Masih Pertikai Rawat Anjing Tak Pakai Sarung Tangan? Ini Jawapan Doktor Untuk Sekolahkan Netizen | Kecoh di media sosial apabila masih ada netizen yang mengecam seorang doktor haiwan beragama Islam yang tidak memakai sarung tangan ketika merawat seekor anjing. Ini penjelasan yang padu daripada doktor kepada golongan tersebut. Apa yang menimbulkan rasa tidak puas hati netizen, doktor berkenaan yang beragama Islam tidak memakai sebarang sarung tangan ketika merawat haiwan tersebut. Enggan isu berkenaan diperbesarkan hingga menimbulkan kekeliruan, doktor itu kemudian tampil menjawab mengapa dia tidak memakai sarung tangan. “Kenapa doktor haiwan rawat anjing tak pakai gloves? I hope this will…
Author: Admin Baik
Wanita Mohon Henti Sebar Maklumat Peribadi, Tak Putus Dapat Panggilan Sejak Video Makcik OKU Tular | KUALA NERUS – Wanita yang tular kerana membawa ibu saudaranya menaiki motosikal roda tiga di jambatan angkat atau drawbridge ketika cuaca panas berharap orang ramai berhenti menyebarkan maklumat dirinya kerana ia melibatkan privasi dan keselamatan dia sekeluarga. Dia yang hanya mahu dikenali sebagai Soleh dari Kampung Padang Nenas, di sini berkata, telefonnya tidak berhenti berdering sejak video dan maklumat peribadi seperti nama penuh, alamat serta nombor telefonnya tular di media sosial pada Ahad. “Saya harap orang ramai dapat menghormati privasi kami sekeluarga, jadi saya…
Sijil Vaksinasi Hanya Bertukar Jadi Tidak Lengkap, Bukan ‘Dihilangkan’ | PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan menjelaskan, status vaksinasi Covid-19 hanya bertukar kepada tidak lengkap dan bukannya ‘dihilangkan’ daripada aplikasi MySejahtera bagi penerima vaksin primer Sinovac bermula 1 April ini. Justeru jelas kementerian itu, mesej yang tular di media sosial berhubung perkara itu adalah palsu bagi penerima vaksin jenis tersebut yang masih belum mendapatkan dos penggalak. “Untuk makluman, status vaksinasi Covid-19 hanya akan bertukar menjadi tidak lengkap dan bukan dihilangkan seperti yang dinyatakan dalam mesej tersebut,” jelas Kementerian Kesihatan dalam Facebook hari ini. Sebelum ini, Kementerian Kesihatan menetapkan status vaksinasi semua penerima vaksin…
Jaguh Lompat Tinggi Negara Umum Persaraan Selepas 18 Tahun Harumkan Nama Malaysia | Selepas 18 tahun bergelar atlet olahraga serta tiga penampilan di pentas Sukan Olimpik, Lee Hup Wei akhirnya mengumumkan persaraannya. “Badan saya juga sudah mencapai tahap maksimum dan proses pemulihan juga sangat perlahan. “Jadi saya rasa lebih baik untuk memikirkan perkara di hadapan dan menjadi jurulatih. Mungkin saya boleh membawa atlet muda meraih pencapaian lebih baik selepas ini,” katanya pada sidang media hari ini. Hup Wei berkata, dia sudah lama memikirkan soal persaraan dan pada awalnya bercadang untuk mengumumkannya selepas temasya Sukan Sea Hanoi di Vietnam, Mei depan.…
Elak Pihak Berkuasa, Peniaga Sanggup Sorok Jeruk Dalam Longkang | Johor Bahru: Bagi mengelakkan tindakan pihak berkuasa, sekumpulan penjaja jeruk sanggup menyimpan dan menyorok produk berkenaan di dalam longkang dan berhampiran kawasan loji kumbahan. Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik Johor (KJSPT), Superintendan M Kumarasan berkata, perbuatan itu terbongkar apabila pihaknya mengadakan Ops Khas Penjaja Jalanan di sekitar kawasan Bandar Baru Uda di sini, pada 2.30 petang semalam. Beliau berkata, ia susulan aduan yang diterima oleh masyarakat yang semakin berleluasa di sekitar kawasan Johor Bahru. Menurutnya, operasi yang diketuai PT Penguatkuasa JSPT Johor, Asisten Superintendan Mohd Zainudin Abu Bakar bersama lima…
