengalaman. Beliau pernah mendapat anugerah penulis Ghost Writer terbaik pada tahun 2020.

Speaker Dewan Rakyat Mohon Maaf Kepada Semua Ahli Parlimen. Ini Puncanya. | Speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun hari ini memohon maaf kepada ahli-ahli parlimen selepas memberikan kepada Najib Razak (BN-Pekan) tempoh seminggu sehingga Selasa depan bagi memberi penjelasan berhubung hutang 1MDB. Ia selepas Tony Pua (PH-Damansara) dan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim (PH-Port Dickson) membantah keputusan speaker membenarkan Najib menjelaskan pada Selasa depan atas alasan sedang berkempen untuk calon BN sempena pilihan raya negeri (PRN) Johor. Mereka merasakan keputusan Azhar tidak selari dengan status peraturan. “Saya mengambil maklum dan terima kasih atas peringatan itu. Apabila difikirkan semula, saya tidak mengambil…

Read More

Dua Jurugambar Selamatkan Wanita Cuba Terjun Jambatan. | SEBERANG PERAI – Dua jurugambar dua akhbar tempatan berbahasa Inggeris berjaya menyelamatkan seorang wanita yang dipercayai mahu terjun ke dalam laut di Jambatan Pulau Pinang di Kilometer 3.4 arah pulau dekat sini hari ini. Kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah hari itu disedari jurugambar The Star, Ahmad Zhafaran Nasib, 38, dan jurugambar theSun, Masry Che Ani, 48, yang melihat mangsa yang bertopi keledar duduk di atas tembok jambatan. Menurut Masry, ketika kejadian dia dan Ahmad Zhafaran masing-masing sedang menunggang motosikal dari Butterworth ke George Town sebelum ternampak wanita berusia 30-an itu dalam keadaan…

Read More

Seorang Kanak-Kanak maut Dihempap Tangki Air Masjid. | BLITAR: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun maut selepas dihempap tangki air yang runtuh ketika mengambil wuduk di sebuah masjid, di sini kelmarin. Lapor Kompas.com, kejadian itu berlaku di Masjid Riyatus Shohibin, Desa Sawentar, Blitar ketika mangsa ingin menunaikan solat Maghrib secara berjemaah. Jurucakap polis Blitar, Udiono berkata, kanak-kanak itu maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada bahagian kepalanya. “Tangki air berserta dinding penahan tiba-tiba runtuh ketika mangsa mengambil wuduk. “Pengurus masjid memaklumkan, tiada sebarang keretakan pada struktur dinding atau tangki air tersebut sebelum kejadian berlaku,” katanya. Jelas Udiono, tangki air…

Read More

Tarian Seksi Ketika Majlis. Ini Respon Ahli Parlimen PAS. | Seorang ahli parlimen PAS mendesak pihak yang terlibat dalam makan malam bersama ‘hidangan’ tari-menari mencolok mata kepada pimpinan Perikatan Nasional agar tampil memohon maaf. Kata Ahli Parlimen Kuala Nerus, Khairuddin Aman Razali, majlis seumpama itu memang tidak selayaknya dijadikan hidangan kepada pemimpin politik bergama Islam. Dia yang tergugur daripada jawatan sebagai setiausaha Majlis Syura Ulama PAS menambah, majlis seumpama itu juga bercanggah dengan nilai ketimuran dan masyarakat Malaysia. “Pada saat rakyat berhadapan dengan musibah dan rakyat diajak untuk bermunajat memohon keampunan kepada Allah agar dilepaskan daripada musibah Covid-19, apa yang…

Read More

Remaja Lelaki Maut Selepas Kepalanya Tersangkut Pada Enjin Bot. | SEMPORNA – Seorang remaja lelaki maut selepas kepalanya tersangkut pada enjin bot pam dalam kejadian di Kampung Panji berhampiran Hospital Semporna di sini hari ini. Remaja berusia 18 tahun terbabit dikatakan tersekat pada enjin bot apabila cuba menghidupkan enjin berkenaan ketika keluar menangkap ikan dalam kejadian pukul 11.30 pagi tadi. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 11.40 pagi. “Sepasukan 11 anggota dan pegawai bersama jentera serta van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (ERMS) dan bot kevlar dikerahkan ke…

