Prosiding Bela Diri DS Rosmah Mansur Bertukar Tegang. Ini Puncanya. | KUALA LUMPUR – Prosiding bela diri Datin Seri Rosmah Mansor yang dituduh dalam kes rasuah di Mahkamah Tinggi pada Khamis, bertukar tegang apabila pihak pendakwaan dan pembelaan bertikam lidah berhubung isu menghina mahkamah. Ketika prosiding di hadapan Hakim Mohamed Zaini Mazlan, Timbalan Pendakwa Raya ad-hoc, Datuk Seri Gopal Sri Ram mencadangkan bahawa isteri bekas Perdana Menteri itu tidak menghormati mahkamah kerana ingkar untuk menyerahkan pasport pada 21 November lalu. Untuk rekod, Pada 15 Oktober lalu, Mahkamah Tinggi di sini membenarkan permohonan Rosmah agar pasportnya dikembalikan bagi membolehkan beliau ke…
Author: Admin Soleh
Tok Siak Diikat Dalam Masjid Oleh 2 Lelaki Bertopeng. |KAMPAR: Siak Masjid An-nur di sini berdepan detik cemas apabila diikat kaki dan tangan oleh dua lelaki bertopeng yang memecah masuk ke dalam masjid itu pagi ini. Ketua Polis Daerah, Superintenden Mohamad Nazri Daud berkata, suspek yang masing-masing berusia lingkungan 30-an dan bersenjatakan besi itu turut melarikan empat tabung masjid dalam kejadian pada pukul 4.45 pagi. “Kejadian berlaku ketika mangsa berusia 65 tahun itu baru tiba di masjid dan mahu mencari penyapu di bahagian tempat berwuduk sebelum ternampak sosok seseorang di sebalik tiang. “Mangsa yang ke arah tiang kemudian terkejut dengan…
Ini Penjelasan Menteri Tentang Fungsi NADMA. | Puchong: Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) bertanggungjawab menyelia dan membantu pihak berkuasa peringkat daerah serta negeri untuk mengurus bencana sekiranya diperlukan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas), Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad berkata, apabila sesuatu bencana berlaku, pihak berkuasa di lapangan, misalnya pegawai daerah adalah pihak yang menjadi Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah. Katanya, kuasa itu diperturunkan kepada mereka selaras arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) No 20 (Dasar dan Mekanisma Pengurusan Bencana Negara). “Jadi sebagai contoh di daerah Baling, Kedah jika berlaku banjir maka pegawai daerah di situlah yang kena mengurus semua…
Tak Benar Bahas Isu Banjir. Ini Penjelasan YDP Dewan Rakyat. |PETALING JAYA: Adalah tidak wajar menjadikan Dewan Rakyat seperti kedai kopi dengan membangkitkan apa sahaja isu dengan sewenang-wenangnya tanpa mematuhi Peraturan Mesyuarat. Malah, apa yang mendukacitakan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun, tiada satu usul dibuat mana-mana ahli Parlimen untuk membahaskan isu banjir ketika persidangan kelmarin. Justeru, beliau menolak sekeras-kerasnya dakwaan kononnya menolak usul untuk membahaskan isu banjir. “Dewan Rakyat sepatutnya mendengar pembentangan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin mengenai Rang Undang-Undang Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Pindaan ) 2021. Namun demikian, pembentangan tidak dapat dilakukan kerana…
Rumah Musnah Akibat Banjir. Ini Kata-Kata Ebby Yus Buat Ramai SEBAK. |Kuala Lumpur: Pelawak Ebby Yus berharap mangsa-mangsa banjir yang ditimpa musibah agar terus kuat dan reda dengan ujian yang berlaku. Ebby berkata, dia sudah berlapang dada apabila kediaman miliknya yang masih dalam pembinaan di Hulu Langat, Selangor dan hanya tinggal 10 peratus untuk disiapkan musnah akibat banjir, Sabtu lalu. “Semua orang ada impian serta keinginan. Tiada seorang pun ingin mencari atau berjumpa dengan masalah tetapi adakah kita setiap hari hanya berfikir mengenai indah dan nikmat sedangkan kita lupa bahawa setiap keburukan serta kesakitan itu juga datang daripada Allah. “Kenapa…