Wanita Bunuh Diri Dalam Tahanan Polis Lepas Terima Surat Suami | Seorang wanita ditemui mati bunuh diri di sebuah bilik di Pejabat Polis Tipiring II, Kota Denpasar, Bali dipercayai selepas terima surat daripada suaminya. Lapor Kompas.com, polis turut menemukan surat wasiat suami mangsa yang meninggal dunia akibat bunuh diri. Sebelum kejadian, mangsa dikenali sebagai MM, 36, ditangkap oleh Polis Denpasar di Jalan Tukad Bandung, malam sebelumnya. Mangsa kemudian dibawa ke bangunan Tipiring II dan berada dalam keadaan baik serta berkomunikasi seperti biasa. Pihak polis memaklumkan sudah memeriksa wanita itu bagi memastikan dia tidak memiliki objek tajam seperti pisau atau gunting…
Kedah Benar Solat Jemaah Tanpa Penjarakan Fizikal 1 April Ini | Khalifah Media Networks – Kedah membenarkan solat berjemaah dilaksanakan mengikut kapasiti masjid atau surau di seluruh negeri ini tanpa penjarakan fizikal selepas negara memasuki fasa endemik berkuat kuasa 1 April ini. Ia melibatkan solat fardu, solat Jumaat dan solat sunat manakala bagi aktiviti lain selain solat berjemaah, penjarakan fizikal masih diwajibkan. Kebenaran itu turut merangkumi solat berjemaah bagi solat sunat tarawih, tahajud, witir dan lain-lain pada Ramadan ini. Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata, keputusan itu dibuat selepas mendapat perkenan…
Pekerja Pembersihan Maut Dihempap Pokok Yang Ditebang | Seorang lelaki maut selepas dihempap pokok kayu ketika sedang melakukan kerja pembersihan di kawasan Bukit Gemok, Tawau pada Sabtu. Dalam kejadian kira-kira jam 1 petang itu, mangsa Arpah Irwan, 30, dilaporkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Julius John Stephen berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 2.02 petang. Katanya, seramai empat anggota dikejar ke lokasi yang terletak sejauh 17 kilometer dari BBP Tawau. “Difahamkan, ketika kejadian, mangsa bersama beberapa rakan sedang melakukan kerja pembersihan sebelum dihempap pokok yang ditebangnya. “Pasukan bomba kemudian bertindak…
(Ada Video) Pengguna Jalan Raya Gempar Lihat Gajah Melintas Pertama Kali | GUA MUSANG – Tular pada Sabtu satu video pengguna jalan Gua Musang-Kuala Krai berhampiran Kampung Paloh di sini terkejut dengan kelibat seekor gajah melintas di laluan berkenaan. Video berdurasi 22 saat mengenai kejadian itu yang dimuat naik oleh ISKK TV menunjukkan seekor gajah sedang melintasi laluan berkenaan dan sudah ditonton oleh 20,000 pengguna laman sosial berkenaan selain dikongsi sebanyak 101 kali oleh pengguna Facebook. Difahamkan kejadian berkenaan merupakan kali pertama pengguna laluan itu melihat haiwan itu melalui jalan tersebut. Sementara itu Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman…
Berita Baik! Lebih 2 Juta Belia Bakal Terima E-Tunai RM150 | KUALA LUMPUR: Program ePemula yang akan dilancarkan tidak lama lagi, bakal memberi manfaat kepada lebih dua juta belia membabitkan peruntukan sebanyak RM300 juta, kata Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz. Beliau berkata, program e-Pemula ialah Skim Transaksi Tanpa Tunai khas untuk golongan belia berumur 18 hingga 20 tahun dan pelajar sepenuh masa di institusi pengajian tinggi (IPT). “Program e-Pemula akan mengkreditkan RM150 secara ‘one-off’ ke dalam akaun e-dompet golongan belia ini,” katanya pada Bengkel Pengurusan Kewangan My Money & Me sempena Global Money Week 2022 yang…