Ibu Bapa Bimbang Banjir Ganggu Fokus Anak Untuk Duduki SPM | TINGGAL tiga hari sahaja lagi, peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bakal diadakan pada 2 Mac 2022, yang pastinya akan memberi kerisauan dan kebimbangan terhadap pelajar dan ibu bapa yang berdepan dengan bencana banjir. Pelajar Tingkatan 5, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuala Krai, Kelantan, Mohd Nasrul Ashraf Mohd Nawi berkata, tumpuannya dalam pembelajaran agak terganggu kerana tidak dapat menumpukan perhatian untuk mengulang kaji pelajaran kerana bimbang rumahnya dinaiki air sehingga menyukarkannya untuk mengambil peperiksaan nanti. “Fokus saya sedikit terganggu ketika ini kerana memikirkan apa yang akan berlaku sekiranya hujan lebat…
Author: Admin Baik
Dugaan Di Hari Pernikahan, Pengantin Terpaksa Redah Banjir Ke Majlis Akad Nikah Di Masjid | Seorang pengantin perempuan terpaksa mengharungi banjir beberapa meter untuk menuju ke Masjid Kampung Matang di Hulu Terengganu bagi melangsungkan majlis pernikahannya pagi Sabtu. Zaleha Ahamad, 25, berkata, majlis pernikahan itu sepatutnya diadakan di rumahnya di Kampung Matang, namun terpaksa bertukar lokasi ke masjid itu kerana rumahnya dinaiki air lebih satu meter sejak Jumaat. “Mengikut perancangan asal, selepas bernikah, saya dan suami, Sayed Khalil Khusairi Tuan Hamzah (26 tahun) terus bersanding di rumah namun apakan daya, ia terpaksa dibatalkan. “Tak sangka majlis pernikahan yang sepatutnya menjadi…
Jatuh Cinta Dengan Makanan Malaysia, Lelaki Jepun Buka Restoran Nasi Kandar Pertama Di Jepun | Lelaki Jepun buka restoran nasi kandar pertama di Jepun selepas jatuh cinta dengan masakan itu ketika berkunjung ke Malaysia. TOKYO: Restoran dengan nama “Zero Two Nasi Kandar Tokyo” dibuka pada Januari dan disebut sebagai restoran nasi kandar pertama di Jepun. Menariknya, ia dibuka oleh warga Jepun yang hanya dikenali sebagai Tateda, selepas jatuh cinta dengan rasa masakan itu ketika berkunjung ke Malaysia. Hidangan utama yang disajikan di restoran tersebut ialah sepinggan nasi kandar yang dihidangkan dengan enam pilihan kari berbeza dan lauk-pauk seperti telur rebus,…
Lelaki Rakam Objek Segi Tiga Berlegar-Legar Dua Jam Di Langit | ISLAMABAD – Seorang lelaki di Pakistan merakam video memaparkan sebuah objek terbang tidak dikenali (UFO) sedang berlegar-legar di ruang udara bandar raya Islamabad sekitar dua jam, lapor akhbar The Sun semalam. Arslan Warraich, 33, menghabiskan masa dua jam memerhatikan UFO berbentuk segi tiga itu yang berlegar-legar di daerah DHA 1, sambil merakam gambar dari pelbagai sudut yang jelas. “Saya masih tidak tahu apakah objek tersebut. Saya membuat rakaman selama 12 minit, pada waktu berbeza dengan berpuluh-puluh gambar dirakam serta memantaunya selama dua jam. “Pada pandangan mata kasar, ia kelihatan…
Krisis Rusia Dan Ukraine, AS Umum Sekatan Ke Atas Rusia | Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden mengumumkan sekatan keras baharu terhadap Rusia kelmarin kerana ‘memulakan’ pencerobohan ke atas Ukraine tetapi menyatakan bahawa masa untuk mengelak peperangan masih ada, walaupun Vladimir Putin memberi isyarat untuk menghantar tentera ke luar sempadan Rusia. Dewan Tinggi Rusia memberi persetujuan sebulat suara untuk Putin mengerahkan ‘tentera pengaman’ ke dua wilayah Ukraine yang memberontak dan kini diiktiraf oleh Moscow sebagai merdeka. Putin juga berpotensi menghantar tentera Rusia ke wilayah-wilayah lain di Ukraine. Biden mengumumkan apa yang disebut beliau sebagai sekatan ‘peringkat pertama’ termasuk langkah-langkah untuk…
