Author: Admin Baik

Khairul Hafizi atau lebih dikenali sebagai Admin Baik merupakan seorang penulis blog yang sangat berpengalaman. Beliau pernah mendapat anugerah penulis Ghost Writer terbaik pada tahun 2021.

Isu Wanita Hina Islam Burukkan Nama Kuala Kangsar – Rani Kulup | KUALA KANGSAR: Tindakan seorang wanita yang didakwa menghina Islam dengan ‘membuka baju’ dan menyebut dirinya berasal dari Kuala Kangsar disifatkan telah mencemarkan nama Bandar Diraja Negeri Perak itu. Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah (MJMM), Abdul Rani Kulup Abdullah berkata insiden video wanita itu yang tular ketika umat Islam sedang menyambut Hari Raya Aidiladha juga dilihat satu tindakan menghina agama. “Dia pun sebut dia orang Kuala Kangsar. Mana dia dan keluarga dia nak letak muka? Kalau saya, saya tak akan balik ke sini lagi ke 40 tahun kerana malu…

Read More

Ini Update Terkini Isu Tular JPJ Main Telefon & Minta Pergi Kaunter Lain. | Isu mengenai dakwaan pelanggan tidak berpuas hati dengan seorang pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Bundusan, Sabah kerana enggan memproses dokumen kenderaan, sudah diselesaikan secara baik. Pelanggan yang dikenali sebagai Qiau Wei berkata, dia sudah berjumpa dengan pegawai JPJ tersebut untuk menyelesaikan berkaitan isu itu pada Rabu. “Pegawai tersebut telah memohon maaf dan saya dengan seikhlas hati juga menerima permohonan maaf tersebut. “Kami anggap perkara ini sudah selesai dan saya akan memadamkan dakwaan yang dimuat naik dalam Facebook berkaitan pegawai tersebut,” katanya dalam kenyataan di Facebooknya pada…

Read More

Syarikat Milik ‘Datuk Seri’ Diserbu SPRM. Ini Puncanya.. | PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyerbu beberapa syarikat milik seorang ahli perniagaan bergelar “Datuk Seri” yang terbabit dalam pengambilan pekerja asing dari Bangladesh. Sumber memberitahu, serbuan dilakukan di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor, serta syarikat berkenaan terbabit dalam membangunkan satu sistem pengurusan pendaftaran pekerja asing. Belum ada tangkapan dibuat setakat ini, tetapi sumber tidak menolak kemungkinan beberapa individu akan ditahan bagi membantu siasatan. Sumber itu berkata, Putrajaya pada 2015 bersetuju menggunakan sistem berpusat yang dibangunkan syarikat terbabit dan ini membabitkan memorandum persefahaman (MoU) dengan beberapa negara, termasuk Bangladesh. Katanya,…

Read More

Yasin Syukur Terlepas Hukuman Gantung, Ini Hukuman Yang Bakal Dihadapi | PETALING JAYA – Syukur, demikian reaksi penyanyi nasyid dan komposer, Muhammad Yasin Sulaiman selepas Mahkamah Majistret di sini melepas tanpa membebaskannya daripada tuduhan mengedar dadah berbahaya jenis ganja, pada Rabu. Yasin berkata, keputusan itu merupakan satu perkembangan positif bagi dirinya. “Alhamdulillah, saya mengikut proses dan peruntukan undang-undang sedia ada dan saya amat bersyukur dengan keputusan ini. “Tidak lupa juga ucapan terima kasih saya kepada rakan dan keluarga yang banyak memberikan sokongan, merekalah sumber kekuatan utama saya,” katanya kepada media ketika ditemui di pekarangan Mahkamah Majistret di sini, pada Rabu.…

Read More

‘Musang King’ Punca Banjir? Ini Respon MP Baling | BALING – Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berharap projek tanaman durian musang king di Gunung Inas di sini dihentikan, selepas ia didakwa sebagai antara punca kejadian banjir dan fenomena kepala air yang berlaku di beberapa buah kampung di daerah ini, petang semalam. Beliau berkata, sebelum ini pihaknya yang mewakili penduduk di kawasan sekitar telah menghantar memorandum bantahan projek itu kepada Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor. “Saya mewakili penduduk sudah membawa memorandum bantahan yang ditandatangani oleh 900 penduduk sekitar berserta dengan nombor kad pengenalan mereka,…

