KL City Juara Piala Malaysia. Ini Respon TMJ Di Twitter. | PETALING JAYA – Kemenangan bersejarah pasukan Kuala Lumpur City (KL City) menjulang trofi Piala Malaysia menundukkan juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT) dengan keputusan 2-0 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, semalam pastinya meninggalkan kesan mendalam buat penyokong kedua-dua pasukan. Walaupun perlawanan sudah berakhir namun drama penyokong kedua-dua pasukan masih berterusan sehingga kini. Ada juga penyokong yang mencuri tumpuan apabila sengaja ‘mengusik’ pemilik kelab JDT, Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim. Menerusi satu hantaran di laman sosial Twitter oleh @khairizulfadhli, beliau mentertawakan pasukan kesayangan TMJ tersebut kerana tewas…
Author: Admin Soleh
Ain Dan Bapa Disaman Guru Berhubung Isu Jenaka R#g0l. | Satu saman fitnah difailkan ke atas pelajar tingkatan lima, Ain Husniza Saiful Nizam, yang sebelum ini menarik perhatian ramai dengan hantaran TikToknya mengenai jenayah rogol yang dijenakakan. Melalui ciapan hari ini, bapa pelajar terbabit, Saiful Nizam Ab Wahab, mendedahkan writ saman berkenaan dia bersama Ani Husniza sebagai defendan. “Kami telah menerima writ saman fitnah dan pernyataan tuntutan daripada Khairul Nizam Sanuddin (guru PJPK SMK Puncak Alam) yang telah difailkan di mahkamah Shah Alam pada 26hb November 2021,” ciapnya petang tadi. Mengiringi ciapan Saiful Nizam itu ialah tanda pagar #MakeSchoolASaferPlace (Jadikan…
PM Lantik Penasihat Agama. Ini Respon Menteri Agama.| SEPANG – Pelantikan penasihat agama kepada Perdana Menteri tidak menyebabkan pertindihan peranan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga hal ehwal agama. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Idris Ahmad berkata, beliau percaya penasihat agama untuk Perdana Menteri mempunyai peranan bidang lain yang berbeza. “Mungkin penasihat agama ada bidang yang lain. itu dilantik oleh Perdana Menteri sendiri. Benda ini bukan baru, dari dahulu dah ada. “Mungkin penasihat agama baru dilantik tersebut ada peranan bidang yang lain. Oleh sebab itu, pelantikan dibuat oleh Perdana Menteri sendiri. Perkara ini bukan baru,” “(Peranan) saya lebih…
3 Personaliti Media Sosial Dipenjara Lebih Tiga Tahun. Ini Puncanya. | MOSCOW: Tiga personaliti media sosial di Rusia dikenakan hukuman penjara lebih tiga tahun selepas didapati melakukan prank melampau terhadap seorang pemandu e-hailing dengan berpura-pura mencuri keretanya. Lapor Oddity Central, pada Mac lalu, tiga influencer tersebut memutuskan untuk melakukan prank itu dan merakam serta memuat naik video berkenaan di laman media sosial. Ketika kejadian, tiga individu tersebut menghubungi syarikat perkhidmatan e-hailing kononnya mahu menempah kereta untuk melakukan perjalanan. “Apabila kereta sudah sampai, dua individu itu masuk ke dalam kereta dan meminta pemandu untuk membantu seorang lagi rakan yang sedang meletakkan…
Isu Mandi Safar. Ini Respon Timbalan Menteri Agama. | PUTRAJAYA – Semua pihak termasuk pihak berkuasa agama dan pendakwah digesa bekerjasama dalam membanteras dan menghentikan polemik mandi Safar. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata, pihak tersebut juga diseru menyebarkan kepada masyarakat iktikad yang benar mengenai musibah dan bala bencana. Menurutnya, ia tidak berlaku disebabkan kesialan tahun, bulan, minggu, hari atau masa yang tertentu, tetapi dengan kehendak dan izin ALLAH SWT sebagaimana firman-Nya dalam surah al-Taghabun ayat 11. “Amalan mandi Safar yang berasaskan kepercayaan bulan Safar sebagai bulan pembawa musibah atau bala adalah…