Persoal Bantuan Lambat Sampai. Ini Luahan Anggota Bomba Buat Ramai Setuju. | PETALING JAYA: “Kami sedaya upaya membantu mengeluarkan mangsa banjir, dengan segala apa yang kami ada. Kalau tiada bot, kami guna sampan. Kalau tiada sampan, kami sanggup dukung dan pikul mangsa sehingga ke tempat selamat. Kami tiada masa untuk merakam video atau mengambil gambar ketika bekerja kerana kami sememangnya tiada masa untuk berbuat demikian,”. Itu luahan Pegawai Operasi Zon 4 Selangor (Hulu Langat) Jabatan Bomba Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Penolong Penguasa Bomba Mohamad Akmal Mohamad Khairi terhadap segelintir dakwaan orang ramai yang mempersoalkan bantuan lambat tiba semasa banjir melanda…
Banjir : Mayat Kanak-Kanak Lelaki Ditemui Bawah Timbunan Kayu. | Bentong: Satu mayat kanak-kanak lelaki belum dikenal pasti identiti ditemukan dalam timbunan kayu kira-kira 800 meter dari Bobby Eco Farm Resort, di sini, hari ini. Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Ismail Abdul Ghani berkata, pasukan penyelamat menemui mayat mangsa pada 10.30 pagi tadi. Katanya, operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilakukan secara ‘sweep searching’ dan ‘fan searching’ di kawasan sisa-sisa kayu di kawasan pencarian Seksyen 3. “Mayat mangsa berjaya dikeluarkan dari timbunan kayu-kayu yang dihanyutkan arus dengan kaedah pemugaran dan pengalihan sisa-sisa kayu. “Ia diserahkan kepada…
Bos Mydin Cerita Keadaan Sebenar Ketika Premis Dipecah Masuk. |PETALING JAYA: Mereka yang memecah masuk premis Mydin kelmarin dikatakan berniat melakukan rompakan apabila bersenjatakan pisau dan parang selain membawa lari barang bukan keperluan, kata Pengarah Urusan Mydin, Ameer Ali Mydin. Beliau berkata, mereka juga bukan mencuri barang-barang makanan yang boleh dimakan tetapi mengambil barangan elektrik dan pelbagai barangan lain yang berharga seperti jam, peralatan komputer dan sebagainya di tingkat satu kedai berkenaan. “Melihat barang-barang yang dicuri, mereka menceroboh (kedai) bukan untuk makanan tetapi masuk untuk mencuri,” katanya menganggarkan nilai kecurian antara RM200,000 hingga RM300,000 selepas dinilai kakitangan Mydin, menurut laporan…
Lelong Aset Dan Barang Sajat. Pembida Dapat Durian Runtuh. | PETALING JAYA- Pemenang lelongan aset dan barang usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman disifatkan mendapat durian runtuh apabila memenangi sesi bidaan dengan bayaran harga serendah RM42,000 . Sebelum ini, lelongan harta usahawan itu menutup bidaan pada harga RM132,000, namun gagal menerima pembayaran selepas pemenangnya menghilangkan diri. Peguam Nurul Hafidzah Hassan berkata, seramai tiga pembida menyertai lelongan tersebut yang dilakukan untuk kali kedua pada hari ini. “Sesi lelongan itu dimulakan dengan bukaan harga RM60,000, namun diturunkan kepada RM50,000 dengan kenaikan sebanyak RM5,000 untuk setiap bidaan. “Bagaimanapun, tiada pembida yang membuat bidaan…
Suruh Isteri Letak Gambar Nikah Jadi Wallpaper Sblm Hilang Dlm Banjir. | Sepang: “Arwah suami sarankan saya letak gambar kami ketika bernikah sebagai ‘wall paper’ telefon pintar ketika menghantar saya ke tempat kerja di Nilai, Negeri Sembilan pagi Sabtu sebelum dia dilaporkan hilang petang itu,” kata Siti Haida Aliza. Siti Haida, 26, adalah isteri kepada Muhamad Syafiq Saharuddin, 26, yang ditemui lemas di sebuah tali air berhampiran Desa Salak Pekerti, Kampung Labu Lanjut di sini, semalam. Siti Haida berkata, pagi itu, suaminya bertolak ke Batang Kali, Selangor untuk menghadiri majlis perkahwinan rakan selepas menghantarnya ke tempat kerja. Menurutnya, dia tidak…