Read More

Tular Video Perlakuan Tak Senonoh Di Kedai Makan. Ini Tindakan JHEAT | Kuala Terengganu: Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) menjalankan siasatan berhubung video tular menunjukkan dua pelanggan lelaki memeluk bahu dan pinggang seorang wanita di sebuah kedai makan di Setiu. Pesuruhjaya JHEAT M Rozi Bidin berkata, pihaknya akan melihat tindakan yang boleh diambil mengikut Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu 2001. “Premis (kedai makan) ini memang dalam pemantauan kita sebelum ia tular lagi dan dakwaan mengatakan JHEAT tak beri perhatian… itu tak betul sebab premis ini sedang dalam pemantauan. “Kita tak akan biarkan benda-benda atau perkara yang tidak baik,…

Read More

(Ada Video) Bayi ‘Tercicir’ Atas Jalan Raya Ketika Buat U-Turn Undang Kerisauan Netizen | Sudah menjadi tanggungjawab setiap ibubapa atau penjaga dalam memastikan keselamatan para penumpang khususnya kanak-kanak dan bayi. Dalam pada itu, kata orang malang tidak berbau. Terkadang situasi yang tidak di sangka mampu berlaku sekaligus mengundang panik kepada orang ramai. Terbaharu, tular di media sosial menerusi perkongsian Facebook Aishah Lokman memperlihatkan situasi bayi yang tercicir atas jalan raya sewaktu membuat U-turn di kawasan sekitar Bandar Tasik Puteri, Rawang. Berdasarkan video yang tular, dapat dilihat seorang bayi jatuh tersembam itu telah diselamatkan terlebih dahulu oleh pemandu atau pemilik video…

Read More

Kerajaan Cari Jalan, Tidak Akan Biar Rakyat ‘Ikat Perut’ – PM | PASIR SALAK – Kerajaan tidak akan membiarkan rakyat ‘ikat perut’ dalam isu kenaikan harga barang sebaliknya akan mencari jalan bagi menyelesaikannya, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. “Kerajaan dahulu… rakyat kena ikat perut, tapi (kerajaan sekarang) kita cari kaedah agar rakyat tidak dibebani. Tidak pernah dalam sejarah kita bagi subsidi agar harga tidak naik. “Kita subsidikan harga sebanyak RM77.7 bilion iaitu ayam, bahan api, elektrik, telur, minyak masak dan air. Kita ambil tindakan jangka pendek, sederhana dan panjang untuk memastikan rakyat tidak terbeban dengan kenaikan,” katanya…

Read More

Logo Hari Kebangsaan & Hari Malaysia 2022 Undang Kritikan Ramai | PETALING JAYA – Logo Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2022 yang dilancarkan baru-baru ini menerima kritikan daripada netizen yang menyifatkan ia terlalu ringkas mengambil terus lambang isyarat WiFi. Berdasarkan pemerhatian pada Facebook dan Twitter, netizen turut membuat jenaka selain ada yang membandingkannya dengan logo Hari Kebangsaan tahun-tahun sebelum ini. Selain itu, ada juga pengguna media sosial yang beranggapan bahawa logo tersebut kurang nilai kreativiti kerana berbentuk seperti logo wifi yang diubah warnanya, dan diletakkan tiga buah bulatan. “WiFi melambangkan internet Malaysia yang lembab berbanding negara Asia lain yang sudah…

Read More

Ibu Anak 3 Hilang Semasa Hari Pertama Kerja Di Pasar Raya | MERSING – Seorang lelaki sedang mencari isterinya yang hilang selepas keluar bekerja di sebuah pasar raya di bandar ini pada Rabu. Mohd Saiful Nizam Hasan, 38, menghantar isterinya, Suhaily Mohd Isa, 34, bekerja di pasar raya tersebut pada jam 11 pagi. “Semalam merupakan hari pertama dia bekerja di pasar raya tersebut dan pada jam 6 petang, saya datang untuk menjemputnya pulang tetapi isteri saya tidak muncul sehingga jam 8 malam. “Susulan itu saya bertanya kepada pihak pengurusan pasar raya tersebut tetapi mereka memaklumkan isteri saya tidak bekerja di…

Read More