Persatuan Pengguna Terima Lebih 100 Aduan Makanan Mahal Di Kedah. | ALOR SETAR: Persatuan Pengguna Kedah (CAKE) meminta pengguna memboikot kedai yang menjual makanan yang mahal dan memilih kedai yang lebih murah. Setiausaha CAKE, Mohd Yusrizal Yusoff, berkata setakat ini pihaknya menerima lebih 100 aduan daripada pengguna berkaitan kenaikan harga makanan serta bahan mentah di negeri ini. Kebanyakan aduan adalah berkaitan makanan di kedai makan terutama di daerah Kota Setar dan Kuala Muda. “Selain aduan berkaitan harga ikan siakap mahal di Langkawi, kita juga menerima maklumat berkaitan harga roti canai sekeping RM4 di pulau itu. “Harga itu tidak masuk akal…
“Jangan Pilih Saya”. Ini Penjelasan Tengku Razaleigh Hamzah . | Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah percaya kerjaya politiknya akan tamat pada pilihan raya umum (PRU) akan datang. Razaleigh mewakili Gua Musang (dan pendahulunya, Ulu Kelantan) di Dewan Rakyat sejak 1974, yang merupakan perkhidmatan berterusan paling lama di Parlimen, kerana Dr Mahathir Mohamad dan Lim Kit Siang yang pertama kali dipilih masing-masing pada 1964 dan 1969, tidak berkhidmat secara berterusan di satu-satu parlimen. Sebelum itu, Razaleigh, kini 84, berkhidmat sepenggal di DUN Kelantan. Bagaimanapun, dia memberitahu bahawa khidmatnya akan berakhir. “Saya dah banyak kali cakap perkara ini. Dua pilihan…
Seorang Lelaki Maut Dalam Pergelutan Di Perak. Ini Puncanya. | IPOH: Pertengkaran empat lelaki berhubung kes kecurian pembesar suara mudah alih berakhir dengan kematian seorang daripada mereka dalam kejadian di pasar pagi Flat Ashby Road, Sungai Senam, di sini hari ini. Dalam kejadian kira-kira pukul 7 pagi itu, Muhammad Noor Faqih Mohamed Ariffin, 29, maut dalam pergelutan bersama suspek yang juga membabitkan dua beranak. Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, kejadian itu dipercayai berlaku ekoran suspek tidak berpuas hati dengan mangsa yang dikatakan mencuri pembesar suara milik seorang daripada mereka. Katanya, berlaku pertengkaran mulut yang kemudian mengakibatkan pergelutan…
Harga Barang Naik Mendadak. Ini Komen DS Najib Razak. | PETALING JAYA: Najib Razak berkata beliau sudah pun memberi amaran pada awal tahun ini bahawa dasar kerajaan Perikatan Nasional (PN) akan menyebabkan inflasi lebih tinggi pada bulan seterusnya, sekali gus menepis dakwaan beliau tidak mahu berdebat mengenai isu kenaikan harga barang yang semakin membarah. Bekas Perdana Menteri itu mendakwa, kenaikan mendadak harga barang ketika ini berpunca daripada dasar fiskal, buruh dan ekonomi kerajaan PN sejak tahun lalu serta “lockdown” separuh masak yang dilaksanakan begitu lama mengakibatkan kekurangan bekalan dan perubahan permintaan yang tidak konsisten. Katanya, sejak Februari beliau sudah memberi…
5 Individu Ditahan Polis Akibat Bertumbuk Di Jalan Raya. | AMPANG – Akibat bertumbuk di jalan raya sambil membawa senjata berupa gergaji dan payung menyebabkan lima individu ditahan di dua lokasi berasingan di Taman Bukit Teratai dan Taman Pandan Mewah, dekat sini malam tadi. Empat lelaki dan seorang wanita tempatan berumur antara 16 hingga 48 tahun yang terdiri daripada pemandu dan penumpang kereta Perodua Myvi dan lori ditahan antara pukul 7.30 malam hingga 9 malam oleh sepasukan polis daerah. Turut dirampas sebuah lori dan sebuah kereta jenis Perodua Myvi serta senjata-senjata yang digunakan semasa kejadian. Ketua Polis Daerah Ampang Jaya,…