Dua Suspek Samun Bersenjata Kedai Runcit Diburu Polis | Polis sedang mengesan dua lelaki dipercayai warga tempatan yang disyaki terbabit dalam kes samun bersenjata di sebuah kedai runcit dekat Menglembu, semalam. Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, pihaknya mengesan video tular rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berkaitan kejadian itu hari ini. Menurutnya, siasatan mendapati, kejadian berlaku pada pukul 6 petang di mana suspek melakukan jenayah tersebut dengan bersenjatakan parang. Katanya, dalam kejadian itu, kedua-dua suspek memaksa pekerja-pekerja kedai menyerahkan barangan peribadi sambil menyelongkar kaunter juruwang sebelum beredar. “Anggaran kerugian yang dialami mangsa berjumlah RM1,600. Usaha sedang dijalankan bagi…
Seronok Adik Kahwin, Kakak Buat Kejutan Hadiahkan Gelang Emas RM25K | Setiap orang mempunyai cara yang berbeza dalam menghargai dan membahagiakan adik-beradik mengikut kemampuan diri sendiri. Baru-baru ini tular di media sosial satu klip video memaparkan kisah seorang kakak yang menghadiahkan seutas gelang tangan emas berharga RM25,000 kepada adik perempuannya. Menerusi perkongsian @anienanie89 di TikTok, dia menyediakan hadiah yang cukup bernilai itu sempena majlis pernikahan adik kesayangannya kerana berjaya menamatkan zaman bujang. “Selamat pengantin baru buat adik ku, semoga bahagia hingga ke jannah,” tulisnya di ruangan kapsyen. Sementara itu, reaksi adiknya ketika menerima gelang tangan berkenaan seolah-olah terkejut dan tidak…
Hadiah Motosikal Kepada Jemaah Yang Solat Subuh & Isyak Berjemaah | Khalifah Media Networks – MELAKA – Masjid Assa’adah Pengkalan Batu di sini menawarkan hadiah tiga buah motosikal kepada jemaah yang hadir menunaikan solat Subuh dan Isyak berjemaah di masjid itu selama 40 hari. Pengerusinya, Datuk Amzah Osman berkata, hadiah motosikal jenis Modenas Krissberharga RM3,500 itu akan diberikan kepada mereka yang berusia 16 tahun ke atas sempena program istiqamah imarah masjid solat 40 hari. Menurutnya, hadiah hasil sumbangan penderma itu akan diberikan mengikut kategori yang ditetapkan iaitu jemaah lelaki kariah masjid, bukan kariah masjid, pegawai syarak, jawatankuasa, pekerja masjid dan…
Lelaki Menyamar Sebagai Doktor, Kahwini 18 Wanita | NEW DELHI: Hanya bermodalkan kata-kata manis, seorang lelaki yang menyamar sebagai doktor berjaya memperdaya dan mengahwini 18 wanita di seluruh India. Namun, tembelang lelaki berusia 67 tahun itu terbongkar selepas dia ditangkap beberapa minggu menjelang dua majlis perkahwinannya yang lain. Semasa disoal siasat polis, Bibhu Prakash Swain mengaku menyamar sebagai doktor berusia 51 tahun dan kesemua mangsanya adalah terdiri daripada wanita bekerjaya seperti profesor, peguam, pegawai perubatan termasuk seorang pegawai separa tentera. “Dia melakukannya hanya untuk mendapatkan wang dan keseronokan seksual,” kata pegawai kanan polis, Sanjiv Satpathy. Satpathy dan pasukannya menangkap Swain baru-baru…
Sembunyi 40 Minit Dalam Tangki Air, Takut Ditangkap Polis | Lelaki yang mempunyai masalah mental mengamuk sebelum terjun dalam tangki air kerana takut dicekup polis. Kuala Selangor: Seorang lelaki dipercayai pesakit mental bukan sahaja mengamuk tanpa diketahui punca malah bertindak lari dalam keadaan berbogel sebelum terjun ke tangki air di rumah keluarganya di Kampung Bukit Cherakah, di sini, hari ini. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 6.12 petang dan sepasukan enam anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Selangor dikejarkan ke tempat kejadian. “Sebaik tiba, didapati seorang…