Tiba-Tiba Rebah, Lelaki Maut Selepas Minum Kopi | Seorang bapa kepada dua anak telah meninggal dunia selepas meminum minuman yang setara dengan bancuhan ratusan cawan kopi, lapor akhbar Mirror UK, kelmarin. Insiden itu berlaku selepas mangsa membuat pengiraan yang salah tentang jumlah kafein yang diambil bagi suplemen kesihatan yang selalu diambilnya. Thomas Anthony Mansfield, 29, meninggal dunia pada 5 Januari tahun lalu selepas tersilap kira jumlah kafein yang berada di dalam minuman pra-senamannya. Hidangan yang disyorkan untuk serbuk kafein seperti yang dinyatakan pada pembungkus ketika itu adalah antara 60 hingga 300 miligram sebanyak dua kali sehari. Bagaimanapun, skala digital yang…
Author: Admin Baik
Sanggup Berjalan Hingga Ke Sempadan Poland Untuk Rakam Dokumentari Perang Ukraine-Rusia | KIEV – Pelakon Amerika Syarikat (AS), Sean Penn mendedahkan bahawa dia telah berjalan beberapa kilometer ke sempadan Poland untuk merakam sebuah dokumentari mengenai pencerobohan Rusia ke atas Ukraine. Lelaki berusia 61 tahun itu berkata, dia dan kru-kru filemnya memutuskan untuk meninggalkan kereta mereka dan meneruskan perjalanan dengan berjalan kaki selepas melihat ribuan penduduk Ukraine menyelamatkan diri dalam barisan sepanjang beberapa kilometer. Menerusi ciapan di laman Twitter kelmarin, Penn menerangkan bagaimana kereta-kereta dipenuhi dengan wanita dan kanak-kanak, dengan satu-satunya harta mereka adalah kenderaan yang mereka naiki. “Saya dan dua…
Pengunjung Teruja Saksikan Fenomena ‘Laut Terbelah’ Di Langkawi | Hampir 200 pengunjung di Pantai Tanjung Rhu, pagi ini teruja apabila berpeluang berjalan kaki sejauh 600 meter di atas beting pasir yang menghubungkan pantai itu ke tiga pulau kecil berhampiran susulan fenomena ‘laut terbelah’ akibat air surut. Pakar Alam Semulajadi Tanjung Rhu Resort Langkawi, Zoher Mustan berkata, aktiviti berjalan menyusuri beting pasir yang berlaku selama dua jam itu dapat dirasai para pengunjung pantai dan resort itu setahun sekali. “Beting pasir ini boleh berlaku di banyak tempat di Malaysia termasuk di Langkawi. Setiap kali bulan penuh, fenomena air surut (akan berlaku) hingga…
Malaysia Tak Layan, Iktiraf Tuntutan Waris Sultan Sulu Bernilai Hampir RM63 Bilion | Kerajaan Malaysia tidak mengiktiraf tuntutan dibuat pihak mendakwa waris kepada Sultan Jamalul Kiram II, melalui satu prosiding timbang tara antarabangsa di Madrid, Sepanyol. Malah, kerajaan tidak mengambil bahagian dalam prosiding timbang tara dikatakan itu kerana Malaysia sentiasa menegakkan dan tidak pernah mengetepikan kekebalan kedaulatannya sebagai sebuah negara berdaulat. Kementerian Luar Negeri dan Jabatan Peguam Negara dalam kenyataan bersama menjelaskan, perkara dalam tuntutan itu bukan bersifat komersial dan tidak boleh dibawa ke prosiding timbang tara, malah Perjanjian 1878 sendiri tidak mengandungi apa-apa peruntukan timbang tara. “Kerajaan Malaysia ingin…
Rusia Akan Hentikan Pencerobohan Di Ukraine. Dengan Syarat… | Presiden Russia, Vladimir Putin, menetapkan syarat untuk mengakhiri pencerobohan Ukraine, ketika perbincangan kedua delegasi Russia dan Ukraine diadakan di Belarus hari ini. Pada masa sama, pemimpin Russia itu terus mengarahkan tenteranya menggandakan serangan, termasuk ke atas sasaran utama, Kyiv manakala puluhan terkorban dalam serangan di berdarah di Kharkiv semalam. Dengan tentera Moscow terus menyerang beberapa bandar Ukraine, negara Barat pula bersiap sedia mengenakan lebih banyak sekatan terhadap Russia, menurut laporan agensi berita. Difahamkan, Putin membentangkan syaratnya untuk mengakhiri perang itu semasa satu panggilan telefon dengan Presiden Perancis, Emmanuel Macron. Menurut Kremlin,…
