Rezeki Terpijak. Wanita Jumpa Muntah Ikan Paus. | KEMAMAN – Seorang pengusaha kedai makan tidak menyangka mendapat ‘rezeki terpijak’ apabila menemui objek menyerupai ketulan lilin dipercayai muntah ikan paus bernilai ratusan ribu ringgit di Marang baru-baru ini. Aida Zurina Long, 41, berkata, dia terjumpa objek itu sewaktu memancing bersama ahli keluarganya berhampiran Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Marang pada pukul 11 malam, akhir bulan lalu. Dia berkata, pada mulanya, dia mengalihkan objek terapung berhampiran kawasan memancing mereka ke tebing sungai dengan sebatang kayu kerana menyangka ia sampah. “Oleh kerana perasaan ingin tahu, saya kembali ke lokasi itu pada keesokan…
Author: Admin Soleh
Pekerja Kelab Malam Ditemui Mati Tikam Paha Sendiri. | Kuala Lumpur: Pekerja sebuah kelab malam ditemui maut selepas dipercayai menikam diri sendiri dalam kejadian di Taman Usahawan Kepong di sini, awal pagi hari ini. Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, polis menerima laporan kejadian daripada orang awam pada 3.57 pagi. Menurutnya, sepasukan polis ke lokasi dan menemui lelaki berusia 49 tahun itu dalam keadaan terbaring atas lantai dan berlumuran darah. “Berdasarkan siasatan daripada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) premis berkenaan didapati lelaki itu bersama dua rakan sekerja minum minuman keras selepas menutup operasi premis pada 12…
Merajuk Dengan Kekasih. Tindakkan Lelaki Ini Buat Ramai Orang MARAH. |JAKARTA – Gara-gara bertengkar dengan teman wanitanya, seorang lelaki nekad berbaring di tengah jalan raya dan enggan bangun meskipun berulang kali dipujuk, lapor laman berita Suara.com hari ini. Menerusi satu klip video yang dikongsikan di laman Instagram, lelaki berseluar pendek itu dilihat berbaring di atas sebatang jalan secara tiba-tiba. Daripada reaksinya, dia kelihatan sedang bertengkar dengan seorang wanita bertudung yang membawa sebuah beg galas. Wanita itu kemudiannya dilihat cuba memujuk lelaki berkenaan, namun dia enggan bangun dari atas jalan dan terus berbaring tanpa menghiraukan orang yang lalu-lalang. Tidak lama selepas…
Terjun Tasik Cermin. Ini Tindakkan Datuk Bandar Ipoh. | Tasik Cermin di Ipoh yang sering menjadi tumpuan pelancong kerana keindahan alam semula jadinya, ditutup bermula hari ini gara-gara tular video menunjukkan seorang lelaki terjun ke dalam tasik berkenaan. Datuk Bandar Ipoh Datuk Rumaizi Baharin berkata kawasan tersebut ditutup sehingga siasatan kes itu selesai dijalankan dan pembukaan semula untuk kunjungan pelancong akan diumumkan kepada orang ramai. “Majlis Perbandaran Ipoh (MBI) telah menubuhkan satu pasukan khas bagi menyiasat kejadian itu dan kes masih dalam siasatan lanjut,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini. Katanya identiti pelaku masih dalam siasatan dan tindakan…
Ini Teguran TS Rais Yatim Kepada Menteri Dalam Negeri. | KUALA LUMPUR: Yang di-Pertua Dewan Negara, Tan Sri Rais Yatim hari ini menegur Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin yang didapati tidak pernah hadir ke sidang Dewan Negara pada penggal ini. Teguran itu dibuat Rais ketika menjemput Timbalan Menteri Dalam Negeri II, Datuk Jonathan Yasin menjawab soalan jawab lisan. “Saya nak komen sedikit sahaja, YB Menteri (Hamzah) tidak pernah datang ke Dewan (Negara). Sampaikan salam,” ujarnya. Ketika dihubungi, Rais mendedahkan Hamzah tidak pernah hadir sejak Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen Keempat Belas yang bermula 13 September lalu. “Saya perlu…