Read More

Seorang Bayi Perempuan Berusia 24 Hari Maut Selepas Menyusu. | REMBAU – Seorang bayi perempuan berusia 24 hari ditemui sudah tidak bernyawa selepas menyusu di kediaman keluarganya di Kampung Batu 1, Pedas Tengah di sini tengah hari tadi. Dalam kejadian tersebut, bayi berkenaan, Nurul Ain Darwisya Hanafiruz dikejarkan ke Hospital Rembau oleh ibunya namun disahkan telah meninggal dunia oleh petugas perubatan. Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintenden, Hazri Mohamad berkata, berdasarkan laporan awal ibu bayi berkenaan berusia 40 tahun menyusukan anak keenamnya itu kira-kira pukul 12.39 tengah hari. “Bayi itu yang tidur diletakkan di atas kereta sorong di ruang tengah…

Read More

Seorang Pelajar Ditemui Lemas Ketika Bermain Air Banjir. | KEMAMAN: Pelajar tingkatan dua ditemukan mati lemas ketika bermain air banjir sedalam dua meter di belakang rumahnya di Bandar Cheneh Baru di sini hari ini. Dalam kejadian kira-kira pukul 3 petang itu, mangsa, Muhammad Alimi Hashim, 14, dikatakan tiba-tiba lemas manakala adik lelakinya sempat berenang ke tebing meminta bantuan. Ketua Zon 2, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu, Azman Alias berkata, mangsa cuba diselamatkan kakaknya, Nurshahiza, 21, tetapi, gagal apabila wanita itu pula hampir lemas, namun, sempat ditarik orang awam yang kebetulan berada di lokasi kejadian. “Mangsa dijumpai penduduk sebelum…

Read More

Beli Belah Ketika Sidang Dewan Rakyat. Ini Jawapan BALAS Teresa Kok. | Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok menafikan bahawa dia membeli belah secara dalam talian semasa sidang Dewan Rakyat hari ini. Pemimpin DAP itu sebaliknya berkata dia hanya klik pada iklan ketika membaca berita dalam talian. Ia selepas bekas Ahli Parlimen Wangsa Maju Wee Choo Keong di Twitter mengongsikan gambar skrin komputer Kok ketika di Parlimen, yang memaparkan imej pakaian. Tangkap layar ciapan itu kemudian dimuat naik bekas perdana menteri Najib Razak dalam hantaran di Facebooknya. “Saya sedang membaca berita di portal berita dan kemudian melihat iklan itu…jadi saya klik…

Read More

Seorang Pegawai Kanan Polis Ditemui Maut Di Dalam Kereta. | KUCHING: Seorang pegawai kanan polis berpangkat Asisten Superintenden (ASP) ditemukan mati di dalam kereta yang dipandunya. Mendiang Jason Baya yang bertugas sebagai Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serian ditemukan pengsan di dalam keretanya ketika berada di kawasan lampu isyarat lalu lintas berdekatan Kampung Seratau, Batu 17 Jalan Kuching-Serian di sini oleh orang kampung. Pasukan ambulans dan pegawai perubatan yang tiba di tempat kejdian telah mengesahkan mendiang yang berusia 44 tahun meninggal dunia pada 27 Februari, jam 6.35 petang. Punca kematian masih dalam siasatan pihak polis.…

Read More

Seorang Artis Tiba-Tiba Rebah Ketika Bersiaran Di TV 3. | Kuala Lumpur: Penyanyi dan pengacara, Roslan Shah rebah tiba-tiba ketika tampil pada program Wanita Hari Ini (WHI) yang bersiaran secara langsung di studio Sri Pentas TV3, Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor, tengah hari, hari ini. Menerusi program yang membawakan topik Si Mulut Tempayan, Roslan yang sedang rancak berbual dengan hos iaitu Fatin Hamimah dan Hawa Rizwana kemudian terbatuk-batuk sebelum jatuh dari kerusinya. Program itu dihentikan dengan siaran iklan sementara kakitangan studio memberikan bantuan selanjutnya kepada Roslan. Roslan segera diberikan rawatan oleh doktor yang mendapati bacaan darahnya agak tinggi. Roslan kemudian…

Read More