Banduan Di Ukraine Dibebaskan Untuk Bantu Perang Dengan Rusia | KIEV – Ukraine akan membebaskan banduan yang mempunyai pengalaman tempur sebenar untuk membantu usaha menentang pencerobohan Rusia ketika Moscow mula mara ke bandar utama dan memperhebatkan serangan mereka. Pengumuman itu dibuat Presiden Volodymyr Zelenskyy sehari selepas beliau menjemput warga asing menyertai pasukan tentera mereka untuk memerangi Kremlin. “Sesiapa yang mahu menyertai perjuangan ini boleh berbuat demikian termasuklah banduan yang akan dibebaskan untuk berperang habis-habisan,” ujarnya. Di bawah undang-undang tentera, rakyat negara itu yang mempunyai pengalaman bertempur akan diberi peluang untuk menebus kesalahan mereka di medan perang. “Kami telah mengambil keputusan…
Pelajar Perubatan Ditangkap Tanam Bluetooth Dalam Telinga, Terdesak Mahu Lulus Peperiksaan | New Delhi: Seorang penuntut Sarjana Muda Perubatan di India ditangkap kerana menipu selepas didapati menggunakan peranti Bluetooth ketika menduduki peperiksaan akhir semester. Oddity Central melaporkan, insiden itu berlaku pada 21 Februari lalu ketika 78 penuntut perubatan mengambil bahagian dalam peperiksaan akhir Sarjana Muda Perubatan, Sarjana Muda Pembedahan di Kolej Perubatan Mahatma Gandhi di India. Difahamkan, penuntut terbabit yang tidak didedahkan identitinya itu diterima masuk ke kolej kira-kira 11 tahun lalu, namun gagal dalam peperiksaan akhir beberapa kali sejak beberapa tahun lalu dan itu adalah peluang terakhirnya untuk lulus.…
Jika Semua Senjata Nuklear Meletup, Ini Gambaran Bumi Kesan Impak Letupan | Sebuah saluran di Youtube bernama Kurzgesagt memuat naik sebuah video yang memaparkan gambaran menakutkan yang akan berlaku jika senjata nuklear di seluruh dunia dilancarkan sekali gus, lapor akhbar Daily Star UK, semalam. Video animasi menyeramkan yang ditonton lebih 25 juta kali itu telah dimuat naik tiga tahun lalu. Ia cuba merungkai kesan peperangan nuklear yang mengejutkan. Ia menjadi tular rentetan kenyataan Presiden Rusia, Vladimir Putin yang memberi amaran akan akibat teruk jika mana-mana kerajaan mempertahankan Ukraine. Berdasarkan 15,000 senjata nuklear dunia yang telah dibina menjelang Mac 2019, tiga…
Tindakan Lelaki Ukraine Selamba Alih Periuk Api Guna Tangan Kosong Buat Ramai CUAK | Seorang lelaki Ukraine dengan santai dilihat mengalihkan periuk api anti kereta kebal menggunakan kedua-dua belah tangannya sambil menghisap rokok, lapor akhbar The Sun UK, semalam. Ketika pencerobohan tentera Rusia terus menggegar Ukraine, lelaki yang tidak didedahkan namanya itu dirakam mempertaruhkan nyawanya ketika mengalihkan bahan letupan berkenaan. Lelaki berkot hitam dan berseluar jean itu dilaporkan menemui periuk api darat berkenaan di bandar Berdyansk, lalu dengan tenang mengalihkannya ke dalam hutan. Rakaman menunjukkan orang awam berkenaan mengangkat bahan letupan tersebut menjauhi sebuah jambatan dengan melintasi jalan sambil menghisap rokok.…
Bomba Selamatkan Kanak-Kanak Terperangkap Setengah Jam Dalam Mesin Pengering | KLANG – Seorang kanak-kanak lelaki terperangkap dalam mesin pengering pakaian lebih 30 minit di rumahnya sendiri di Sungai Udang di sini sebelum diselamatkan bomba, hari ini. Kejadian dikatakan berlaku ketika mangsa berusia enam tahun yang mempunyai sindrom hyperaktif itu bermain di dalam mesin tersebut. Pengarah Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis berkata, enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Raja dikejarkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pukul 1.52 petang. Katanya, berdasarkan maklumat awal semasa kejadian terdapat ahli keluarga termasuk ibu bapa mangsa di rumah tersebut. “Anggota bertindak…