Penduduk Kampung Terkejut Air Sungai Bertukar Hijau. | LIPIS – Keadaan air Sungai Kechau Tui di sini yang bertukar menjadi hijau dengan tiba-tiba sejak semalam mengejutkan penduduk setempat. Seorang penduduk Kampung Kechau Tui, Azman Ismail,55, berkata kejadian pertama kali berlaku itu melibatkan sungai sepanjang kira-kira tiga kilometer mula disedari penduduk awal pagi semalam. “Kami terkejut apabila melihat air sungai berkenaan berwarna hijau dan mengalir terus ke Sungai Jelai. “Mungkin bahan kimia kerana kalau sisa perlombongan ia biasanya berwarna keruh dan paling teruk pun berwarna hitam,”katanya di sini hari ini. Menurutnya, penduduk kampung telah melaporkan kejadian kepada pihak berkuasa untuk pemantauan…
NGERI. Remaja Orang Asli Diserang Beruang Ketika Mencari Kayu. | Sungai Siput: Remaja Orang Asli cedera selepas diserang binatang buas dipercayai beruang ketika mencari kayu di hutan berhampiran rumahnya dekat Lasah, di sini, petang tadi. Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superintendan Mohd Khaizam Ahmad Shahabuddin berkata, pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian itu kira-kira jam 4 petang tadi oleh anggota Balai Polis Lintang. Beliau berkata, maklumat pertama diperoleh bersumberkan anggota terbabit yang kebetulan terlihat remaja lelaki itu dalam keadaan mengalami luka teruk ketika dibawa ke Klinik Kesihatan berhampiran. Mohd Khaizam berkata, berdasarkan penceritaan mangsa berusia 18 tahun itu, dia mendakwa diserang binatang…
Seorang Profesor Bunuh Isteri Dan 2 Anak Kerana Takut Omicron. | Bangalore: Takutkan varian Omicron menyebabkan seorang profesor perubatan di India membunuh isteri dan dua anaknya bagi ‘membebaskan’ mereka daripada kesakitan. Kejadian ngeri itu dilapor berlaku di Apartmen Divinity di Indiranagar, timur Bangalore dengan tertuduh dikenali Dr Sushil Kumar. Profesor perubatan forensik bertugas di Kolej Perubatan Rama itu turut menghubungi adik lelakinya selepas insiden dan memintanya memaklumkan kejadian kepada pihak polis. India Times melaporkan mangsa adalah isteri Sushil, Chandraprabha, 48, anak lelaki, Shikhar, 18 dan anak perempuan mereka yang berusia 10 tahun. Polis menemui nota dipercayai ditulis Sushil yang berbunyi,…
Kes DS Najib Razak. Ini KOMEN Tun Mahathir Yg Mengejutkan. | PETALING JAYA: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini secara sinis berkata, negara dijangka mecipta rekod dengan melantik banduan sebagai Perdana Menteri. Kenyataan sinis tersebut dibuat selepas keputusan mahkamah yang membenarkan permohonan Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Tun Razak menangguhkan hukuman ekoran kesalahan salah guna kuasa, pecah amanah dan pengubahan wang haram dana SRC International Sdn. Bhd. “Alhamdulillah. Malaysia mungkin buat rekod sekali lagi kerana banduan dianugerah jawatan Perdana Menteri. Jika dia menang dan sekali lagi jadi ahli Dewan Rakyat, apakah dia boleh jadi Perdana Menteri…
DS Najib Razak Kecewa Dgn Keputusan Mahkamah. Ini Puncanya. | Bekas perdana menteri Najib Razak berkata dia sangat kecewa dengan keputusan Mahkamah Rayuan hari ini yang mengekalkan sabitan bersalahnya dalam kes salah guna kuasa, pecah amanah dan pengubahan wang haram dana SRC International Sdn Bhd (SRC). Dia juga menyatakan sudah memberi arahan kepada pasukan peguam belanya untuk memfailkan rayuan ke Mahkamah Persekutuan secepat mungkin. Menegaskan kedudukannya sebagai orang Islam, Najib yang juga ahli parlimen Pekan juga sekali lagi menegaskan bahawa dia tidak bersalah seperti yang dipertuduhkan. “Pertama saya nak nyatakan bahawa saya amat kecewa dengan keputusan Mahkamah Rayuan berikutan keputusan…
