Bayi Perempuan Usia 4 Bulan Meninggal Dunia. | SEREMBAN: Seorang bayi perempuan berusia empat bulan berada dalam keadaan lemah dan wajahnya pucat ketika berada di bawah jagaan pengasuh sebelum disahkan meninggal dunia di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ), di sini petang semalam. Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, dalam kejadian pada pukul 4.40 petang, ibu mangsa yang berada di tempat kerja menerima panggilan telefon daripada pengasuh yang memintanya datang segera kediamannya di Perumahan Tentera Kem 15 RAMD Taman Tuanku Jaafar, Senawang di sini kerana bayi itu dalam keadaan sangat lemah. “Sebaik sahaja tiba, ibunya mendapati keadaan kulit wajah…
Author: Admin Soleh
Ini Keputusan Mahkamah Rayuan Terhadap DS Najib Razak. | PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan di sini sebentar tadi sebulat suara mengekalkan sabitan salah atas tujuh pertuduhan membabitkan penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn. Bhd. selepas menolak rayuan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Panel tiga hakim yang diketuai Datuk Abdul Karim Abdul Jalil dan bersidang bersama-sama Datuk Has Zanah Mehat dan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera sebulat suara memutuskan demikian selepas mendapati rayuan Ahli Parlimen Pekan itu tidak mempunyai merit. Mahkamah turut mengekalkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta yang dikenakan terhadap Najib sebelum ini atas…
Kanser Hilang Selepas Menderita 11 Tahun. Ini Luahan Elyana. |PETALING JAYA: Setelah 11 tahun menderita kanser limfoma tahap empat, penyanyi Elyana akhirnya menarik nafas lega apabila kanser tersebut disahkan hilang dari badannya. Berita yang cukup menggembirakan itu dikongsikan penyanyi itu sendiri menerusi satu entri di Instagramnya baru-baru ini. “Assalamualaikum rakan dan keluarga di Instagram. Hari ini saya ingin berkongsi rasa gembira dan bersyukur saya dengan anda semua. “Perjuangan dan penantian selama 11 tahun saya berhasil! Kanser saya hilang! “Alhamdulillah ya Allah, terima kasih ya Allah, kau telah mendengar doa kami. Tak dapat saya gambarkan perasaan gembira saya. Terlalu lama tak…
Lelaki Bunuh Isteri Dan 3 Anaknya Kerana Sijil Vaksin. | BERLIN: Seorang lelaki Jerman membunuh isteri dan tiga anaknya sebelum membunuh diri dengan meninggalkan nota yang menjelaskan dia takut dipenjarakan kerana memalsukan pas kesihatan COVID-19, kata pendakwa raya. Kesemua lima mayat ditemui di rumah keluarga itu di Koenigs Wusterhausen di luar Berlin pada Sabtu, kata pendakwa raya negeri Brandenburg. Menerusi nota berkenaan, lelaki berusia 40 tahun itu menjelaskan dia mendapatkan pas vaksin COVID-19 palsu untuk isterinya. Bagaimanapun majikan isterinya mengesan penipuan itu dan merancang untuk menyiasat, jurucakap pendakwa raya, Cottbus Gernot Bantleon memberitahu AFP. “Lelaki itu menjangkakan dia dan isterinya…
Seorang Lelaki Ditemukan Mati Dalam Longkang Selepas Mengamuk. | Sungai Petani: Seorang lelaki yang mengamuk tanpa diketahui punca ditemukan mati dalam longkang belakang rumahnya di Taman Dahlia, di sini, malam tadi. Dalam kejadian jam 7.35 malam itu, lelaki berusia 31 tahun terbabit disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian selepas pemeriksaan dilakukan kakitangan hospital. Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, polis pada mulanya menerima panggilan daripada seorang lelaki yang mengatakan jirannya sedang mengamuk di belakang rumah. Menurutnya, lelaki berkenaan diberitahu isterinya berhubung kelakuan jiran mereka yang sebelum itu meracau seorang diri dan membuat bising di luar…
Seorang Bekas Komando Ditemukan Meninggal Dunia Dirumahnya. | REMBAU: Seorang bekas komando ditemukan meninggal dunia di rumahnya di Kampung Chuai Ulu, di sini, pagi tadi. Kamarudin Sharif, 68, ditemukan sudah tidak bernyawa oleh sepupunya, Abdul Manap Dahalan, 61, selepas dimaklumkan oleh jiran yang terhidu bau busuk dari dalam rumah berkenaan. Menurut Abdul Manap, sepupunya itu tidak berkahwin dan menetap seorang diri di rumah berkenaan sejak bersara dari perkhidmatan tentera. “Sudah lebih seminggu saya tidak nampak arwah. Namun dua tiga hari lalu, saya sudah mula berasa tidak sedap hati. “Sebaik sahaja menerima panggilan dari jiran arwah sekitar pukul 11.30 pagi saya…
Kuasa Viral. Akhirnya 2 Marshal Serah Diri Dan Motosikal Dirampas. | Baru-baru ini tular rakaman memaparkan individu menaiki motosikal berkuasa tinggi melakukan aksi marshal dipercayai di Port Dickson. Kejadian dikatakan berlaku pada 6 Disember 2021 (Selasa) kira-kira jam 12:45 tengah hari hingga 2:30 petang. Dalam Kenyataan Media YDH Ketua Polis Daerah Port Dickson, dua Lelaki berbangsa Melayu dipercayai terlibat dalam rakaman aksi marshal tersebut telah hadir menyerahkan diri di Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Port Dickson. Ketua Polis Daerah Port Dickson, Supritendan Aidi Sham bin Mohamed dalam kenyataannya memaklumkan kedua-dua lelaki berusia 45 dan 49 tahun dengan salah seorang…
Pesara Tentera Maut Dipukul Dan Dipijak Oleh Anak. | CYBERJAYA – Seorang pesara tentera berusia 73 tahun maut selepas dipukul dan dicederakan oleh anak lelakinya yang juga pesakit mental dalam kejadian pada Rabu lalu. Dalam kejadian di Kampung Jenderam Hulu, Dengkil itu, suspek berusia 48 tahun dikatakan turut memijak kepala dan muka mangsa selain mencederakannya dengan pisau pemotong kek. Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, siasatan mendapati, suspek dikatakan hilang kawalan sebelum mengamuk dan memukul mangsa. Beliau berkata, suspek dikatakan sudah lama tidak mengambil ubat penenang menyebabkan tingkah lakunya sukar di kawal sehinggalah bertindak…
Rumah Berharga RM7.61 Juta Hangus Dalam Kebakaran Kerana Ular. | MARYLAND: Seorang penduduk di Maryland yang cuba mengusir keluar ular daripada rumahnya dengan menggunakan asap dari bara api, dilaporkan secara tidak sengaja membakar kediamannya. Tindakan pemilik rumah berkenaan menyebabkan kediamannya bernilai AS$1.8 juta (RM7.61 juta) di Dickerson, Maryland itu hangus dalam kebakaran. Lapor Daily Mail, pegawai penyiasat berkata, pemilik itu menggunakan arang untuk menyalakan api dalam usaha mengusir reptilia tersebut, namun tanpa disedari meletakkannya terlalu dekat dengan bahan mudah terbakar lalu mencetuskan kebakaran. Kejadian kebakaran itu berlaku pada 23 November lalu, kira-kira pada pukul 10 malam (waktu tempatan). Memetik laporan…
Seorang Wanita Ditemukan Maut Dengan Kesan Kelar. | GEORGETOWN: Seorang wanita warga Indonesia ditemukan maut dengan empat kesan kelar di bahagian badan termasuk di bahagian leher sepanjang 13 sentimeter di Apartment Sri Nipah, Sungai Nibong, di sini,malam tadi. Dalam kejadian kira-kira pukul 11.30 malam itu, mayat mangsa ditemukan berlumuran darah oleh dua lelaki warga Bangladesh yang merupakan penyewa di unit kediaman tersebut sebelum memaklumkan kepada polis. Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, unit kediaman tersebut mempunyai tiga buah bilik yang disewa tiga lelaki Bangladesh. “Seorang penyewa lelaki warga Bangladesh berusia 37 tahun yang disyaki suspek utama…
